
Kenapa hanya Najib yang mengatakan pakar undang2 antarabangsa Queen's Counsel Lord Lester juga senada dengan beliau iaitu ianya 'bebas'? Kenapa tidak ada rakaman pun untuk pengesahan berkenaan dengan apa yang beliau perkatakan itu?
Kenyataan Najib yang paling 'bijak sekali' ialah berkenaan dengan langkah BN mengambil-alih (rampasan) kuasa kerajaan Perak daripada PR. Najib kata PR pun sama juga. Dulu semasa berangan nak mengambil-alih kerajaan pusat pada 16 Sept dengan mengatakan ada 31 Ahli Parlimen daripada BN akan melompat menyertai PR.
Adakah menjadi satu kesalahan sekiranya kita hanya bercerita untuk melakukan acara lompatan secara besar-besaran sekali pun, tetapi benda itu sebenarnya tidak pun berlaku. Tidak salah sekiranya saya katakan itu hanyalah satu 'jerat' kepada Najib semata-mata. Oleh kerana mereka memang berkelayakan dan PR tidak layak untuk berbuat demikian, maka mereka pun masuklah kedalam jerat itu.
BN yang diketuai Najib tanpa memikirkan adakah tindakan yang didendangkan oleh PR terutamanya DSAI itu akan mendapat restu rakyat ataupun ianya adalah satu jerat yang akan menjauhkan lagi BN pimpinannya daripada rakyat. Najib dan BN dengan angkuhnya telah mendahului DSAI dan PR dengan 'menarik' 3 katak keluar daripada PR dan BN pun mengambil-alih kerajaan Perak. Begitu 'simple' sekali bagi mereka.
Sampai diheret kemahkamah pun, mereka masih lagi tidak menyedari yang mereka telah mengulangi apa yang telah berlaku kepada kes DSAI dulu. Mereka masih lagi menggunakan 'kuasa Lingam' dalam menentukan keputusan. Sedangkan, kerana peristiwa inilah 'Gelombang Perubahan' telah bermula.
Dijangkakan juga,DSAI akan melalui 'peristiwa hitam' kembali apabila perbicaraan kes yang sama dengan yang dulu akan bermula pada July ini. Cuma pelakonnya saja lain, pengarah dan semua pekerja disebalik tabir masih individu2 yang sama. Mungkin mereka kira inilah cara yang terbaik untuk menghalang kemaraan PR bersama rakyat iaitu dengan menghantar DSAI kembali kepenjara. Maka pada masa itu bagi mereka, PRK dan PRU-13 tidak lagi menjadi satu' igauan ngeri' untuk disertai ataupun diadakan.
Najib juga berkata, kerajaan amat ikhlas berhubung tindakan membebaskan 5 pemimpin Hindraf baru2 ini kerana tidak mahu dilabel sebagai kerajaan yang zalim. Jika mereka membuat kenyataan yang keterlaluan, maka saya serahkan kepada rakyat untuk menilai sikap mereka.
Kalau nak serahkan kepada rakyat, terimalah tindakan yang telah dilakukan diPerak itu adalah satu kesilapan dan ruang demokrasi 'wajib' dibuka dengan menyerahkan kuasa kepada rakyat iaitu bubarkanlah DUN Perak!
1 comment:
Najib tk perlu kesal kerana PR ikut rentak BN je. Sebabnya cuba teliti hujah di bawah:
1. UMNO pernah kata PAS lebih bahaya dari komunis...sedangkan PAS mengajak ke arah Islam..adakah Islam itu bahaya? Agaknya sebab itu UMNO menyerang Tok Guru Ibrahim Libya yang sedang adakan kuliah subuh di Masjid di Memali dengan senjata automatik.
2. UMNO pernah tabal Sultan baru di Kelantan pada 1990 dulu sedangkan PAS atau PR tak pernah buat begitu. Diikuti dengan tabal MB baru dan speaker baru ketika Sultan, MB dan speaker lama masih ada. Adakah PR pernah tabal PM baru ketika PM asal sedang berkuasa?
3. Geng-geng Najib selalu burukkan dan merendahkan PR melalui media TV, dan akhbar arus perdana, sedangkan PR kalau burukkan BN pun hanya kepada penyokong PR dan melalui akhbar resmi parti yang hanya untuk dibaca oleh ahli sahaja. Kalau orang lain baca itu, depa la yang salah bukan PR.
Post a Comment