" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

18 March 2009

Ali Rustam Kemuka Rayuan

Ali Rustam akan membuat rayuan terhadap keputusan Lembaga Disiplin parti melarang beliau bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno pada pemilihan nanti yang akan diserahkan hari ini.

Beliau berkata surat rayuan itu turut diserahkan kepada Presiden Umno Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Timbalan Presiden Datuk Seri Mohd Najib Razak. Sekiranya rayuan ini diterima, bolehlah beliau bertanding jawatan berkenaan.

Mengenai keputusan berbeza yang dihadapinya dengan calon Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin walaupun kedua-dua mereka yang didapati bersalah berhubung perkara sama, beliau berkata, tidak perlu membanding kerana cara keputusan berbeza-beza dan sebab juga berbeza. Beliau tidak menjangkakan hukuman ini terkena atas dirinya, namun beliau terpaksa menerimanya dengan hati terbuka.

Beliau akan tetap menghadiri perhimpunan agung parti dari 24 hingga 28 Mac ini kerana baginya, sebagai orang parti, dia akan terus berkorban untuk partinya, apa saja, jiwa atau raga.

No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA