![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg3nbWMUiwwsvh6dcjlD2vjpO2OP01TYiOU8zO19XsuuoSggqzlFzraNkbU-oYpyLxiDm73eYhVuovwKeiPxxqeKAkGEf7yO0bbNaXl2jqHc-OQWTuJq-heTCnPzmVq-ZlknD6rcc0mSk0n/s400/zambry_utusan_mb.jpg)
Kenyataan ini telah dikeluarkan oleh Zambry (lulusan Phd) selepas Mahkamah Tinggi telah membuat keputusan bahawa Datuk Seri Nizar Jamaluddin adalah MB yang sah. Kemudiannya Zambry telah merujuk kepada mahkamah rayuan. Mahkamah rayuan pun dengan kadar segera! telah menangguhkan keputusan tersebut.
Kenyataan seperti ini begitu 'melucukan' dan ianya tidak lebih daripada percubaan untuk 'memperbodohkan rakyat'. Zambry mungkin tidak percaya kepada kenyataannya sendiri tetapi mendahulukan politik dari segala-galanya. Akibatnya beliau telah diperbodohkan oleh pihak2 yang berkenaan.
Semua orang tahu, ketidakstabilan politik mampu menggoncang kestabilan ekonomi dan mampu memberi impak negatif kepada sesebuah negeri, tetapi Zambry telah memilih untuk 'terus membuat lawak'.
Dengan ini, makin terserlahlah beliau merupakan seorang yang dangkal pemikirannya serta tidak berpandangan jauh kedepan. Ini tidak sepatutnya berlaku keatas diri beliau, kerana beliau tergolong dari kalangan intelektual (kalau mengikut kelulusan). Mungkin beginilah tahap pemikiran kebanyakkan pemimpin2 UBN........
No comments:
Post a Comment