![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhSRLyoagLsTJJEGMX9jnEXmOwCCq4AFJCHeRlaH46tPRX0augVGw3VxjpRqKWDIZ6ksvA4BBoaNWWDEyIhCBdkWzC4drYyfwCKo1mh3ODAX5JSpx6CG15HnhK0hwMUYvlDKL0ADKZRyZf-/s320/nizargate.jpg)
Beliau dan beberapa Exco Kerajaan Negeri dan Speaker V. Sivakumar tiba di bangunan itu kira2 pukul 7.30 pagi. Puluhan polis anti-rusuhan dikerah di bangunan berkenaan namun Nizar dan barisan Exconya setakat ini tidak menghadapi sebarang kekangan daripada pihak berkuasa.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam memutuskan Nizar adalah Menteri Besar Perak yang sah dan bukan Zambry Kadir dari UMNO. Keputusan itu membuka laluan jelas untuk mengembalikan kestabilan politik ke Perak setelah BN melancarkan rampasan kuasa awal tahun ini.
Nizar dijangka menghadap Raja Muda Perak Raja Nazrin Shah hari ini. MB itu berkata beliau akan memohon perkenan istana untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri bagi membolehkan pilihanraya negeri diadakan..
No comments:
Post a Comment