" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

20 March 2009

Hj Hadi Sedia Jawab Isu 'Kerajaan Perpaduan'

UPDATE: Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersedia tampil memberi penjelasan berhubung kekeliruan penubuhan gagasan 'Kerajaan Perpaduan' (Unity Goverment) kepada Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam tempoh terdekat ini.

Penjelasan ini amatlah penting kerana pelbagai pihak mula membuat perbandingan penubuhan ‘Kerajaan Perpaduan’ itu sama dengan situasi dan kerjasama politik dalam sejarah negara sebelum ini termasuk akan berlaku pembentukan kerajaan campuran PAS dan BN, sedangkan kaedah itu belum pernah dilaksanakan di negara ini.

Setiausaha Akhbar beliau, Roslan Shahir Mohd Shahir berkata, "Insyaallah perkara ini dijanjikan akan dijelaskan lebih lanjut oleh Presiden sekembalinya beliau dari luar negara dalam tempoh sehari dua ini".

Dewan Pemuda Pas Pusat turut persetujui dengan rancangan itu yang disifatkan bertepatan dengan masa namun Guan Eng menuntut Abdul Hadi memberi penjelasan berhubung perkara tersebut kepada pimpinan tertinggi PKR dan DAP, sekutu PAS dalam PR.

Idea Abdul Hadi itu turut dibidas oleh TGNA setelah melihat tindakan Presiden PAS itu sebagai membelakangi keputusan Muktamar Tahunan parti itu di Ipoh Ogos lalu yang menolak sebarang usaha pembentukan kerajaan campuran dengan BN. Kalau betul2 mahu, satu 'mesyuarat khas' sepatutnya diadakan untuk membincangkan perkara itu.

Majoriti ahli PAS dan komponen PR amat terkilan dengan idea ke-2 Presidaen PAS itu. Sepatutnya apa2 idea atau pendapat walaupun merasakan yang ianya adalah peribadi, kenalah berhati-hati. Isu yang sebegini teramat sensitif dan perlu perbincangan sesama rakan2 parti dalam PR. Dulu bila DSAI merancang untuk mengambil-alih Kerajaan Persekutuan pada 16 Sept sudah kedengaran cerita yang sebegini.

Sekarang pula, bila masing2 berusaha untuk menyekat Najib dari menjadi PM, Hj Hadi nampaknya macam dah meninggalkan ataupun dah terlupa akan kawan2 dalam PR dalam memberikan idea beliau (mengulangi kesilapan lalu). Diharapkan beliau akan membuat penjelasan secara jujur dan ikhlas apakah motif atau kebaikan kepada rakyat dengan penubuhan ini?

TGNA telah memberi komen terbaru beliau yang mengatakan, "Saya tidak mahu terdapat ramai nakhoda dalam satu kapal yang mengeluarkan arahan berbeza sehingga boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan ahli parti dan menjejaskan kredibiliti PAS. Saya Mursyidul Am umpama nakhoda, kalau tukang sauh nak jumpa, saya tak boleh tolak, kena jumpa. Kalau tukang layar nak jumpa tak boleh tolak, kalau Haji Hadi nak jumpa pun saya tak boleh tolak.

Saya sedia berbincang dengan Abdul Hadi mengenai isu menubuhkan 'kerajaan campuran' antara PR dan BN. Sekiranya ramai pemimpin PAS yang menggesa untuk penubuhan 'kerajaan campuran dengan BN', maka perlu ada satu platform yang khusus untuk membincangkan perkara itu dengan teliti.

Saya tetap dengan pendirian asal saya, tidak bersetuju dengan cadangan itu. Kalau hendak juga hubungan kerjasama itu, PAS kena adakan 'mesyuarat khas' lain membincangkan khusus tentang perkara itu."

No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA