" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

31 January 2009

2 Ahli PKR Lompat Malam Ini..? - malaysiakini

UPDATE:Kehilangan dua Adun KeADILan yang juga exco kerajaan Perak sejak empat hari lalu membimbangkan bukan saja oleh parti tetapi juga oleh ahli keluarga mereka. 

Pengerusi Perhunbungan Negeri KeADILan Perak Osman Abdul Rahman berkata,kedua-dua exco tersebut ialah Jamaluddin Md Radzi dan Osman Jalu dan pihaknya menjangka kehilangan itu ada kaitan dengan cubaan Barisan Nasional (BN) memujuk mereka dengan imbuhan termasuk tawaran wang ringgit. 

"Kami percaya ada usaha-usaha oleh BN untuk memujuk kedua-dua exco ini bagi menyertai BN dan sebagai imbuhan terdesak Najib Tun Razak termasuk menggugurkan kes rasuah mereka berdua.Dari awal lagi kami amat yakin pertuduhan dalam kes tersebut adalah satu pertuduhan palsu yang direkacipta oleh Umno dan BN sebagai satu ugutan politik,"kata Osman. 

Kedua mereka ditangkap dalam satu serbuan meragukan menjelang Pilihanraya Umum Mac tahun lepas dan kes mereka akan dibicarakan bermula 10 Februari depan.Diharapkan,kedua-dua pemimpin ini berada dalam keadaan selamat dan berpegang teguh kepada prinsip perjuangan parti selama ini. 

Anak saudara Presiden PAS maut dilanggar kereta milik KPN

Anak saudara Presiden PAS, Abdul Qahar Mansor maut dalam satu kemalangan jalan raya di Kuala Terengganu kira-kira jam 10 pagi semalam.Beliau dilanggar oleh sebuah kereta Honda CRV nombor plat WNN 6517 yang didaftarkan atas nama Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Qahar yang berusia 23 tahun maut selepas dilanggar Honda CRV dipandu seorang anggota polis yang dikenali sebagai Lans Koperal Mohd Farez di Jalan Sultan Mahmud, Kuala Terengganu.Menurut peguam keluarga mangsa, Fariz Mustafa, kemalangan tersebut terjadi ketika mangsa dalam perjalanan dari rumahnya di Rusila menuju ke Kuala Terengganu.

Ketika sampai di sekitar Masjid Tengku Tengah Zaharah, Kuala Ibai, motorsikal yang ditunggangi beliau dilanggar kereta yang dipandu Mohd Farez yang baru sahaja selesai membeli keropok di sebuah kedai berhampiran yang ingin membuat pusingan U di jalan tersebut.

"Kereta tersebut berada di sebelah kiri jalan terus membuat pusingan U tanpa memberikan signal malah secara tiba-tiba menukar line, menyebabkan motorsikal yang ditunggangi arwah gagal mengawal keadaan sehingga menyebabkan beliau maut di tempat kejadian," katanya ketika dihubungi Harakah.

Tambahnya, saksi di tempat kejadian memaklumkan Mohd Farez meninggalkan kereta tersebut di lokasi kemalangan tanpa kunci kenderaan tersebut yang menyebabkan pihak polis trafik sukar mengalihkannya.

"Malah, menurut anggota polis di beliau(Mohd Farez) kini telah pulang ke Kuala Lumpur manakala kereta tersebut ditinggalkan."Akibat kemalangan tersebut, kereta tersebut mengalami kesan kemek di pintu sebelah kanan," ujarnya.

Walau bagaimanapun, Fariz memberitahu Harakah bahwa pihaknya akan membuat dakwaan terhadap kes tersebut di bawah seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan iaitu kesalahan kecuaian memandu sehingga menyebabkan kematian.Jelasnya, pemandu terbabit sepatutnya direman untuk siasatan kerana kemalangan tersebut melibatkan kematian.

Sementara itu, bapa saudara mangsa, Mohd Hisham Awang berkata pihaknya kesal dengan sikap yang ditunjukkan oleh Lans Koperal Mohd Farez yang begitu ego ketika diminta memberi kerjasama kepada penduduk setempat sebaik sahaja kejadian tersebut berlaku.

30 January 2009

Jika Demo Gagal,PRU penentunya

Jika demonstrasi besar membantah dasar pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris Mac ini masih gagal menarik perhatian kerajaan, pilihanraya umum akan datang boleh dijadikan penentuan akhirnya.

"Jika masih gagal, ia perlu diterjemahkan dalam pilihanraya, sebagai kuasa yang terakhir.Gunalah undi secara bijaksana," kata Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said.

Beliau diminta mengulas tindakan lanjut yang perlu diambil sekiranya perhimpunan raksasa 100,000 rakyat – ala Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) – anjuran Gabungan Mansuhkan PPSMI (GMP) masih tidak dihiraukan kerajaan.

GMP yang dipengerusikan bekas ketua pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Datuk Dr Hassan Ahmad merancang mengadakan perhimpunan itu pada 7 Mac bagi menyerahkan memorandum kepada Seri Paduka Baginda Yang di-pertuan Agong bagi memohon campur tangan baginda berhubung isu itu.

Sebuah lagi perkumpulan aktivis bahasa Gabungan Penulis Nasional (Gapena) yang dianggotai 24 persatuan penulis di seluruh negara turut mengancam mengadakan "Perarakan Keranda" – dinamakan Keranda 152 – bagi tujuan yang sama, dijadual pertengahan bulan depan.

Tanda2 UMNO Sudah Betul2 Nak Mati

Mursyidul Am PAS,Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat berkata UMNO sejak mutakhir ini menunjukkan parti itu betul2 telah hilang daya tarikan sehingga ada pemimpinnya sudah mula berpaling tadah. Beliau berkata,UMNO kini boleh diibaratkan dengan sebatang pokok yang akan gugur sendiri dahannya satu persatu sebelum ianya mati. Tambahnya lagi,UMNO kini sudah tiada daya tarikan atau graviti untuk menarik Rakyat menyokong perjuangannya. 

Tanda2 akan kematian UMNO ini telah mula dapat dikesan bermula dari PRK di Permatang Pauh (P-44) lagi.Barisan Nasional telah dikalahkan dengan teruknya oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim (DSAI) dari Parti keADILan Rakyat (PKR) walaupun pelbagai cara yang telah mereka gunakan. 

Baru2 ini pula,PAS yang mewakili Pakatan Rakyat (PR) telah berjaya membuktikan lagi yang UMNO akan menuju zaman kejatuhannya.Dengan kemenagan Calon dari PAS semasa PRK di Kuala Terengganu (P-036) walaupun ada khabar angin mengatakan yang PR mengalami masaalah dalaman.Dengan ini,makin teserlah lagi akan andaian ini. 

Terbaru,Adun dari Bota dengan beraninya mengambil langkah bijak keluar dari UMNO & menyertai PKR.Tahniah kepada YB Nasarudin diatas keberanianya.Dengan tindakkan sebegini,makin cerahlah masa depan Rakyat Malaysia terutamanya penduduk di Bota.Diharap,lebih ramai lagi YB yang mewakili UMNO,mengambil langkah yang sama dengan Adun dari Bota ini. 

"Penghijrahan anda adalah demi kebaikan kepada Rakyat & Negara"

Ceramah Khas Mesra Rakyat di Bota Kanan Malam ini

Ceramah Khas Mesra Rakyat di Stadium Bakri Rais, Bota Kanan malam ini.Nasarudin akan hadir yang antara lainnya bagi menjelaskan kepada rakyat di kawasannya mengenai pendirian beliau keluar Umno dan menyerta Parti Keadilan Rakyat(PKR).


Nasarudin berkata, ia dianjurkan oleh PKR.Turut hadir ialah Penasihat PKR dan Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohd. Nizar Jamaluddin.


Ketika ditanya soal moral dengan tindakan beliau, Nas memberitahu, dari segi demokrasi beliau ada hak untuk berbuat demikian.Tetapi apabila melompat,beliau perlu kembali kepada pengundi untuk menjelaskan kenapakah beliau berbuat demikian.


Bagaimanapun jelas beliau, jika ramai tidak bersetuju, wakil rakyat terbabit perlu melepaskan jawatan dan bertanding lagi.Tetapi,kalau dari aspek perundangan pula..., itu adalah satu halangan.

Zionis melakukan pembunuhan besar-besaran

Ahli Parlimen Palestin Mohammed Faraj Al-Ghoul daripada kumpulan Hamas mengatakan keganasan Israel terhdapa Gaza baru-baru ini merupakan pembunuhan terbesar dalam sejarah dan beliau menegaskan kerajaan Hamas akan mengajar mereka yang terlibat dan membawa ke muka pengadilan. Beliau berkata demikian semasa menerima lawatan delegasi ahli parlimen Maghribi.

Beliau memuji sikap yang ditunjukkan oleh rakyat Maghribi dalam menunjukkan simpati dan atas bantuan yang diberikan. Para delegasi Maghribi memuji rakan seperjuangan mereka dalam parlimen dan mengatakan akan mengambil beberapa tindakan terhadap Israel kelak.

Sementara itu, Ehud Barak dilaporkan berlepas ke Amerika untuk bertemu dengan para pegawai Amerika untuk membincang mengenai pembelian senjata baru mereka. Akhbar Haaretz melaporkan senjata tersebut termasuklah bom udara yang dilepaskan akan terurai menjadi bom-bom yang lebih kecil untuk memusnahkan periuk api.

Dalam perkembangan yang lain, akhbar Perancis, L'umonde melaporkan perang Israel telah memberi kekuatan dan nama baik kepada kumpulan Hamas. Kerajaan Perancis sedang berusaha menekan Kesatuan Eropah untuk menerima Hamas sebagai parti dipilih oleh rakyat dan melibatkan mereka dalam sebarang perbincangan dan bantuan yang akan membantu mencapai keamanan di Asia Barat.

29 January 2009

PKR tidak bincang isu Adun sertai BN

Tindakan memancing wakil-wakil rakyat PKR itu dipercayai sebagai reaksi balas penyertaan Adun BN bagi Bota, Datuk Nasharuddin Hashim pada 25 Januari.Dr Syed Husin berkata, walaupun dimaklumkan mengenai laporan itu, beliau bagaimanapun belum membacanya.
Dengan itu,beliau enggan mengulas lanjut dakwaan harian berbahasa Inggeris tersebut.

"Saya juga tidak tahu apa yang Umno hendak lakukan," katanya ringkas, diminta mengulas rundingan sejak sebulan lalu untuk menarik wakil-wakil rakyat parti itu.

Rasa tidak puas hati dua exco PKR Jamaluddin Mohd Radzi dan Mohd Osman Mohd Jailu tercetus ekoran dakwaan wujud dominasi dua Adun DAP dalam pentadbiran kerajaan Perak.
Kedua-dua mereka tidak berpuas hati kepada Datuk Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming.
Bagaimanapun, difahamkan suara tidak puas hati exco berkenaan "hanya sebagai gertakan" dan tidak sampai kepada tindakan drastik untuk keluar Pakatan Rakyat.

Pertemuan biro itu selama empat jam di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya turut disertai oleh semua tiga exco PKR di Pulau Pinang, termasuk Timbalan Ketua Menteri I Mohammad Fairus Khairuddin.Ketiga-tiganya diura-urakan sangat tidak berpuas hati dengan tindakan menggugurkan jawatan utama mereka dalam badan perhubungan PKR negeri awal bulan ini.

Mengulas lanjut isu itu, Dr Syed Husin berkata, isu kegelisahan susulan rombakan dalaman itu 'telah tenang'.Bukan sahaja di Pulau Pinang, tetapi di semua negeri Pakatan Rakyat tenang," tambahnya.

Dr Syed Husin menjelaskan, pertemuan semalam buat pertama kali melibatkan semua 14 exco PKR di semua negeri Pakatan Rakyat, termasuk di Kedah dan Selangor.Bagaimanapun semua tiga exco dari Perak tidak hadir dengan alasan sakit dan menghadiri program sambutan Tahun Baru Cina peringkat negeri.Semua tiga exco PKR dari Kedah juga tidak hadir di mesyuarat tersebut yang bermula kira-kira jam 9 malam.

Mesyuarat biro itu dengan barisan exco itu, kata Dr Syed Husin, akan diteruskan setiap bulan bagi menyelaraskan keputusan parti dan pentadbiran kerajaan di negeri-negeri yang diperintah Pakatan.
Dipengerusikan Datuk Seri Anwar Ibrahim, biro politik PKR mempunyai sebelas anggota melibatkan 11 penjawat tertinggi parti, tidak termasuk 14 exco tersebut.

27 January 2009

Sejarah Bangsa Melayu-malaysiakini

Sejarah Bangsa Melayu ditanah air kita terikat kuat dengan sistem feudal atau feudalisme.Menurut Kamus Dewan feudal bermaksud: "Sistem kemasyarakatan yang dikuasai oleh kaum bangsawan." Sistem feudal pula merujuk kepada sistem di mana manusia diberi atau mengusahakan tanah pembesar atau bangsawan dan mereka diberi perlindungan dan sebagai balasan mereka dikehendaki bekerja dan berjuang mempertahankan pembesar tersebut, dan yang mempunyai kuasa hanya segelintir, iaitu pembesar atau bangsawan sahaja.

Menurut Syed Husin Ali: "Sistem kedua Feudal Melayu, dengan pemimpin tradisional dan raja2, mencapai puncak selepas penubuhan Kesultanan Melayu Melaka." Sistem tersebut berkekalan di bawah penjajah. Selepas kemerdekaan pula, ciri2nya masih dipertahankan walaupun bentuknya telah diubahsuai atau dimodenkan. Kalau diambil Melaka iaitu sekitar 1400M, sebagai asas pengiraan sistem feudal yang mantap, maka sehingga Inggeris memperkenalkan sistem barat di Tanah Melayu pada tahun 1874 (Perjanjian Pangkor) tempohnya ialah 474 tahun. Sebenarnya bagi masyarakat Melayu sistem tersebut hampir tidak berubah di bawah penjajahan Inggeris, maka tempohnya menjadi lebih panjang lagi (557 tahun atau setengah alaf).

Walaupun agama Islam telah diterima dan berjaya mengubah cara hidup orang Melayu, namun masih ada lagi kepercayaan, amalan, nilai dan sistem hidup pra-Islam (zaman animisme dan Hindu-Budhisme) yang berterusan. Islam yang dianuti oleh orang Melayu pada hakikatnya tidak berupaya menghapuskan sebahagian daripada amalan bidaah dan khurafat, warisan kepercayaan animisme dan Hindu-Budhisme yang bertentangan dengan agama Islam. Sesetengah daripada amalan itu terus dihidupkan kerana ia dianggap sebagai warisan budaya Melayu.

Mulai Mac, Pesta Penghijrahan Wakil Rakyat Bermula

Beberapa perbincangan telahpun muktamat, hanya menunggu masa yang sesuai bagi Penasihat Umum Parti KeADILan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengumumkannya.


Itulah yang dapat saya rumuskan mengenai perkembangan mutakhir politik tanahair.Jaminan ini diberikan sendiri oleh DSAI kepada penyokong Pakatan Rakyat semasa menghadiri sambutan Tahun Baru Cina di Dewan Persatuan Hokkien di Kelang hari ini.


Penghijrahan wakil rakyat, samada ADUN atau Parlimen dijangka akan menjadi acara bulanan mulai Mac 2009. Gelombang penghijrahan telah bermula. Datuk Nasaruddin Hashim, ADUN Bota adalah pembuka tirai kepada perkembangan ini.


Apa yang pasti tsunami ini bakal membuat Datuk Seri Najib tidur tak lena dan Datin Seri Rosmah Mansor terkentut-kentut, manakala Hishamuddin Hussin akan terus bermimpi bersama kerisnya. Mamak Zainuddin Maideen, bekas menteri penerangan yang sedang kemaruk melobi untuk menjadi Duta Malaysia ke Indonesia hampir pasti akan kempunan.

26 January 2009

Pemerintahan dalam konteks Islam

Islam meberi ruang yang luas untuk Rakyat memilih pemimpin mereka.Pemimpin pula,perlulah bertanggungjawab untuk memberi perkhidmatan yang terbaik.Rakyat wajib mentaati pemerintah  yang menegakkan makruf dan menentang yang mungkar.

Sebaliknya Rakyat tidak wajib mentaati pemerintah mereka apabila pemimpin kerajaan itu melakukan perkara maksiat.Rakyat berhak menasihati pemimpin mereka jika pemimpin mereka itu melakukan penyelewengan.Jika pemimpin itu tak boleh mendengar dan menerima nasihat,mereka boleh dipecat.

Pemerintahan didalam konteks Agama Islam bukannya bererti pemerintahan agama(hukumah diniyyah) seperti yang telah berlaku pada era pertengahan didunia Barat.Pemerintahan didalam konteks Islam hendaklah dibentuk melalui amalan Syura.Pemimpin hendaklah diba'ah dan wajib menegakkan keadilan bersandarkan undang2 Illahi.

Pokoknya,dalam sistem pemerintahan Islam,despotisme adalah dilarang sekeras-kerasnya.Parlimen yang menggunakan sistem pilihanraya,kebebasan institusi badan Kehakiman,kebebasan akhbar,kebebasan berbicara dimimbar,kewujudan parti2 pembakang adalah menepati roh Islam yang terdapat didalam apa yang dinamakan 'maqasid kulli'(tujuan2 yg komprehensif) sekali pun tidak wujud nas yang khusus membicarakan hal2 tersebut.

(Yusuf al-Qaradawi)


Dapatkan alamat E-mel baru anda!
Rebut nama E-mel yang telah lama anda kehendaki sebelum orang lain mendapatkannya!

Tandanya DSAI ada strategi tersendiri 'Projek 16Sept'-malaysiakini

Semasa kegagalan dalam Impain Rakyat Malaysia mahukan perubahan pada tarikh 16sept,boleh dikatakan majoriti Rakyat begitu kecewa akibat daripada tidak berlakunya perubahan sepertimana yang digembar-gemburkan.Bermacam-macam respon bermula dari bawah sampai keatas,ada yang dapat mencari fakta kenapa ianya tidak berlaku..,dan ada juga yangmerasa kecewa terhadap DSAI sendiri.

Tapi yang kita hairannya,Pakatan Rakyat((PR) mendapat kemenagan yang agak besar pada PRK-P036 baru2 ini,Kalau mengikut suasana yang patut berlaku adalah BN dengan kuat sekuatnya menggunakan isu kegagalan 16sept...

Nampaknya yang terbaru sekali dengan penyertaan ADUN BN menyertai PKR,telah memberi satu petanda bahawa projek 16sept masih lagi berjalan.Bezanya hanya DSAI sekarang ini berjalan secara solo menyempurnakan misi ini.

Cuma harus diingat,apa isu terbaru yang timbul selepas isu penghijrahan ADUN Bota ini,berkemungkinan bukannya keluar dari mulut DSAI.Beliau nampaknya suka mengusahakan supaya sesuatu Impian itu betul2 berlaku,dari menggembar-gemburkan seperti sebelum ini.Cara inilah sebenarnya yang DSAI lebih gemar menggunakannya.

Sama2lah kita tunggu apakah ini petanda yang peralihan kuasa mungkin berlaku dalam masa terdekat.Walaupun ADUN,yang lebih penting adalah keberanian yang beliau telah buktikan..........

PERUBAHAN KEARAH KEBAIKAN UNTUK SEMUA RAKYAT MALAYSIA....!!!!

Menghadiri Konvensyen Penghayatan Islam..




Saya tak sempat nak mengapdate blog saya 2-3 hari ini sebab saya mengikuti Konvensyen Penghayatan Islam yang di anjurkan oleh Pari keADILan Rakyat bertempat di Ampang Pecah,Kuala Kubu Bharu,Selangor D.E.Saya memohon maaf diatas kesulitan ini......Sekarang saya dah berada dirumah kembali dan terus membuka laptop.Selamat menyambut Tahun Baru Cina dari Pro Reform kepada semua Kaum Tiong Hwa.Diatas ini saya sertakan beberapa foto yang sempat diambil.

24 January 2009

malaysiakini - Gerak Sila Dakwa Kerajaan Negeri Kelantan



Saya mengucapkan tahniah kepada bakal Ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo yang bersungguh-sungguh untuk memastikan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim disiasat dan didakwa kerana mengarahkan pembelian 46 ekor lembu korban yang diedarkan kepada surau dan masjid di Parlimen Bandar Tun Razak ketika Hari Raya Korban Disember lalu (lihat laporan Malaysiakini "Khir Toyo dakwa ada bukti terhadap MB Selangor").


Saya juga mengucapkan tahniah kepada Gerakan Rakyat Anti Korupsi (Gerak) kerana membuat aduan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Abdul Khalid yang disifatkan oleh gerakan itu telah menyalahgunakan dana kerajaan negeri untuk tujuan tersebut.

Sehubungan itu saya memohon jasa baik Gerak supaya membuat aduan kepada SPRM terhadap Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat kerana menggunakan dana kerajaan negeri untuk membantu mangsa kekejaman rejim haram Israel.

Dana kerajaan negeri ternyata akan digunakan kerana Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan, Haji Husam Musa berkata, jumlah berkenaan akan dikutip melalui agensi-agensi di bawah kerajaan negeri.

Menurut Husam lagi, sumbangan itu bukan sahaja dari perbendaharaan negeri tetapi juga melalui agensi-agensi milik kerajaan negeri (lihat berita Harakah "Kelantan sumbang RM1 juta bantu rakyat Palestin").

Saya juga memohon jasa baik Gerak supaya membuat aduan kepada SPRM terhadap Tok Guru kerana menggunakan dana kerajaan negeri untuk memberikan bantuan sejumlah RM1 juta kepada mangsa banjir di Johor pada Januari 2007 lalu (lihat berita Harakah "Banjir di Johor: Kelantan sumbang RM1 juta").

Tok Guru sendiri mengakui, sumbangan dari kerajaan negeri itu dikeluarkan melalui Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) untuk meringankan beban penderitaan mangsa tersebut.

Sebagai Mursyidul Am PAS, Tok Guru ternyata mempunyai kepentingan peribadi kerana ramai rakyat Johor yang menjadi ahli PAS atau sekurang-kurangnya beragama Islam.

Begitu juga mengenai sumbangan kepada rakyat Palestin. Tok Guru ternyata mempunyai kepentingan peribadi kerana majoriti penduduk wilayah Palestin yang ditakluki adalah saudara-maranya. Allah berfirman yang bermaksud "Sesungguhnya (hanyalah) orang-orang mu'min itu bersaudara" (Al-Hujuraat :10).

Saya sangat mengharapkan budi baik dan kesungguhan Gerak untuk menyegerakan aduan kepada SPRM terhadap Tok Guru kerana menggunakan dana kerajaan negeri untuk tujuan yang beliau mempunyai kepentingan dengannya di mana dana kerajaan negeri yang digunakan untuk membantu mangsa-mangsa banjir di Johor itu pasti akan disumbangkan juga kepada ahli-ahli PAS yang turut menjadi mangsa banjir sedangkan Tok Guru sendiri adalah pemimpin PAS.

Lebih dari itu, dalam penggunaan dana kerajaan negeri sama ada kepada mangsa banjir di Johor atau mangsa keganasan Israel di wilayah Palestin yang ditakluki, Tok Guru juga ternyata mempunyai kepentingan peribadi dan kepentingan bercanggah kerana rakyat Johor dan Palestin yang beragama Islam adalah saudara-maranya.

Penggunaan dana kerajaan negeri untuk membantu saudara-mara sendiri juga melibatkan conflict of interests atau kepentingan bercanggah.

Sekali lagi, budi baik dan kesungguhan Gerak dalam menyegerakan aduan kepada SPRM terhadap Tok Guru adalah sangat diharapkan

GERAK ...JANGAN JADI ALAT UMNO





23 January 2009

PKR Pulau Pinang dirombak

Badan Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang menggugurkan tiga anggota exco kerajaan negeri daripada barisan jawatankuasa badan itu bagi membolehkan mereka memberi tumpuan kepada pentadbiran kerajaan negeri.

Mereka terdiri Timbalan Ketua Menteri Mohammad Fairus Khairuddin dan anggota exco Law Choo Kiang, kedua-duanya Timbalan Pengerusi PKR Pulau Pinang, dan seorang lagi anggota exco, Abdul Malik Abul Kassim, yang juga setiausahanya.

Ketika bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat badan itu di sini malam tadi, Pengerusi PKR Pulau Pinang Datuk Zahrain Mohamed Hashim berkata mesyuarat itu bersetuju melantik Ketua Bahagian PKR Balik Pulau Dr Mansor Othman dan Timbalan Speaker Tan Hock Leong bagi menggantikan Mohammad Fairus dan Law manakala tempat Abdul Malik pula kini disandang oleh Mustafa Kamal Mohd Yusoff, yang juga Pengarah Pilihan Raya PKR negeri.

Anggota Dewan Undangan Negeri Batu Uban, Raveentharan a/l Subramaniam kekal sebagai Timbalan Pengerusi yang ketiga.

Anggota Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng dilantik sebagai Ketua Penerangan, Anggota Parlimen Balik Pulau, Mohd Yusmadi Mohd Yusoff dilantik sebagai Ketua Angkatan Muda PKR negeri dan Norhayati Jaafar sebagai Ketua Wanita Negeri.

Zahrain berkata sebuah jawatankuasa diketuai Dr Mansor ditubuhkan untuk memantau prestasi semua exco, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN), Anggota Parlimen dan Ahli Majlis daripada parti itu.

“Kalau prestasi mereka tidak baik dan tidak berubah, kita akan gugurkan mereka pada penggal akan datang,” katanya.

Zahrain juga melahirkan rasa tidak puas hati terhadap tindakan kerajaan negeri yang tidak berbincang dengan PKR terutamanya mengenai pelantikan penjawat sesuatu jawatan, umpamanya, langkah Ketua Menteri Lim Guan Eng melantik bekas pemimpin Gerakan Datuk Lee Kah Choon sebagai Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif Lembaga investPenang, iaitu badan pelaburan kerajaan negeri.

“Kita hanya dimaklumkan oleh Ketua Menteri mengenai perkara itu tetapi tidak dibawa berbincang. Jadi, kita mahu supaya beliau ambil kira kedudukan wakil dari PKR,” katanya.

Pada mesyuarat malam tadi, PKR bersetuju supaya jawatan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pulau Pinang dan juga Majlis Perbandaran Seberang Perai, ahli majlis serta pegawai daerah disandang oleh orang politik.

Zahrain berkata PKR merancang mengadakan majlis makan malam secara besar-besaran pada Mac ini untuk mencari dana parti dan juga akan menganjurkan sambutan Tahun Baru Cina di Dewan St Anne di sini pada 1 Feb ini.

Najib Sudah Mula Gusar Atau Tidak?-malaysiakini

Nampaknya sekarang SPRM yang ditubuhkan baru2 ini sudah menampakkan hasil kerjanya.Semua sudah maklum,mesyuarat Bahgian UMNO baru2 ini GEMPAR dengan penggunaan Politik Wang!!

Masaalahnya,baru sekarang ke UMNO menggunakan Politik Wang?Jawapannya,UMNO ini dari dulu lagi sudah sinonim dengan Politik Wang.Nampak saja lambang UMNO,terus saja nampak Wang.Sekarang lebih sesuai dipanggil Ringgit Malaysia(RM).Tak ada RM,kerja tak boleh jalan.Dulu,benda sebegini sudah macam menjadi darah daging mereka & bukannya menjadi satu kesalahan.Sekarang,baru mereka sedar ke yang benda ni menjadi satu kesalahan?Kalau Pak Lah tak kejutkan mereka2 ini,alamatnya mereka2 ini masih dalam kesesatanlah.

Pak Lah dan KJ akan menggunakan SPRM dan laporan Lembaga Displin UMNO untuk mendakwa mana-mana pemimpin UMNO yang didapati bersalah kerana politik wang. Ini bermakna jika calon terbabit menang kerana politik wang, sudah pasti ia akan dibatalkan dan mesyuarat bahagian itu tidak sah. Bila banyak mesyuarat bahagian tidak sah maka ia akan diadakan semula. Bila penangguhan semula berlaku maka peralihan kuasa Mac 2009 ini pasti akan ditangguhkan ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak. Maka kempunanlah gamak anak Tun Razak untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia yg ke-6.

Syabas....Pak Lah,apa yang diucapkan baru2 ini iaitu anda mahu membuat Reform dalam parti sudah terbukti kini...!!!Teruskan perjuanganmu,kuatkan semangatmu.....,jangan menoleh lagi ke belakang,kerana yang dibelakangmu hanyalah golongan Pak Anggok semata-mata..........

Serban besar bakul pun tak semestinya dianggap lebai-TGNA

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersetuju pakaian serban digantikan dengan topi keledar bagi penunggang motosikal yang mahu memakainya, jika ia didapati boleh mencegah daripada kecederaan apabila berlaku kemalangan.

TGNA berkata,"jika serban dipakai dengan ikatan kemas dan boleh mencegah kecederaan, ia boleh digantikan dengan topi keledar yang dianggap lebih selamat.Malah,topi keledar yang keras itu tidak selamat jika tidak dipakai kemas dan diikat dengan betul.Kadang-kadang serban dan semuntal yang diikat kemas lebih selamat, kerana ia lembut apabila berlaku hentakan kuat berbanding topi keledar yang keras itu.Topi keledar pun jika tidak dipakai dengan kemas dan diikat dengan betul boleh menyebabkan penggunanya tidak selamat apabila berlaku kemalangan, kerana mudah tercabut atau kecederaan dalaman akibat hentakan kuat".

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai seorang pelajar sekolah pondok di Pasir Tumboh di sini, pada dua hari lalu dijatuhi hukuman denda RM90 atau penjara dua hari kerana didapati bersalah tidak memakai topi keledar ketika menunggang motosikal sebaliknya memakai serban.Bagaimanapun, pelajar pondok terbabit, Ahmad Nasir Darus, 28, memilih untuk menjalani hukuman penjara dua hari.

TGNA berkata lagi,"umum mengetahui berapa ramai penunggang motosikal yang terbunuh akibat nahas jalan raya walaupun mereka memakai topi keledar sewaktu menunggang motosikal.Soal ia merupakan pakaian pak lebai atau golongan haji tidak berbangkit walaupun undang-undang dan peraturan jalan raya mengklasifikasikan begitu dan saya tidak mahu campur urusan agama dengan peraturan jalan raya.Cuma bagi saya, mereka yang memakai pakaian serban tidak harus dikenakan tindakan, jika ia dipakai dan diikat dengan kemas," katanya.

Menurut TGNA,serban bermakna dalam bahasa Melayu asal ialah ikatan kain kepala,seperti juga semuntal bagi pakaian tradisi orang Melayu Kelantan sedikit masa dulu.Beliau berpendapat,jika masyarakat keturunan Sikh yang memakai serban dan boleh dikecualikan daripada undang-undang jalan raya, tidak ada sebab orang Islam yang memakai serban tidak boleh dikecualikan daripada peraturan itu.

"Saya tidak mahu ganggu soal agama. Lebai atau jahil, bukan boleh dinilai pada pakaian kerana ini mengikut tafsiran masing-masing,kerana ada orang lebai atau haji tetapi tidak pakai serban atau kupiah, dan ada juga yang pakai serban sebesar bakulpun tetapi tidak dianggap lebai," katanya lagi.

Sehubungan dengan itu,beliau mahu kerajaan mengkaji semula peraturan itu bagi mengelakkan kekeliruan yang timbul seperti apa yang terjadi kepada kes berkenaan.

22 January 2009

Kejayaan SPRM “membanteras” Rasuah dlm UMNO

PETALING JAYA: Sehari selepas mengumumkan bahawa tiga orang akan dihadapkan di mahkamah hari ini berhubung politik wang pemilihan Umno bahagian baru-baru ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memperluaskan operasinya dengan dipercayai menahan 12 yang lain.

SPRM menahan mereka, yang berasal dari Pahang kerana menerima wang daripada pemimpin kanan Umno untuk mempengaruhi undi ketika pemilihan.Difahamkan mereka ditahan semalam dan kelmarin dipercayai menerima rasuah antara RM300 sehingga RM500 seorang.

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Shukri Abdullah berkata, 12 individu tersebut ditahan sejak petang kelmarin di sekitar daerah Maran dan Temerloh.“Bagaimanapun, 11 daripada mereka telah dibebaskan dengan jaminan SPRM hari ini, manakala seorang lagi masih ditahan untuk siasatan lanjut,” kata beliau lagi. (Bernama)

Hamas tidak menentang usaha dialog kebangsaaan.

Osama Hamdan wakil Hamas di Lubnan mengatakan Hamas tidak menentang sebarang usaha untuk mengadakan dialog sesama kumpulah di Palestin untuk tujuan penyatuan.

Hamdan memberitahu terdapat perasaan yang mendalam dalam hati rakyat Gaza bahawa ketua Fatah Mahmoud Abbas dan kumpulannya condong ke arah Israel di samping itu tidak bertindak positif dalam menghentikan serangan kejam Israel tempoh hari di Gaza.

Beliau menegaskan bahawa dialog kebangsaan yang akan diadakan tidak boleh menjadikan keganasan Israel sebagai wadah utama atau satu ugutan terhadap kumpulan lain untuk bersetuju tetapi haruslah berdasarkan atas asas politik Palestin yang asal dan dengan ini akan meneruskan kerjasama antara satu sama lain.

21 January 2009

Pelbagai Pendapat Mengenai Isu Pemakaian Serban-malaysiakini

Sekarang isu pemakaian serban telah menjadi satu isu yang telah dipolemikkan dan dipolitikkan. Memang sebagai seorang yang beragama islam,pemakaian serban adalah sunnah. Tapi jika diteliti dan perhalusi adakah suatu yang sunnah itu perlu dipolemikkan dan menjadi isu yang patut diperdebatkan sedangkan pihak kerajaan melaksanakan undang2 yang mewajibkan setiap penunggang motosikal memakai topi keledar itu adalah untuk keselamatan kepada pemandunya.

Adakah keimanan seseorang umat itu ditentukan dengan sebesar mana serban yang dipakai atau sehebat mana jubah yang dipakai? Adakah Allah menilai keimanan seseorang itu hanya degan berpakaian sedemikian? Adakah dengan bertakbir dengan suara yang kuat dan keras dapat menjamin syurga bagi kita,sedangkan isinya kosong semata-mata?Mungkin kita sudah lupa bahawa tatkala kita melafaz shahadah perlu datang dari hati dan kemudiannya nyata melalui kata. Tapi kini menjadi suatu trend bahawa islam hanya sekadar mainan kata bukan penghayatan dihati.

Peruntukan perundangan menyatakan bahawa individu yang dibenarkan memakai serban adalah individu yang mana berketurunan sikh,seorang yang bergelar haji dan seorang lebai. Pemasalahan ini terjadi apabila istilah lebai disalah mengertikan dengan sebetulnya pada perkataan yang betul pada maksudnya. Bagi individu berketurunan sikh mahupun yang bergelar Haji itu tidak menjadi suatu isu. Tetapi apabila berkaitan istilah lebai,maka ia menjadi sesuatu perkara yang diperdebatkan. Lebai bagi maksud yang dinyatakan dalam kamus dewan adalah individu yang mempunyai ilmu pengetahuan yang mendalam mengenai perkara berkaitan agama Islam.

Jika diperhalusi kes yang terjadi keatas pelajar di pusat pengajian Islam baru2 ini pada dasarnya tidak layak diangkat sebagai lebai lagi. Sebagai contohnya seorang individu yang belajar di kolej perubatan pastinya tidak dianggap sebagai doktor lagi sebelum menghabiskan pengajiannya. Begitu juga yang terjadi kepada individu ini yang mana beliau masih lagi menuntut.Maka ianya belum lagi layak dipanggil lebai..

Kita perlu lebih memahami dan menilai mana yang fardhu kifayah dan mana yang fardhu ain keatas kita. Anjakan paradigma perlu ada dalam pemikiran kita. Syurga dan neraka adalah hak Allah keatas umatnya. Bukan hak individu yang kini lebih pendai menghukum dari mengubah. Jangan sampai telunjuk sahaja yang lurus sedangkan kelinking kita berkait. Semangat yang ada perlu digembleng untuk keutuhan ummah bukannya meruntuhkan ukhwah ummah yang ada.Isu yang perlu diberikan perhatian menyepi dan hilang dengan sendiri tetapi isu yang hanya merangkumi kepentingan diri terus didahului. Janganlah kita menggadaikan kesucian Islam demi kerakusan ideologi dan kepentingan diri.





malaysiakini - PRK P36 adalah Pilihanraya Duit

Demam PRK P36 Kuala Terengganu masih belum kebah. Pihak yang kalah saling tuding menuding jari  ke atas bahu siapakah bebanan kekalahan ini patut dilemparkan. Janji-janji manis pemimpin UMNO/BN kepada pengundi di Kuala Terengganu yang Bernilai Jutaan malah memakan Billion Ringgit Malaysia belom dilaksanakan. Ekonomi Malaysia makin malap...Finance Minister of Malaysia sibuk berperang mau jadi Prime Minister of Malaysia.

Sikit cerita pasal pilihanraya duit ni. Ramai jentera UMNO yg dtg dari seluruh negara adalah dibayar. Makan percuma. Elaun dapat. Kebajikan dijaga. Walaupun kalah, bila jentera2 Umno ni balik semula ke negeri masing2, semua buat biasa. Tak ada rasa frust or terkilan sebab poket masing2 dah kembung. Semua org tahu benda ni. Di KT tempoh hari, kita boleh nampak, jentera2 Umno mcm tak bersemangat utk terus berkempen sehingga habis waktu mengundi. Lihat di UPU Bukit Pasir, di seberang jalan, puteri2 dan pemuda2 UMNO hanya melepak kat atas kerusi dari pukul 3 sampai pukul 5 dan hanya melihat penyokong2 PR berselawat dan menyanyi lagu2 semangat dan teriakan reformasi di seberang jalan. Lagi 5 minit pukul 5, ada bacaan doa, pukul 5 bila gate dah tutup, doa pun habis dan semua barulah berhenti bersuara.

Semangat jentera2 BN tak sama dengan semangat jentera2 PR. Jentera PR datang secara sukarela. Ada la juga yg ditaja oleh DUN masing2 tapi sikit jumlahnya sebab tak cukup duit. Tapi majoriti yg lain dtg dgn duit sendiri. Saya dan lima yg lain bertolak pukul 11 mlm. Sampai KT pukul 6 pagi. Lepas Subuh, terus bantu rayu undi tanpa henti2 sehingga pukul 5. Berehat utk Zohor sahaja. Makan pun tidak. Mlm sebelum bertolak balik sempat makan di warung. Ada org tempatan yg perasan kami dan bertanya. Bila dpt tahu kami dtg dgn duit sendiri, bila time nak byr makan, org tempatan tu dah bayar rupanya. Nampak dia pakai Toyota Camry baru. So org kaya di KTlah, tapi dia memang nak byr makan lm we all sbb terharu dgn semangat kami yg sanggup dtg jauh2 utk membantu.

Kalau Umno/BN nak menang, hentikan bagi duit utk jentera. Biar jentera dtg sendiri secara sukarela dan keluar dari duit poket sendiri, barulah semangat melawan dia lain. Tak kan tak nampak or faham....

Conclusion, org2 UMNO hanya nampak satu.....DUIT....DUIT....DUIT....
nak kempen kena duit, nak batu kEna duit, nak pangkah kena duit, nak memimpin pun kena fikir duit jugak.....Tapi bukan fikir duit utk bagi rakyat.....tapi utk tembolok sendiri......fikir2kanlah....

Sebab duitlah UMNO/BN akan pupus di muka bumi.

Semoga kisah ini menjadi teladan kepada semua pejuang rakyat dalam Pakatan Rakyat. Jangan Pupus Kerana Duit.

Dari  TKO

BN suadah Bersedia Untuk Berkubur?-malaysiakini

Buat masa sekarang,boleh dikatakan BN memang sudah merelakan kerajaan mereka berkubur..!!Apa tidaknya,masing2 pemimpin mereka hanya pandai bercakap sahaja,buatnya tidak sekali-kali.Apa saja rintihan Rakyat tidak di endahkan mereka.Tengok saja barang keperluan semuanya melambung naik.Apakah langkah yang telah diambil oleh pihak mereka untuk mengatasi permasaalahan ini?Terbaru,harga gula dijangka akan melambung lagi.

Mereka hanya memandang Rakyat bilamana ada Pilihanraya sahaja.Semua janji2 manis kepada Rakyat begitu hebat di dendangkan.Tapi untuk melaksanakannya belum tentu,apatah lagi kalau mereka kalah dalam pilihanraya tersebut.Apa..!!!,mereka ingat minda Rakyat sekarang ini sama seperti dulu?Ternyata mereka silap.Rakyat sekarang telah bijak untuk menilai pihak mana yang sebenar-benarnya boleh dipecrayai buat masa sekarang.
Nampaknya BN lebih rela berkubur dari mencari jalan bagaimanakah caranya untuk mengembalikan kepercayaan Rakyat terhadap mereka.Berkemungkinan juga mereka masih berpendapat bahawa dengan adanya Ringgit Malaysia,semuanya boleh jadi.Tapi elok juga mereka bersikap sedemikian.Lagi terang & mudahlah Pakatan Rakyat untuk mengambil-alih tampok kerajaan dari mereka,InsyaALLAH........

20 January 2009

Pilihanraya Sarawak: Pendapat Taib Mahmud dan Anwar

Keputusan pilihan raya kecil Parlimen Kuala Trengganu yang menyaksikan PAS merampas kerusi itu daripada Barisan Nasional (BN), tidak akan digunakan sebagai penanda aras dalam mana-mana pilihan raya, termasuk pilihan raya negeri yang dijadualkan pada 2011, kata Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud hari ini.
Taib, yang juga pengerusi BN Sarawak berkata bukan mudah untuk membuat rumusan daripada satu pilihan raya kecil, termasuk keperluan untuk menjenamakan semula BN bagi memenangi hati dan minda rakyat.
“Tidak wujud perkara seperti penanda aras dalam mana-mana pilihan raya dan berdasarkan keputusannya, walaupun BN kalah, undi bagi BN agak tinggi disebalik hakikat banyak orang kata kepada saya yang calonnya kurang popular di kalangan pengundi,” katanya selepas menyampaikan Anugerah ICT Media Sarawak 2008 kepada pemenang di pejabatnya di sini.
Sebelum ini pula, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi keyakinannya bahawa gabungan pembangkang - Pakatan Rakyat - akan menubuhkan kerajaan di Sarawak ekoran rasa tidak puashati rakyatnya terhadap pentadbiran Barisan Nasional (BN) di negeri itu.Beliau memberitahu lebih 5,000 hadirin di majlis makan ‘Rakan PKR’ di Kuching semalam bahawa parti pembangkang akan bekerjasama untuk menumbangkan BN pimpinan ketua menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Beliau juga memberi jaminan bahawa Pakatan Rakyat akan menjaga dan melindungi hak dan tanah mereka.Menurutnya, jika Pakatan Rakyat menubuhkan kerajaan, ia akan menggubal undang-undang dalam tempoh enam bulan untuk mengembalikan semula apa yang menjadi hak rakyat seperti tanah. (Mstar)

19 January 2009

Rakyat menolak Pak Lah atau Najib?-malaysiakini

BN tak pernah mempedulikan apa sebenarnya yang Rakyat mahukan.Pembakang sentiasa diserang bertubi-tubi tanpa memikirkan Rakyat mempercayainya ataupun tidak.Media arus perdana terutamanya TV3 dengan penuh tanggungjawab menjalankan tugasnya.Majoriti Rakyat telah muak dengan situasi sebegini.
Mereka nampaknya tak berminat membaiki apa kelemahan mereka yang menyebabkan Rakyat menolak mereka.Mereka lebih mementingkan anak beranak mereka.Natijahnya,pada PRU-12 pada Mac lalu,mereka telah diaibkan oleh majoriti Rakyat.Maka mereka pun membuat Bedah Siasat.Hasilnya mereka mengatakan kekalahan berpunca dari sabotaj dalaman & berpunca dari pimpinan Pak Lah.
Mereka tidak pernah mencermin diri sendiri apakah kelemahan mereka yang menyebabkan Arus Perubahan ini memihak kepada Pakatan Rakyat.Dengan angkuhnya Bakal Perdana Menteri bulan Mac depan & yang sewaktu dengannya menyalahkan Pak Lah diatas kemenangan dalam kekalahan mereka.Dengan usaha gigih Najib memprogramkan seluruh Bahgian UMNO,Pak Lah terpaksa akur dengan keputusan akar umbi.
Apa kesalahan yang telah Pak Lah lakukan?Tak sedarkah semua ahli2 UMNO yang negara ini dapat mengecap Demokrasi walaupun sedikit setelah Pak Lah diberi tugas sebagai Perdana Menteri menggantikan Che Det?Berapa banyak skandal yang boleh didengar sejak beliau mengambil alih tugas?Berapa banyak skandal rasuah yang beliau lakukan?Adakah kes mahkamah yang terlibat secara langsung atau tak langsung melibatkan beliau?Orang lain yang mencipta kerosakan,Pak Lah pula yang dituding mereka.
Cuba kita bayangkan bila Najib menjadi Perdana Menteri,adakah suasana dinegara kita lebih baik ataupun sebaliknya?Kekalahan BN pada PRK di Kuala Terengganu baru2 ini telah menampakan lagi kebencian Rakyat terhadap kerajaan BN terutamanya UMNO.Nampaknya Najib hanya menang dalam Parti UMNO sahaja untuk melayakan beliau menjadi Perdana Menteri pada Mac ini,tapi yang nyata majoriti Rakyat telah menolaknya.
Inilah hasilnya bila media arus perdana sentiasa menggembar-gemburkan Pakatan Rakyat telah menuju perpecahan.Kalaulah PRU-13 boleh berlaku sebelum Mac ini,nescaya Pakatan Rakyat boleh berjaya mengambil-alih tampok pemerintahan dari kerajaan BN.

Abbas Bukan Presiden Yang Sah

Menteri Kehakiman Palestin, Mohamed Al-Ghoul menyatakan kesemua keputusan ataupun syarat-syarat yang dibuat oleh Ketua Pihak Berkuasa Palestin Mahmoud Abbas yang tamat tempoh perkhidmatannya pada 9/1/2009 adalah tidak sah dan tidak perlu diikuti oleh rakyat Palestin. Beliau menambah, artikel 36 berkenaan tempoh kuasa presiden selama 4 tahun telah membuatkan Abbas bukan lagi Presiden bagi rakyat Palestin dan tiada kuasa yang sah untuk menandatangi apa-apa perjanjian bagi pihak Palestin.
Pihak kementerian itu menyatakan bahawa kerajaan yang sah dan berdaulat pada ketika ini adalah kerajaan yang diketuai oleh Ismail Haneyya yang menjadi wakil kepada negara dan rakyat Palestin. Tiada siapa yang mempunyai kuasa yang sah ketika ini kecuali kerajaan yang beliau ketuai. Ghoul meminta agar masyarakat antarabangsa khususnya negara Islam dan Arab termasuk pihak yang rasmi ataupun tidak rasmi untuk hanya berhubung dengan kerajaan Ismail Haneyya ini.
Ghoul juga menekankan bahawa usaha untuk menahan dan menyiasat Abbas di Mahkamah Palestin harus segerakan di atas ratusan kesalahan yang “jenayah dan pengkhianatan berat” yang dilakukan oleh beliau termasuk konspirasi menentang rakyatnya sendiri dengan bersetongkol bersama puak Yahudi Laknatullah dan membelakangkan kepentingan negara dan rakyat.
Beliau menegaskan bahawa hak-hak rakyat Palestin terhadap isu hubungan Palestin-Israel tidak akan berganjak walau sedikitpun dan rakyat tidak akan termakan dan tertipu dengan usaha-usaha Abbas ketika ini yang sedang berusaha melaung-laungkan kempen bersatu dan menghormati undang-undang Palestin bagi menaikkan semangat kebangsaan Palestin yang sudah semestinya menguntungkan beliau.

Penglibatan Kementerian pada PRK-P036

kementerian persekutuan yang terlibat dalam kempen pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu, iaitu Kementerian Kesihatan, Kementerian Pelajaran, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Kementerian Pertanian, Kementerian Kewangan, Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Penerangan dan Kementerian Wanita, Keluarga dan Pembangunan Komuniti.BN juga telah berkempen dengan menguar-uarkan khidmat dan perbelanjaan kerajaan yang telah dilaksanakan, seolah-olah dibiayai oleh mereka, antaranya:

  • Peruntukan RM 500,000 di bulan Disember 2008 untuk mangsa banjir.
  • RM 200,000 telah dibelanjakan untuk membeli makanan dan keperluan lain untuk mangsa banjir.
  • Penggantian atap-atap.
  • Pendaratan pesawat MAS penerbangan pulang haji terus ke Kuala Terengganu.

Senarai Penyalahgunaan Kuasa pada PRK-P036

    • Di peringkat kerajaan tempatan, Datuk Bandar Kuala Terengganu merangkap Pegawai Kanan Pilihanraya, Mat Razali Kassim didakwa berkempen dan mendesak kakitangan di bawahnya untuk mengundi BN. (Beliau telah meletakkan jawatan pegawai pilihanraya sehari sebelum pilihanraya kecil).
    • Penggantinya, Setiausaha Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, yang sebelumnya memangku Pegawai Kanan Pilihanraya, Wan Mustafa Wan Hassan, juga disangsikan kerana didakwa melibatkan diri dalam program kempen BN.
    • Penggunaan pejabat menteri besar dan jentera sebuah jabatan kerajaan dalam upacara perasmian pecah tanah pembinaan masjid.
    • Ketika dalam ceramah di Perumahan Pusu Tiga, Gong Badak, Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said didakwa mengarahkan Jabatan Saliran dan Perparitan untuk mengkaji masalah banjir di kawasan itu.
    • Setiausaha kerajaan negeri dan pengarah kewangan negeri didakwa melibatkan diri dalam program taklimat BN yang disasarkan kepada imam dan bilal masjid, ketua kampung dan pegawai perkhidmatan awam, termasuk pegawai kerajaan luar kawasan yang mengundi di P036 (Parlimen Kuala Terengganu).
    • Perasmian nama lnstitut Pendidikan Guru Malaysia kepada kampus Datuk Razali Ismail dan sebuah sekolah menengah kebangsaan kepada Sekolkah Menengah Kebangsaan Datuk Razali Ismail.

Senarai Rasuah Pancing Undi di P-036

  • Penubuhan dan pemberian RM 1 juta untuk Tabung Kecemasan Nelayan.
  • Peruntukan RM150,000 untuk skim pembangunan nelayan Kuala Terengganu.
  • Pemberian secara lambak tanpa tender 583 projek Kelas F yang bernilai RM15.8 juta.
  • Upacara mengasaskan projek pembinaan unit kardiologi yang bernilai RM10 juta.
  • Upacara perasmian projek pembinaan masjid di Kubang lkan (Kuala Terengganu) pada 15 Januari 2009.
  • Upacara pecah tanah pembinaan 1,200 unit Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).
  • Perasmian peruntukan RM100 juta untuk membina 1,000 unit rumah kos rendah di Kuala Terengganu.
  • Pemberian RM6.1 juta untuk Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chung Hwa Wei Sin.
  • Pemberian sebanyak RM2.5 juta untuk masyarakat Cina Kuala Terengganu.
  • Pengumuman geran RM 50 juta untuk sekolah-sekolah Cina.
  • Pemberian pilot E-book (komputer) kepada 100 orang di Kuala Terengganu. Janji pemberian 23,000 buah E-book (komputer), berharga RM 1,300 sebuah, kepada kanak-kanak sekolah.
  • Seramai 206 orang penenun songket menerima satu set seorang Mesin Tenunan Tradisional yang berharga RM 695 seunit.
  • Pemberian RM408.6 juta kepada kerajaan Negeri Terengganu sebagai royalti minyak.
  • Mengisytiharkan projek untuk meluaskan ruang keluar-masuk pelabuhan perikanan di Pelabuhan Cendering.

18 January 2009

Pakatan Rakyat jangan terlalu selesa-malaysiakini

Pakatan Rakyat telah membuktikan kepada Barisan Nasional bahawa Rakyat Malaysia telah memberi sokongan yang tak berbelah bagi kepada mereka.Dengan kemenangan di K Terengganu ,semua isu-isu yang berbangkit sejak kebelakangan ini dapat diatasi dan yang lebih penting pasal kegagalan 16Sept sedikit pun tak dapat menggoyah kepercayaan Rakyat terhadap PR.
Berkemungkinan Rakyat dah pandai menilai apakah penyebab utama disebalik kegagalan itu.Rakyat dah muak dengan cara BN bermain politik.Dari dulu sampai sekarng modal yang sama saja.
PR diharap jangan begitu selesa dengan kemenangan ini.Dari sumber maklumat yang saya dapat,berkemungkinan PRK bakal berlaku lagi dalam masa terdekat..!!Dikhabarkan,ada Ahli Dewan Undangan Negeri yang sedang sakit dalam keadan yang agak serius.Ini bermakna,kalau apa-apa terjadi kepada ADUN ini...,maka akan berlakulah lagi PRK disana.Sama-sama kita tunggu.........

17 January 2009

Pakatan Rakyat Semakin Hampir ke Putrajaya - malaysiakini

Pakatan Rakyat Menang Lagi di Kuala Terengganu !!!
Kemenangan sedang diraikan di jalan-jalan, rumah-rumah di Terengganu dan seluruh malaysia dan dunia.
Inilah hasil dari kerjasama erat di antara parti-parti Pakatan Rakyat.
Rakyat Terengganu Sudah Humban UMNO/BN ke Laut Cina Selatan!!!
alhamdulillah!!!!
Terima kasih semua para pejuang rakyat!!!


Bloggers Network Malaysia


Terkini dari PRK P36 - Kuala Terengganu - malaysiakini


Kuala Terengganu, 17/1/2009 , 5.00 Petang .

Liputan dari Peti Undi Kuala Ibai, DUN Batu Buruk,  SMK Sultan Sulaiman.

Dari hasil risikan, pemantauan dan penyiasatan kami, Sudah 4 penggal peti undi ini memihak kepada Pakatan Rakyat, bahkan dapat menampung peti-peti undi lain untuk memihak kepada Pakatan Rakyat.

Cuaca di Kuala Terengganu amat baik, panas dan berangin. Helikopter PDRM berlegar-legar di ruang angkasa memantau suasana pengundian.

Wan Farid Kena Boikot dengan ahli UMNO sendiri - malaysiakini

Terkini dari Medan Perang P36 Kuala Terengganu.

Wan Farid kena boikot dengan jentera UMNO sendiri.

2/3  Jentera UMNO/BN pulaukan Wan Farid.

Beliau kelihatan berjalan bersama penyokong beliau dalam jumlah yang amat mengecewakan,


- Topeng Perak Xinwug
Melaporkan dari P36 Kuala Terengganu.

Gelombang Rakyat di ceramah pakatan rakyat, Kuala Terengganu - malaysiakini

ini adalah gambar Gelombang Rakyat di ceramah anjuran pakatan rakyat, Kuala Terengganu, semalam.

Zombie dari Cina ka..?-malaysiakini


Beringatlah........penduduk KT.........,hantu2....BN bakal muncul bila2 masa dari sekarang ..!!!!

16 January 2009

HUSAM BIDAS EZAM!!- malaysiakini



Cabaran Ezam itu sekaligus membuka episod baru perang Ezam dengan pemimpin PAS itu selepas perangnya dengan Anwar sejak beliau keluar Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan sertai UMNO.

Teruskan dengan temuramah sya~reformis dengan Dato Husam.Pada 16/01/2009..jam 11.30 pagi.di Losong Masjid K. Terengganu.


TUDUHAN dari Ezam :

Saya cabar Husam datang Kuala Terengganu jawab tuduhan kata saya masuk UMNO kerana nak cari makan. Di ada dua malam atau dua hari ( dari Rabu malam) jawab cabaran saya- Ezam

Jawapan Dato Husam :
Saya dah ada disini!!Saya bukan tuduh,saya cuma kata biasanya orang yang masuk UMNO ni carik makan la.Dulu dia berjuang menentang RASUAH dan PENYELEWENGAN tapi kita tak lagi dengar dia bersuara menentang RASUAH dan MENYELEWENG.

TUDUHAN dari Ezam :
Ezam yang mengakui berkawan baik dengan Husam berkata, beliau bertemu pemimpin PAS itu selepas buat keputusan keluar dari PKR tidak lama dulu malah orang pertama yang dimaklumkan secara peribadi mengenai perkara itu.

Jawapan Dato Husam :

Memang la dia nak cuba guna alasan untuk masuk,saya nak cakap apa dia memang nak MASUK!Kita sebagai Pejuang tak boleh bersangkut dengan orang,esok-esok TUHAN akan tanya kita sendiri..Bukan tanya orang tu orang ni,semata-mata keputusan dibuat bedasarkan diri dia sendiri,makna TUHAN akan tanya tu sorang-sorang.

TUDUHAN Ezam :

" Pada malam ini, saya nak bagi tahu, dengan lafaz ' Wallahi, Wabillahi, Watallahi' saya beritahu Husam bahawa saya nak tinggalkan Anwar kerana ada beberapa perkara yang dilakukan oleh Anwar secara peribadi dan politik yang saya tak boleh terima sebagai orang Islam.

Sya bertanya : Ezam telah bersumpah apakah Dato juga akan bersumpah ?

Jawapan Dato Husam : Orang yang bersumpah ini merupakan orang yang tak ada keyakinan diri.Dia tak percaya apa yang dia kata tu betul atau tak.Kalau dia yakin apa yang dia katakan itu benar maka TAK PERLU sesiapa bersumpah.

TUDUHAN
Ezam :

Menurut Ezam, sebagai kawan dan pemimpin PAS yang dihormati, beliau bertemu Husam untuk memberitahu keputusannya keluar Keadilan.

"Nak tahu apa jawapannya?, Saya cabar dia nafikan. Anwar saya tak mahu cabar dia, kerana saya tahu, mana dia mahu. Tapi saya cabar Husam nafikan…nak tahu apa jawapannya, Husam kata " kita pun tahu ( perangai Anwar) tapi sebab politik, kita nak pakai dia, kita nak tunggang dia," katanya.

Jawapan Dato Husam :

Bagi saya,saya lebih menghormati Dato Seri Anwar.Bagi saya Dato Seri Anwar Ibrahim lebih berprinsip dari ezam.

TUDUHAN Ezam :

Dalam ceramahnya itu beliau kemudiannya mencabar Husam menafikan kata-katanya pasal PAS nak tungang Anwar itu sebelum habis tempoh berkempen pada pilihan raya kecil parlimen Kuala Terengganu 17 Januari ini.

Katanya, kalau perkara itu tidak selesai selepas 17 Januari, beliau akan ' pusing keliling' seluruh Kelantan selepas pilihanraya kecil Kuala Terengganu untuk berdepan dengan Husam.

Jawapan Dato Husam :

Dia (Ezam) memang TOKOH yang hebat,saya tak boleh tandingi dia.Saya hanya orang biasa.

Sya bertanya :

Adakah Dato Menafikan segala Tuduhan yang dilemparkan oleh Ezam ?

Jawapan Dato Husam : Saya pun tak dengar apa yang dia cakap,tuduhan itu pun saya tak perasan.Yang dia kata saya kenal Dato Seri Anwar Ibrahim,memang saya kenal!!Saya mengenali Dato Seri kerana prisipnya dan ketokohannya dalam politik.

Secara Rumusan tiap-tiap orang ada MARUAH dia sendiri,ada integriti dia sendiri dan istikomah.Kalau dulu dia mengatakan UMNO tak bagus,sekarang dia kata bagus jadi dia hilanglah integriti dia.Dulu dia kata Dato Seri Anwar Ibrahim bagus,sampai dia kena tahan ISA,pastu dia kata Dato Seri tak bagus.Macam mana dia kata dulu bagus sekarang tak bagus!Ini orang yang integritinya menurun.

Sya bertanya :

Bagaimana kalau dia ingin berdepan dengan Dato ?

Jawapan Dato Husam :

Saya harap Ezam keluar dari UMNO dan masuk semula ke dalam PAKATAN RAKYAT,Buat apa lagi duduk dalam UMNO!!!

Sekian temuramah Sya~Reformis dan Dato Husam Musa Pagi tadi.Bagi aku ini jelas apa yang cuba dimainkan oleh Ezam hanyalah untuk mencari nama dan PUBLISITI murahan sempena kempen beliau di K.TERENGGANU.

NOTE Sya~Reformis berkata : Buat Ezam tak payah susah - susah pusing satu KELANTAN nak cari Dato Husam,kalau berani pergi sahaja ke RUMAHNYA dan KEPEJABATNYA!!Jangan kerana banyak cakap tapi apa pun tak boleh pakai.Dato Husam membuka pintu untuk Ezam masuk semula ke Pakatan Rakyat...so Ezam Fikir-Fikirlah!!!

Pas Temui Senjata Akhir Menjelang Hari Mengundi

Menjelang jam-jam terakhir pilihan raya kecil Kuala Terengganu Sabtu ini, dua peristiwa besar berlaku iaitu satu di Shah Alam dan satu lagi di Kuala Terengganu. Di Mahkamah Tinggi Shah Alam, tertuduh kes pembunuhan Altantuya Shariibuu Azilah Hadri berkata, beliau bertindak membantu Abdul Razak Baginda dengan arahan ADC (juru iring polis) kepada Timbalan Perdana Menteri,Dauk Seri Najib Tun Razak.
Di Kuala Terengganu pula, Pegawai Pengurus Pilihan raya Kecil Kuala Terenganu Datuk Mat Rozali Kassim meletakkan jawatan.Beliau berbuat demikian selepas PAS dan PKR membuat bantahan terhadap tindakannya memaksa kakitangan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu agar jangan mengundi pembangkang jika tidak mahu kehilangan pekerjaan masing-masing.Dua isu ini dijangka menjadi penentu pilihan raya kecil kali ini kalau kita bercakap soal senjata dan isu terakhir menjelang hari mengundi.
Dalam kes Azilah Hadri, dalam keterangan membela dirinya di mahkamah, Azilah membuat pengakuan bahawa dia diarahkan oleh ADC Datuk Seri Najib Tun Razak supaya membantu Abdul Razak Baginda.Jika benar penyiasatan yang dibuat polis, pertolongan yang dimaksudkan adalah membunuh pihak yang menggangu Razak Baginda iaitu Altantuya Shaariibuu.Itu fakta yang tidak berapa penting sebenarnya. Fakta yang terlebih penting adalah bagaimana ADC Najib boleh mengarahkan Azilah membantu Razak.
Adakah ADC itu mengarahkan Azilah Hadri tanpa pengetahuan bosnya iaitu Najib. Atau arahan yang dibuat ADC itu atas arahan bosnya pula iaitu Najib.Perkara ini tidak dapat dielakkan lagi dari diperkatakan. Boleh dikatakan semua rakyat negara ini tertanya-tanya persoalan ini.Apatah lagi sebelum ini sepupu Altantuya dalam keterangannya di mahkamah yang sama memberitahu Altantuya pernah menunjukkan kepadanya sekeping gambar yang menunjukkan dia (Altantuya) makan bersama dengan Razak dan seorang pemimpin Malaysia bernama Najib Razak.
Di Permatang Pauh, Najib bersumpah dalam sebuah masjid di sana bahawa dia tidak pernah kenal wanita Mongolia ini. Apakah di Kuala Terengganu ini Najib terpaksa sekali lagi bersumpah dalam masjid bahawa dia tidak pernah mengarahkan ADCnya mengarahkan Azilah Hadri ‘menguruskan’ Altantuya.Pengundi Kuala Terengganu tentu ternanti-nanti tindakan Najib ini. Kita percaya, Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said tidak keberatan untuk membenarkan mana-mana masjid digunakan oleh Najib untuk membuat sumpah ini.
Kalau MB Kelantan yang berlainan parti dengannya boleh dibenarkan untuk menggunakan Masjid Hiliran untuk melancarkan jentera pilihan raya Kelantan bagi membantu calon Pas, takkan dia tidak boleh membenarkan Najib untuk menggunakan mana-mana masjid untuk bersumpah.
Isu kedua yang bakal menjadi senjata terakhir kempen ini adalah perletakan jawatan Datuk Bandaraya Kuala Terengganu Mat Razali Kassim sebagai Pegawai Pengurus Pilihan Raya P036 Kuala Terengganu ini.Sebelum perletakan jawatan ini, Pas dan PKR telah membuat laporan polis terhadap Razali. Semasa kenyataan awalnya kepada media, Mat Razali menafikan dakwaan Pas dan PKR itu.
PAS juga akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung dakwaan ugutan datuk bandar Kuala Terengganu terhadap kakitangannya itu.Pesuruhjaya parti itu Datuk Mustafa Ali hari ini berkata laporan akan dibuat di pejabat SPR negeri di Wisma Persekutuan.Semalam, tambahnya, pembangkang telah membuat laporan kepada pihak polis berhubung perkara itu.
Laporan polis itu mendakwa Datuk Mat Razali Kassim, yang dilantik pegawai pengurus pilihanraya kecil parlimen tersebut, memberi kata dua supaya mengundi calon BN, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh.Datuk bandar itu didakwa berbuat demikian kepada lebih kurang 590 kakitangan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) dalam satu pertemuan di Dewan Tunku Abdul Rahman. “Kita ada cukup bukti mereka buat ugutan tersebut kerana kita ada orang yang memberi laporan kepada kita,” kata Mustafa (kiri) kepada wartawan di Kuala Terengganu hari ini.
Dalam laporan polisnya, ketua Angkatan Muda PKR Terengganu, Mohd Fariz Musa mendakwa Mat Razali pernah berucap kepada kakitangan MBKT: “kalau berani dan tidak takut dibuang kerja, silalah (sokong pembangkang)”.
“Saya memohon pihak polis supaya menyiasat dakwaan bahawa wujud amaran dan ugutan oleh pegawai pengurus pilihanraya Datuk Mat Razali Kassim yang telah memaksa dan mengugut kakitangan bawahannya,” tulis Fariz Musa dalam laporan polisnya.Pengarah Operasi pilihan raya Pas Kuala Terengganu, Datuk Wan Mutalib Embong dalam kenyataannya berkata, pihaknya akan memfailkan bantahan terhadap Mat Razali di mahkamah Kuala Terengganu segera.Namun belum sempat kes itu difailkan, Mat Razali terlebih dahulu meletakkan jawatan.
Implikasi besar kepada perletakan jawatan Mat Razali adalah terbuktinya dakwaan bahawa pegawai SPR sering berat sebelah selama ini. Ini kerana, pelbagai laporan tentang penyelewengan dan tindakan berat sebelah selama ini tidak pernah diendahkan.
Nampaknya kedatangan Pengerusi baru SPR banyak membawa perubahan penting dalam perjalanan pilihan raya di negara ini. Semasa hari pernamaan calon pilihan raya kecil Kuala Terengganu lagi perkara ini sudah mula dirasai. Ketika hari itu Pas memuji beberapa langkah SPR dalam menguruskan hari pernamaan calon itu.
Perubahan yang berlaku semasa hari pengundian secara pos juga mendapat pujian dari Pas. Pesuruhjaya Pas Terengganu yang juga Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Datuk Mustafa Ali dalam sidang medianya memuji langkah membenarkan wakil parti-parti yang bertanding memerhati perjanlanan undi pos.“Ia satu yang baik walaupun ada lagi langkah yang perlu untuk undi pos ini,” kata Mustafa.Mungkin juga, Pengerusi baru SPR ini mempunyai peranan sehingga Mat Razali meletakkan jawatannya dalam pilihan raya ini.
Namun yang pasti, perletakan jawatan Mat Razali memberi moral besar kepada Pas di saat akhir menjelang pilihan raya kecil Kuala Terengganu. Apatah lagi, kenyataan Azilah akan menyerang tepat jentera kempen BN apabila pengarahnya sendiri, Datuk Seri Najib, terpaksa membela diri.
(anwaribrahimblog)

PRK P36 - Risalah Untuk Pengundi - malaysiakini





PRK P36 - Risalah Untuk Pengundi - malaysiakini

--
Asrol Affandi



--
Asrol Affandi

Bangunan mewah UMNO di kuala terengganu - malaysiakini




Wowwwww...inilah rupa bangunan yang menempatkan Pemuda UMNO di kuala terengganu..mewah betul mereka.

Gula-Gula Untuk Rakyat -malaysiakini


Kuala Terengganu - 16 december, pukul 2.47 pagi.

UMNO umpan rakyat dengan gula-gula jer???macam budak kecik...wkahakhakha

kami sudah menerima gula-gula dari UMNO..jutaaan rupiah...kaya wooooo

tak tau ler kalu gula-gula tu sudah dibomohkan oleh Ayah Pin.mungkin lepas ni saya akan jadi Gaban (police cop gaban), pejuang kerajaan langit,


ketika kami melaporkan, helikopter PDRM sedang terbang atas kepala kami...fuyooooo..rasa macam dok kat GAZA...harapa2 jangan ler jatuh bom atas kepala..

wkwkahkhkkaha


Live dari Medan Perang - Kuala Terengganu - P36

Pejuang Bloggers Network Malaysia.
- Yeols
- Razak
- Asrol
- Zul


Majlis Makan Malam Pemimpin Pakatan Rakyat Bersama Kaum Cina di Kuala Tganu - malaysiakini

Kuala Terengganu - Satu Majlis Makan Malam bersama masyarakat Cina telah diadakan di Dun Bandar.Restoran Ocean telah dipilih dan menyaksikan terhimpunya lebih dari 3ribu orang memenuhi ruang kecil ini...Rakyat dari serata K.Terengganu dan dari pelbagai Bangsa berkumpul bersama-sama untuk mendengar Amanat dari Pimpinan-Pimpinan Atasan Pakatan Rakyat.


Antara yang hadir ialah Dato Seri Anwar Ibrahim,Dato Husam Musa,YB Tian Chua,YB Saifuddin Nasution dan YB Azmin Ali serta ramai lagi.Kehadiran wakil dari Pakatan Rakyat yang mana ketika ini isu Perkauman bagi memecahkan Gabungan Pakatan Rakyat dilihat tidak memeberi kesan kepada Pimpinan dan Rakyat.

Antara isi ucapan dari Dato Seri Anwar dan Dato Husam menarik perhatian dikalangan mereka yang hadir.Isu semasa yang melibatkan ekonomi dan Janji UMNO/BN diperkatakan dan dilihat berasas kepada Rakyat.

Dato Seri Anwar dan Dato Husam bergegas pulang awal bagi memenuhi jadual mereka dibeberapa tempat yang melihatkan RAKYAT melaut memenuhi semua tempat ceramah.Tidak mengira dimana sahaja pasti Rakyat akan hadir.Ini menunjukan KEKUATAN dan PENGARUH PAKATAN RAKYAT itu masih ada.

Gambar - gambar.....

Gambar bersama Masyarakat Cina....







Bersama Rakyat di Kg Tanjung...



15 January 2009

GGMM Tarik Balik Saman Terhadap Kerajaan Negeri Pulau Pinang Mengenai Papan Tanda

Gabungan Graduan Melayu Muda (GGMM) telah menarik balik samannya terhadap kerajaan Pulau Pinang berhubung penggunaan papan tanda nama jalan dalam pelbagai bahasa di tapak warisan Georgetown.
Kes itu dijadual dibicarakan di Mahkamah Tinggi hari ini tetapi GGMM tidak mahu meneruskan kes itu dengan alasan tidak mampu membiayai kos guaman. Peguam GGMM, Kahirul Azam berkata orang ramai memberi sambutan dingin kepada usaha mengutip derma bagi menampung kos guaman. Khairul mengakui isu itu mungkin belum cukup menyentuh emosi orang Melayu.
Dalam writ saman yang difailkan pada 4 November lalu, gabungan itu memohon mahkamah mengeluarkan perintah menghalang papan tanda itu dinaikkan. Gabungan itu turut memohon satu deklarasi dibuat berhubung Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan bagi mempertahankan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata saman itu didorong oleh emosi perkauman dan tidak berpijak kepada keadaan sebenar. Menurut beliau langkah kerajaan negeri mengguna papan tanda pelbagai bahasa tidak langsung membelakangkan Bahasa Malaysia.
Writ saman itu telah difailkan oleh Nik Rizman Sapian selaku wakil GGMM dengan menamakan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan kerajaan negeri Pulau Pinang sebagai defendan.

Roket Katyusha menghantui Israel


Tiga roket Katyusha ditembak dari Lubnan dan jatuh ke kawasan Galilee di utara Israel namun tiada sebarang kerosakan atau mangsa yang tercedera.Sumber Yahudi berkata beberapa orang penduduk masih terkejut dengan peristiwa itu manakala tentera darat itu bertumpu ke kawasan tersebut bagi menentukan lokasi sebenar letupan.
Siren penggera berbunyi dua kali dari Kiryat Shmoneh dan sekitarnya sebagai manakala Kementerian Pertahanan Israel mengarahkan penduduk-penduduk supaya mendapatkan perlindungan jika mereka mendengar siren atau bunyi letupan.

Janji-janji Najib - Jika masjid pun kena tipu

"Najib bohong," begitu tajuk utama di muka hadapan Suara Keadilan 14-21 Januari 2009. Di bawahnya dinyatakan, "Janji peruntukan RM100,00 kepada masjid, RM30,000 kepada surau ketika pilihan raya kecil Permatang Pauh terbukti palsu".

Tertulis lagi, "Ia adalah janji politik dan geran kosong yang selalu digunakan oleh Umno ketika pilihan raya",Pemimpin Umno negeri."Kalau duit untuk agama ditipu, apa lagi untuk peruntukan lain.Pengundi Kuala Terengganu diingat jangan tertipu",orang ramai.

Muka hadapan Suara Keadilan itu juga menyiarkan gambar wakil masjid Kubang Semang, Suhaimi Harun menunjukkan surat yang ditandatangani oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjanjikan peruntukan RM100,000 ketika kempen pilihan raya Permatang Pauh. Namun, selepas pilihan raya selesai, dia diberitahu tiada wang peruntukan.
Di muka surat empat Suara Keadilan, tersiar gambar surat Najib yang menjanjikan peruntukan RM100,00 itu. Antara lain, surat yang mempunyai kepala surat yang tertulis Timbalan Perdana Menteri berserta lambang negara Malaysia dan ditandatangani oleh Najib itu menyatakan:

"Sehubungan ini, dimaklumkan bahawa permohonan peruntukan bagi membaik pulih, menaik taraf dan membeli peralatan baru Masjid Kubang Semang, Bukit Mertajam, Pulau Pinang bernilai RM100,000.00 telah diluluskan dan pelaksanaannya akan dimulakan dalam jangkamasa terdekat ini".

Di muka surat lima akhbar tersebut, disiarkan komen penduduk-penduduk Kubang Semang. Antaranya, Rahim Ibrahim menyatakan:

"Saya merayu kepada pengundi di Kuala Terengganu supaya jangan mudah termakan janji. Jika masjid pun kena tipu, apa jaminan peruntukan lain tidak ditipu".
Di Kuala Terengganu, Utusan Malaysia 13 Januari 2009 melaporkan Najib berjanji kerajaan akan membuat perubahan besar di Kuala Terengganu jika rakyat memberi mandat kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Parlimen kawasan itu 17 Januari ini.
Beliau berkata kerajaan BN merupakan sebuah kerajaan yang mampu membuat perubahan untuk kesejahteraan rakyat berbanding PAS yang hanya tahu berjanji tetapi tidak mampu melakukannya. (Penarik beca)

Belum Ada Petunjuk Jelas Siapa Akan Menang

Selepas seminggu berkempen dan menjelang pengundian Sabtu ini, petugas parti-parti yang bertanding mendapati belum ada petunjuk jelas mengenai siapa yang akan menang dalam pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Kuala Terengganu.
Ini kerana mereka berdepan dengan pengundi yang agak tidak menentu dan enggan bercerita sangat mengenai siapa antara Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh dari Barisan Nasional,Mohd Abdul Wahid Endut daripada PAS dan Azharuddin Mamat, calon Bebas, yang menjadi pilihan mereka.
Kebanyakan pengundi sekadar berjabat tangan, senyum dan berdiam apabila kita cuba menilai kecenderungan mereka.Penganalisis politik juga masih kebingungan tetapi yang pasti ialah BN dan PAS sudah bersedia mengharungi persaingan yang sengit.Yang peliknya, walaupun dalam keadaan demikian, pilihan raya kecil ini dianggap sepi dan aman.
Penduduk tempatan menjalani kehidupan harian seperti biasa manakala peniaga-peniaga gembira dengan kehadiran ribuan pengunjung luar.Bagi 300 petugas media yang membuat liputan pilihan raya kecil ini, kempen yang suram sejak hari penamaan calon 6 Jan lepas itu, bermakna mereka ketandusan berita panas manakala 6,000 anggota polis pula mungkin merasa lega.Kecuali perang poster di bandar ini, ketiadaan isu besar adalah satu daripada sebab kenapa pilihan raya kecil ini dianggap sebagai tenang.
Kempen BN, yang diterajui Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, lebih tertumpu kepada pendekatan bersemuka dengan rakyat."Tak perlu adakan terlalu banyak ceramah besar kerana penduduk di sini sudah tidak lagi berminat," kata seorang petugas BN kepada Bernama.
Ceramah pertama pembangkang diadakan pada hari penamaan calon dengan memaparkan ketua umum Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mursyidul Am PAS Datuk Nik abdul Aziz Nik Mat.
Suruhanjaya Pilihan Raya berkata setakat ini tidak ada sebarang laporan dibuat, yang menunjukkan bahawa pilihan raya kecil itu berjalan lancar.
Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata bahawa sejak pilihan raya umum ke-12 pada 8 Mac tahun lepas, SPR telah mengambil beberapa tindakan untuk meningkatkan ketelusan.Antara langkah yang diambil ialah membenarkan ejen calon untuk duduk bersama ketua tempat undi pos bagi memantau proses berkenaan.Kuala Terengganu mempunyai 80,229 pengundi.

.

Berbohong amalan biasa UMNO?

Dalam satu majlis jamuan dan perjumpaan bersama keluarga dan penyokong Arwah Razali Ismail di Taman Chendering Utama di Kuala Terengganu (14 Jan), Najib Razak mengatakan bahawa “di sini saya boleh bercakap secara terbuka bahawa seandainya Allahyarham tidak memasuki bidang politik, kerajaan kemungkinan besar akan melantik Allahyarham sebagai Ketua Pengarah Pelajaran kerana mengakui ketokohan beliau dalam bidang ini".
Kemungkinan untuk arwah dilantik sebagai KP Pelajaran adalah mustahil - dari segi adat dunia dan apa yang diamalkan oleh kerajaan sendiri. Dan Najib memang BERBOHONG semata-mata kerana terdesak untuk meraih undi di Kuala Terengganu. BN hanya sekadar menumpang keperibadian arwah Razali.
Semasa PRU2004, arwah berumur mencecah 55 tahun. Usia bersara ialah apabila mencapai umur 56 tahun - bermakna arwah hanya mempunyai sekitar setahun tiga bulan sahaja lagi sebelum bersara wajibnya. Ketika itu arwah adalah salah seorang pengarah dari berbelas pengarah bahagian di Kementerian Pelajaran. Malah beliau bukan pun salah seorang dari tiga Timbalan Ketua Pengarah pada masa itu. Dan yang lagi pening dengan pembohongan Najib tu ialah,Ketua Pengarah waktu itu tidak dijadualkan untuk bersara dalam masa terdekat ketika itu untuk melakukan sebarang promosi!!!
Bagaimana mungkin salah seorang pengarah bahagian melompat terus menjadi KP - potong tiga orang TKP ketika itu?

Risalah PAS dicetak rompak UMNO

Risalah yang telah ditiru oleh pihak musuh

Musuh politik PAS meneruskan agenda jahat mereka dengan mengeluarkan ‘buletin KUALA palsu’ yang dikeluarkan oleh Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu.
Dalam sidang akhbarnya hari ini, Pengarah Operasi Pilihanraya Kuala Terengganu, Dato’ Wan Mutalib Embong menunjukkan bukti kejahatan pihak tertentu yang ingin mengaburi mata pengundi dengan mencetak Buletin KUALA, risalah rasmi PAS.

Buletin KUALA edisi 3 telah dicetak dan disebarkan oleh mereka dengan isinya yang jelas mengutuk pembangkang dan menipu rakyat.Antara perbezaan buletin palsu dengan yang asal adalah:

1- Tiada tanda pangkah (X) di tepi logo PAS di penjuru atas risalah tersebut.
2- Isi dalam risalah tersebut berbeza daripada risalah asal.
3- Jarak antara huruf-huruf perkataan ‘KUALA’ dekat antara satu sama lain.
4- Tajuk, isi dan gambar yang terdapat dalam buletin itu jelas memfitnah dan mencemarkan nama baik pimpinan PAS dan Pakatan Rakyat.

Harapan kami agar berita ini disebarkan sesegera mungkin dan walau siapa pun yang membuat angkara ini akan menerima pembalasan yang sewajarnya daripada Allah SWT.
Awas! sesi pembohongan dari pihak ini yang pasti akan diteruskan sepanjang kempen pilihan raya ini. Rakyat akan dihalang dari mendapatkan maklumat dan informasi yang benar dan telus.

Ceramah Solidariti Ummah Bersama Rakyat Palestin

Program Solidariti Ummah Bersama Rakyat Palestin anjuran AMK Kedah,DPP Merbok, Teras dan Yayasan Aman pada 16 Jan 2009.

Aturcara Program

Selepas solat Jumaat : Demonstrasi dan sebaran risalah di beberapa masjid utama di Sungai Petani

Malam, jam 9mlm : Ceramah Perdana,

Tayangan Video Kekejaman Israel di Tebing Gaza serta kutipan derma Tabung Palestin bertempat di Masjid Ar Rahman (Masjid Pekan) Sungai Petani, Kedah.

Penceramah:
1.Sdr Ustaz Zahir-Ketua DPP Merbok,
2.Sdr Saiful Izham Ramli-Ketua AMK Kedah
3.Cikgu Haji Azmi Abdul Hamid-Pengerusi TERAS
4.Timb Pres Persatuan Pengguna PPinang
5.wakil dari Palestin.

14 January 2009

Briged Al-Qassam berjaya menghalang kemaraan musuh

Batalion Izzeddin El-Qassam(sayap tentera kanan Hamas) mendedahkan mujahidin telah berjaya menghalang kemaraan musuh yang ketika itu sedang menuju timur bukit Kasyif yang terletak di selatan semenanjung Gaza dan mereka telah memusnahkan beberapa mekanisma musuh.
Ketika ditemui oleh Pusat Maklumat Palestin mereka berkata: ” Allah Ta’ala dengan segala kelebihannya dan taufiqnya terhadap mujahidin, pada tepat pukul 7 malam hari Selasa(13/1/2008) Skuad Al-Qassam telah berjaya menghalang kemaraan musuh di lembah bukit Kasyif di selatan Gaza, selepas merosakkan sepuluh mekanisma ketenteraan musuh yang sedang menuju Gaza. Para mujahidin telah menyerang dan memanjangkan serangan sehingga berjaya memusnahkan kenderaan mereka”.

Media Monkey..!!!

Kerajaan Palestin yang dipimpin oleh Ismail Haneyya mengecam sesetengah media yang menyebarkan desas-desus dan berita-berita tidak benar bertujuan untuk menykong Israel dalam satu percubaan untuk menghakis semangat penduduk Palestin dan memfitnah tindakan berani mereka.
Dalam satu kenyataan yang diterima oleh PIC, kerajaan menggariskan yang Israel menggunakan pelbagai cara untuk menyebarkan desas-desus dan pembohongan, antaranya dengan cara menjatuhkan risalah dari pesawat perang, penghantaran sms dan wawancara TV dan radio untuk memperdalamkan keretakan dalaman dan menyebarkan dendam antara rakyat.
Kerajaan menyatakan kekecewaan dan kekesalannya pada saluran media kerana mengikut percaturan dan permainan yang serupa dengan media-media Israel.
>yeols:Adakah dinegara kita media sebegini beroperasi?"Tepuk Dada..,Tanya Selera...."

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA