
AMK Selangor membidas pihak2 tertentu yang dilihat telah mempolitikkan isu mengenai kembalinya ancaman Parti Komunis Malaya (PKM) berhubung saranan supaya bekas pemimpin PKM, Chin Peng dibenarkankan pulang ke Malaysia.
Ia hanyalah mainan politik pihak2 tertentu untuk mengembalikan sokongan rakyat setelah isu2 mengenai ketuanan Melayu, DEB, sensitiviti umat Islam, liberalisasi perdagangan dan konsep 1 Malaysia telah gagal mengembalikan sokongan rakyat.
AMK Selangor berharap isu membawa pulang bekas ketua PKM itu tidak menjadi satu lagi isu sensasi politik pihak2 tertentu yang semakin hilang sokongan rakyat. Amat jelas isu ini sudah lama selesai dan tidak perlu ditimbulkan semula lagi. Kini rakyat Malaysia lebih bijak dan pintar dalam menganalisis sesuatu isu melalui perkembangan semasa revolusi maklumat global.
AMK Selangor menggesa kerajaan semasa agar memberikan penumpuan dan fokus khas kepada pemulihan dan pembaharuan ekonomi. Laporan terkini berkenaan KDNK negara serta data dan statistik ekonomi negara yang tidak memberangsangkan, perlu diambil perhatian dan tindakan perlaksanaan yang pantas.
AMK Selangor juga mempertikaikan tindakan pantas pihak kerajaan yang dilihat begitu cepat meminta bantuan Interpol untuk mengesan dan membawa pulang Raja Petra Kamaruddin (RPK). Sedangkan isu akuan bersumpah (penyiasat persendirian) P Balasubramaniam seolah-olah tiada berita dan perkembangan terkini.
Dengan ini, AMK Selangor menggesa kerajaan dan pihak polis supaya membawa pulang seberapa segera Balasubramaniam bagi membantu siasatan kes pembunuhan Altantuya Shaaribuu melalui akuan bersumpahnya yang bertarikh 1 Julai 2008.
No comments:
Post a Comment