
Biarpun ramai yang telah mencadangkan agar pilihan raya semula diadakan diPerak untuk menyelesaikan segala kekusutan ini, BN tetap menolak dengan angkuhnya dan ini turut disokong oleh Sultan Perak.
Kerajaan BN pimpinan Najib akan terus menghadapi keadaan sukar untuk meraih 'sokongan rakyat' diatas apa yang telah berlaku pada 7 Mei. Perak pula masih kabur, masih bergolak, masih tidak keruan, masih dalam keadaan tidak stabil biarpun speaker Dewan Sivakumar telah di heret keluar dengan cara ala gangsters.
Ini merupakan siri ke-2 rampasan kuasa mereka. Maka Negeri Perak terus tidak menentu dan ini akan mengganggu perkembangan dari semua aspek baik ekonomi, politik dan sosial.
Sekiranya UMNO/BN tidak membuat huru-hara terutamanya semenjak Najib mengambil alih jawatan daripada Pak Lah, berkemungkinan UMNO/BN boleh menjadi barisan pembakang yang akan belajar bermula dari bawah semula untuk memenangi hati rakyat keseluruhannya.
Tapi, apa yang kita nampak sekarang, UMNO/BN tidak layak untuk berbuat sedemikian. Namun, Zambry tetap juga dianggap sebagai 'seorang wira'....!!! (diatas kejayaannya kearah melenyapkan UMNO/BN di mata rakyat terutamanya di Perak).
No comments:
Post a Comment