" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

31 March 2009

Isu Keluar Parti

Seperti biasa, setiap Pilihanraya Kecil di Malaysia tidak akan sunyi dengan 'agenda keluar parti'. Ia seolah-olah sudah menjadi satu lumrah bagi sesetengah pihak merencana kempen bagi parti mereka, membuktikan seolah-olah parti lawan sudah tidak relevan dan kehilangan sokongan akar umbi.

Inilah kebiasaan yang dihadapi oleh parti-parti pembangkang hususnya Pas dan KeADILan. Kedua parti ini tidak boleh tidak, pasti akan terkesan dengan 'adegan keluar parti' oleh sesetengah ahli mereka yang kononnya 'kecewa dengan parti yang lari dari landasan perjuangan'.

Hari ini KeADILan Bahagian Jerai, Kedah telah dibubarkan oleh ketuanya, V. Kalaivanar. 500 orang dikhabarkan mengikut jejak langkah beliau. Alasan beliau, KeADILan dan Anwar Ibrahim ‘gagal’ melakukan apa-apa untuk masyarakat India di Kedah. Lebih menjelekkan, Anwar dituduh sebagai Firaun dan diktator.

Jika masyarakat sedar dan peka, hujah ini jugalah yang digunakan oleh Datuk S. Nalakaruppan sewaktu mengisytiharkan keluar parti dan menubuhkan Parti India Bersatu Malaysia (MIUP). Keluarnya Nallakaruppan kerana beliau gagal bertanding di PRK DUN Ijok dan juga kegagalan bertanding kerusi Naib Presiden KeADILan pada tahun 2007. Demikianlah halnya dengan Kalaivanar, yang bertindak keluar setelah beliau tidak terpilih sebagai calon bagi mewakili KeADILan-Pakatan Rakyat dalam PRK DUN Bukit Selambau.

Jika akar umbi KeADILan Kedah boleh menerima S. Manikumar sebagai calon Pakatan Rakyat bagi DUN Bukit Selambau, kenapa juak-juak tertentu yang dahulunya disenarai pendek tetapi tidak terpilih begitu marah dengan keputusan yang telah dibuat oleh Anwar? Apakah kerana jaminan MB Kedah, Datuk Seri Ustaz Azizan Abdul Razak bahawa calon Pakatan Rakyat yang menang akan dilantik menjadi Exco Kerajaan Negeri menyebabkan juak-juak ini terliur?

AIC yakin dan percaya bahawa kebijaksanaan dan kematangan yang tinggi telah dipertontonkan oleh kepimpinan Pakatan Rakyat kali ini. Calon yang kelihatan berstatus underdog ternyata mempunyai latar belakang yang mengagumkan dan berpotensi mengekalkan kemenangan rakyat di DUN Bukit Selambau.

Sentimen 'jasa dan pengorbanan' semata-mata tidak boleh dipertaruhkan untuk memastikan DUN Bukit Selambau kekal di bawah penguasaan Pakatan Rakyat. Yang perlu diketengahkan ialah kepimpinan, kredibiliti dan kebolehan calon untuk menterjemahkan pegangan Pakatan Rakyat untuk menjamin keadilan buat semua, bukan keadilan buat segelintir pihak semata-mata.

AIC melihat 'agenda keluar parti' ini lebih bersifat 'satu proses penyucian' Pakatan Rakyat untuk memastikan Pakatan Rakyat bersih daripada golongan oportunis, yang tidak jujur dala perjuangan dan hanya mengharapkan balasan material sebagai 'galang ganti kepada pengorbanan'.



Muhammad Shukri Md Saad.
Presiden,
Kelab Anwar Ibrahim (AIC)

No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA