
Hishammuddin (Pejuang Kris Melayu) sebagai Menteri Dalam Negeri telah mula membebaskan tahanan tersebut. Adakah mereka menganggap dengan pembebasan ini, rakyat akan berpaling menyokong mereka diatas prihatinnya mereka mengikut kehendak rakyat?
Bagi saya, ini merupakan gimik kerajaan BN untuk menunjukkan bahawa perubahan akan bermula dalam UMNO/BN. Sebaliknya mereka telah dan akan bertindak lebih kasar terhadap aktivis2 politik khususnya terhadap pendekatan 'reformasi' anjuran PR dan penyokongnya.
Rakyat sebenarnya mahukan ISA 'dihapuskan terus dari muka bumi Malaysia ini'. Walau apapun, kita patut berterima kasih diatas pembebesan ini. Begitu banyak lagi perkara2 penting yang patut diberikan perhatian khususnya bukan berbentuk agenda politik.
Pembaharuan reform UMNO harus disertai dengan memberi ruangan kepada keutamaan bagi menjayakan hasrat dan harapan rakyat secara menyeluruh dan bukan terbatas kepada beberapa kerat kepimpinan yang mengaut kiri dan kanan untuk kepentingan sendiri.
No comments:
Post a Comment