" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

31 March 2009

Kenyataan Najib Mengenai Ekonomi Diragui?

KENYATAAN NAJIB

MERUDUM: KITA SELAMAT
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan bahawa negara mempunyai kekuatan dalaman untuk mengharungi krisis pasaran kewangan global yang berpunca daripada kemelesetan ekonomi Amerika Syarikat (AS).
Utusan Malaysia 29 Sep 2008

KESAN KRISIS EKONOMI TIDAK SETERUK NEGARA LAIN
Kesan krisis ekonomi dunia ke atas Malaysia yang dijangka mula dirasai tahun depan tidak akan seteruk negara-negara lain, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Utusan Malaysia 16 Okt 2008

INI KEADAAN SEBENAR

26,224 HILANG PEKERJAAN
Sebanyak 26,224 orang telah diberhentikan kerja di negara ini sejak 19 Mac, kata Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF), Shamsuddin Bardan hari ini.
Utusan Malaysia 31 Mac 2009

KADAR PENGANGGURAN MENINGKAT
Pasaran pekerjaan dijangka terus merosot di Malaysia dengan kadar pengangguran meningkat kepada 4.5 peratus pada tahun ini berbanding 3.7 peratus pada tahun lalu.
Utusan Malaysia 26 Mac 2009

PASARAN HILANG RM300B
Pasaran saham tempatan kerugian hampir RM300 bilion sejak bulan Januari tahun lalu ekoran kesan daripada masalah ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang bermula awal 2008 dan seterusnya merebak menjadi krisis kewangan global.

Bekas Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur, (kini dikenali sebagai Bursa Malaysia), Datuk Mohd Salleh Majid berkata, kejatuhan penanda aras, Indeks Komposit Kuala Lumpur (IKKL) di bawah paras 900 mata kini adalah antara penunjuk utama yang pertama ketika itu menandakan Malaysia mula menerima tempias daripada kemelut kewangan kuasa ekonomi dunia itu.
Utusan Malaysia 2 Feb 2009

(selamatkanumno)



Adakah Impian Najib Jadi Kenyataan?

Najib berkata tarikh sebenar peralihan kuasa PM kepada beliau daripada P/Lah hanya akan diketahui selepas kenyataan rasmi dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri. Beliau tidak boleh membuat sebarang ulasan selagi kenyataan rasmi belum dikeluarkan. P/Lah dijadual menghadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pada Khamis ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Shahrir Abdul Samad pula antara yang tewas akan meletak jawatan kabinetnya. Apakah andaian pelbagai pihak sebelum ini ada kebenarannya iaitu Najib akan menghadapi jalan yang sukar untuk mencapai impiannya?

Nampaknya andaian ini kemungkinan ada kebenarannya. Majoriti rakyat mendesak P/Lah agar terus memegang jawatan beliau sebagai PM sehingga PRU-13. Ini kemungkinan kerana Najib sentiasa membisu sejak akhir2 ini bila serangnan terhadap beliau berlaku.

Yang paling pelik semasa akhbar Peranchis membongkar segala skandal yang melibatkan pembelian kapal selam. 3 nama telah ditulis dalam artikel itu iaitu Najib,Razak Baginda dan Altantuya serta kertas siasatan polis semasa menyoal siasat yang memaparkan pengakuan kopral Sirul. Sekarang ini beliau adalah antara individu yang dituduh dalam kes pembunuhan kejam Altantuya.

Kemusykilan mula muncul apabila Najib tidak mengambil apa2 tindakan keatas akhbar tersebut. Penting bagi beliau untuk bertindak sekiranya beliau betul2 tidak terlibat. Pihak yang memandang sekarang bukan hanya dinegara ini sahaja, seluruh dunia telah mengetahui ekoran daripada artikel tersebut. Dengan ini negara luar kurang berminat untuk datang melabur kenegara kita. Beliau hendaklah bertindak segera menyucikan diri beliau sebelum menjadi PM Malaysia.

Ada juga yang berpendapat bahawa Tengku Razaliegh Hamzah (Ku Li) akan memegang jawatan PM menggantikan P/Lah untuk sementara waktu sehingga PRU-13. Kalau semua ini ada kebenarannya, nampaknya Najib hanya mendapat sokongan dari pengikut2 beliau yang telah memenangi jawatan tertinggi parti baru2 ini sahaja.

Najib juga berkata kabinet beliau akan diumumkan selepas acara angkat sumpah jawatan PM dijalankan. Yang lain2, ia masih belum difikirkan lagi. Yang ternyata kini, kenyataan P/Lah baru2 ini telah siap dengan tarikh untuk peralihan kuasa adalah semata-mata kerana didesak dari pihak2 yang inginkan beliau berbuat demikian. Kami menyokongmu P/Lah agar meneruskan tugasanmu sebagai PM sehinggalah PRU-13 diadakan.


Polis Keluar Fatwa

Polis melarang penceramah PKR di Bukit Gantang mengulas 'isu pembunuhan Altantuya Shaariibuu' yang sering dikaitkan dengan kes kenalan dekat timbalan perdana menteri, Abdul Razak Abdullah Baginda dan 'mempersoalkan keputusan yang dibuat oleh institusi raja'.

Larangan ini telah dimaklumkan kepada Tai Sing Ng semasa beliau ke balai polis Taiping semalam. Ini adalah cara lapok bagi menghalang PR menjelaskan lebih terperinci kepada rakyat. UMNO/BN ternyata telah 'jauh kebelakang' dalam 'arus perubahan yang rakyat harap2kan' dengan melibatkan POLIS.

Buat masa ini, belum ada lagi bentuk perubahan yang rakyat harap2kan daripada kerajaan. Yang ternyata hanyalah perubahan antara P/Lah kepada Najib. Ini pun Najib masih dalam samar2 adakah impiannya itu akan menjadi satu kenyataan. Apa2 pun, P/Lah adalah lebih baik daripada Najib......

Suara Keamanan ganti Suara Keadilan

KERANA permit penerbitan Suara Keadilan telah digantung selama tiga bulan bermula 23 Mac lepas, parti KeADILan mengambil keputusan untuk tidak menerbitkan akhbar itu selama tempoh tersebut.

Sebagai ganti, akhbar Suara Keamanan akan menemui pembaca, secara mingguan setiap hari Selasa mulai hari ini. Suara Keamanan adalah sebuah penerbitan tidak berkala dari segi namanya, oleh itu tidak memerlukan permit penerbitan dari KDN.

Pembaca boleh mendapatkan akhbar tersebut dari pengedar-pengedar dan penjual yang sama yang mengedar Suara Keadilan sebelum ini.

Jabatan Editorial Suara Keamanan

Kes Pengundi Hantu Di Bukit Selambau


Fenomena pengundi hantu menular sekali lagi pada pilihanraya kecil Bukit Selambau, Kedah.

Angkatan Muda Keadilan (AMK) mengesan 63 peratus pengundi di satu kawasan perumahan sebenarnya pengundi hantu dari beberapa negeri lain.

Timbalan Ketua AMK Fariz Musa berkata Sistem Menang Pilihanraya (Sismep) PKR mengenalpasti 76 buah rumah di Taman Bandar Baru, Sungai Lalang menempatkan 16 hingga 60 pengundi hantu.

“Di lokaliti Taman Bandar Baru yang mempunyai 3544 penduduk, sebanyak 2, 215 daripada pengundi di kawasan ini adalah pengundi ragu, atau lebih dikenali pengundi hantu,” kata Fariz.

Beliau menambah data ini diperoleh dari daftar pengundi Suruhanjaya Pilihanraya yang akan digunakan pada 7 april nanti.

Beliau memberi contoh, kediaman beralamat no. 3 di Taman Bandar Baru menempatkan 60 orang orang melayu, cina dan India.

“Begitu juga berdasarkan kad pengenalan mereka, terdapat kod-kod bukan dari negeri Kedah: 07, 06, 08, 04, 10, 11, 12, 13 dan sebagainya,” tegas beliau.

Beliau berkata penemuan ini baru terhad di Taman Bandar Baru sahaja, dan AMK akan melebarkan lagi pencarian meliputi seluruh Dewan Undangan Negeri Bukit Selambau.

“Kita akan kumpulkan maklumat dari kawsan-kawasan lain, dan kami akan kemukakan memorandum bantahan kepada SPR,” kata Fariz.

“Kami serius dalam hal ini, bukan lagi sekadar menyerahkan memorandum. Kami bersedia hadapi risiko termasuk juga tekanan dari pihak-pihak yang tidak senang dengan tindakan yang sedang kami ambil ini untuk memastikan sebuah piihanraya yang bersih,” tambahnya.

AMK menggesa SPR membersihkan daftar pengundi dengan kadar segera bagi memastikan perjalanan pilihanraya bergerak lancar dan mempunyai kredibiliti.

”Tindakan pembersihan oleh SPR tidak serius. Setiap pilihanraya, kami dapat kesan pengundi-pengundi hantu seperti ini, tetapi kes pengundi hantu di bukit Selambau kali ini adalah yang paling serius,” katanya.

“Kita mendesak SPR supaya segerakan pembersihan ini. Kami mahukan ketelusan, dan biarkan rakyat Selambau tentukan siapa mereka mahu sebagai wakil rakyat mereka,” tegas Fariz.







Isu Keluar Parti

Seperti biasa, setiap Pilihanraya Kecil di Malaysia tidak akan sunyi dengan 'agenda keluar parti'. Ia seolah-olah sudah menjadi satu lumrah bagi sesetengah pihak merencana kempen bagi parti mereka, membuktikan seolah-olah parti lawan sudah tidak relevan dan kehilangan sokongan akar umbi.

Inilah kebiasaan yang dihadapi oleh parti-parti pembangkang hususnya Pas dan KeADILan. Kedua parti ini tidak boleh tidak, pasti akan terkesan dengan 'adegan keluar parti' oleh sesetengah ahli mereka yang kononnya 'kecewa dengan parti yang lari dari landasan perjuangan'.

Hari ini KeADILan Bahagian Jerai, Kedah telah dibubarkan oleh ketuanya, V. Kalaivanar. 500 orang dikhabarkan mengikut jejak langkah beliau. Alasan beliau, KeADILan dan Anwar Ibrahim ‘gagal’ melakukan apa-apa untuk masyarakat India di Kedah. Lebih menjelekkan, Anwar dituduh sebagai Firaun dan diktator.

Jika masyarakat sedar dan peka, hujah ini jugalah yang digunakan oleh Datuk S. Nalakaruppan sewaktu mengisytiharkan keluar parti dan menubuhkan Parti India Bersatu Malaysia (MIUP). Keluarnya Nallakaruppan kerana beliau gagal bertanding di PRK DUN Ijok dan juga kegagalan bertanding kerusi Naib Presiden KeADILan pada tahun 2007. Demikianlah halnya dengan Kalaivanar, yang bertindak keluar setelah beliau tidak terpilih sebagai calon bagi mewakili KeADILan-Pakatan Rakyat dalam PRK DUN Bukit Selambau.

Jika akar umbi KeADILan Kedah boleh menerima S. Manikumar sebagai calon Pakatan Rakyat bagi DUN Bukit Selambau, kenapa juak-juak tertentu yang dahulunya disenarai pendek tetapi tidak terpilih begitu marah dengan keputusan yang telah dibuat oleh Anwar? Apakah kerana jaminan MB Kedah, Datuk Seri Ustaz Azizan Abdul Razak bahawa calon Pakatan Rakyat yang menang akan dilantik menjadi Exco Kerajaan Negeri menyebabkan juak-juak ini terliur?

AIC yakin dan percaya bahawa kebijaksanaan dan kematangan yang tinggi telah dipertontonkan oleh kepimpinan Pakatan Rakyat kali ini. Calon yang kelihatan berstatus underdog ternyata mempunyai latar belakang yang mengagumkan dan berpotensi mengekalkan kemenangan rakyat di DUN Bukit Selambau.

Sentimen 'jasa dan pengorbanan' semata-mata tidak boleh dipertaruhkan untuk memastikan DUN Bukit Selambau kekal di bawah penguasaan Pakatan Rakyat. Yang perlu diketengahkan ialah kepimpinan, kredibiliti dan kebolehan calon untuk menterjemahkan pegangan Pakatan Rakyat untuk menjamin keadilan buat semua, bukan keadilan buat segelintir pihak semata-mata.

AIC melihat 'agenda keluar parti' ini lebih bersifat 'satu proses penyucian' Pakatan Rakyat untuk memastikan Pakatan Rakyat bersih daripada golongan oportunis, yang tidak jujur dala perjuangan dan hanya mengharapkan balasan material sebagai 'galang ganti kepada pengorbanan'.



Muhammad Shukri Md Saad.
Presiden,
Kelab Anwar Ibrahim (AIC)

30 March 2009

TDM Serba Salah

Tun Dr Mahathir (TDM) telah mengesahkan akan menyertai UMNO bila tiba masa yang sesuai selepas menghadiri hari terakhir Perhimpunan Agung UMNO baru2 ini. Ini bermakna beliau sendiri tidak yakin P/Lah akan melepaskan jawatan PM kepada Najib dalam masa terdekat.

Sebelum ini beliau telah begitu lantang mengkritik pentadbiran P/Lah, lalu bertindak keluar daripada UMNO dan kini mahu menyertai semula. Dengan tindakan beliau ini sebenarnya memberi kelebihan kepada PR, kerana telah jelas beliau jenis yang tidak tetap pendirian.

Beliau juga telah berlakon dengan cuba sedaya upaya agar kelihatan tiada apa2 masaalah dengan P/Lah. Media arus perdana juga telah menjalankan tugasnya dengan mengulangi adegan berpelukan antara mereka. Apakah dengan lakonan beliau ini berjaya mengubah ketidakserasiannya dengan P/Lah serta pandangan negatif rakyat terhadapnya?

Sebelum ini parti UMNO kesayangan beliau sendiri pun turut dibalunnya. Ini dapat dilihat dalam blog penulisannya menyatakan persidangan kali ini dicemari dengan amalan rasuah dalam pemilihan yang diadakan.

Ezam And The Gang Kembali Lagi

Ezam Mohd Nor bekas Ketua Pemuda Keadilan ,Hamizon Kamaruddin, bekas s/u Pemuda Keadilan ,Lokman Adam bekas Exco Pemuda Keadilan ,Datuk Rosli Husin, ADUN Trong semalam berceramah di Kampung Pak Darus, Taman Kaya.

Mereka mempersoalkan pelbagai kelemahan dan kebimbangan mereka pada Pakatan Rakyat terutamanya Datuk Seri Anwar Ibrahim.Darihal DSAI/PKR yang dikatakan menyokong Sisters in Islam sehinggakan melibatkan spekulator kewangan tersohor iaitu George Soros.

Murshidul Am PAS juga dipersoalkan dalam kes Elizabeth Wong, yang mana Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahankan Wong kerana privasi gambar separuh bogel.

Mereka berempat menggunakan lori sebagai pantas menyelar Pakatan Rakyat yang cuba menjual Melayu demi kepentingan kaum lain.

Ezam dengan lantang menyatakan bahawa reformasi hanya boleh dijalankan oleh mereka yang memegang kuasa dan pihak kerajaan sekarang yang mentadbir lebih mampu menjadikan Malaysia lebih baik, daripada pihak Pakatan Rakyat yang hanya melaung reformasi di jalanan.

Beliau juga menyeru penduduk Bukit Gantang bangun mempertahankan Islam dan Sultan dengan mengundi Barisan Nasional.

(malaysiainsider)



Bukit Selambau Memecah Rekod

Pertandingan 15 penjuru di Bukit Selambau telah mengejutkan pelbagai pihak. Apakah maknanya disebalik semua ini? Sekiranya ini adalah strategi, pihak mana yang melakukannya? Ada juga diantara mereka yang kecewa diatas sesuatu.

Nampaknya S Ganesan (BN) bukan sahaja berdepan S Manikumar (PKR) sahaja, tetapi 13 individu lagi yang bertanding diatas tiket Bebas, sekali gus mencatat sejarah sebagai pilihan raya yang paling ramai calonnya.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, bilangan calon di Bukit Selambau adalah teramai dalam sejarah pilihan raya di Malaysia. Rekod sebelum ini adalah pada satu pilihan raya di Sabah melibatkan lapan calon.

Calon2 Bebas yang bertanding di Bukit Selambau ialah R Loganathan, Tan Hock Huat, Mohd Radhi Mat Lazim, Mohd Fadzli Wahab, Abdul Rahim Abu, L Sarala, A Jayagopal, S Moganakumar, Khamis Awang, Husaini Yaacob, Venason Michael, Mejar (B) Anuar Abdul Hamid dan T Chandrarajan.



3 PRK Jadi Referendum Tolak Najib

Rayu Pak Lah jangan serah jawatan dulu.....

"Sikap tidak berterus-terang Najib, tidak menjawab, tidak mahu ke mahkamah terhadap isu Scorpene/Altantuya sudah meyakinkan rakyat untuk tidak mengangkat beliau sebagai pemimpin mereka.

Tambahan lagi, peranan beliau sebagai pemimpin UMNO Perak dalam krisis di negeri Perak tidak menampakkan beliau sebagai pemimpin yang ikhlas dan mahu berhadapan dengan rakyat.

Dalam kapasitinya sebagai pemimpin UMNO Perak, dia boleh mempengaruhi ahli-ahlinya dan Sultan supaya DUN Perak dibubarkan dan diserahkan kepada rakyat untuk memilihnya. Pemimpin sedemikian tidak suka mendengar keluhan rakyat. Kuasa lebih penting. 3 katak diangkat menjadi pemimpin rakyat, menjadi idola rakyat, menjadi tunjang demokrasi Perak.

Jika semua tuduhan yang tersebar itu benar (sehingga ke Perancis), dan ia telah pun kelihatan benar dengan sikap Najib, kita tiada pilihan lain melainkan berusaha menyekat beliau daripada menjadi pemimpin kita (mengikut lunas undang-undang). Jika pemimpin seperti ini dibiarkan, negara akan menuju kepada kehancuran yang pasti.

Pemimpin seperti ini akan merosakkan negara jika dia diangkat menjadi ketua pemerintah. Fikirkan apa yang boleh pemimpin seperti ini lakukan dengan kuasa kehakiman yang boleh dipengaruhi, polis yang terpaksa/dipaksa menurut perintah dan kuasa majoriti legislatif yang boleh mengubah undang-undang dan perlembagaan mengikut kepentingan. "It's going to be worst than Mahathir's time."

Apakah ada jalan bagi menyakinkan Yang di Pertuan Agung bahawa rakyat tidak mahu dipimpin oleh pemimpin seperti ini? Bagaimanakah rakyat boleh bersuara secara kolektif untuk menghantar mesej yang sedemikian, dan boleh dijadikan alasan oleh Yang dipertuan Agung untuk menolak perlantikannya? Apakah masa mencukupi atau boleh dilewatkan lagi perlantikan beliau? Bagaimana dengan inisiatif Referendum Rakyat?

"Disclaimer": Jika semua tuduhan itu tidak benar, (ada yang akan ketawa) Najib patutlah diangkat sebagai pemimpin idola agama, bangsa dan negara. 'Perintahlah kami semua.'


(selamatkanumno)

Isu Perkauman Dijaja Di Bukit Gantang


Siapakah di belakang penempatan penyokong parti-parti yang bertanding di Bukit Gantang Ahad semalam (29 Mac) kini menarik perhatian pelbagai pihak. Ini kerana, meletakkan penyokong Pakatan Rakyat di bukit umpama meletakkan pasukan pemanah di Bukit Uhud dalam sejarah Islam yang terkenal itu.

Ekoran kedudukan yang strategik, di mana-mana sahaja dalam blog atau laman web, gambar para penyokong Pakatan Rakyat di hari penamaan calon Bukit Gantang menarik perhatian. Ini kerana kedudukan yang baik menyebabkan ia jelas kelihatan dan nampak ramai pula.

Oleh kerana penyokong BN berada di bawah bukit, maka ia tidak kelihatan. Dan yang terlebih penting lagi memang jelas, para para penyokong Pakatan Rakyat jauh lebih ramai. Ia diakui oleh Timbalan Presiden Umno yang baru, Tan Sri Muhyidin Yasin apabila berkata, jumlah kedatangan penyokong tidak penting yang penting adalah pengundi.

Pilihan raya kecil ini bakal menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon PR, Datuk Seri Muhamad Nizar Jamaludin, calon BN, Ismail Saffian dan calon bebas, Kamrul Ramizu Idris.

Sejak dari awal lagi, Umno memainkan isu calon tempatan. Ini kerana, sejak lebih 30 tahun lalu Bukit Gantang tidak pernah menerima calon tempatan yang mewakili BN. Lalu pemilihan Ismail Safian dianggap satu kelebihan kepada BN.

Isu utama yang dihadapkan kepada calon Pas pula adalah Nizar derhaka kepada Sultan Perak apabila menolak arahan baginda agar beliau meletakkan jawatan. Beliau juga dianggap calon DAP kerana pemimpin DAP Perak yang mula mencadangkan nama beliau sebagai calon.

Dalam menjalankan tugasnya sebagai MB Perak juga, Nizar didakwa hanya alat kepada DAP sahaja kerana Adun Pas hanya enam orang sahaja dalam Dun Perak. DAP 18 dan PKR lapan. Untuk itu, hasillah apa yang dinamakan pemberian geran kekal 999 tahun kepada 3,000 lot tanah kampung baru yang didiami oleh orang Cina di Perak.

Kini, Nizar telah dipilih oleh Pas sebagai calonnya. Ia dibuat dalam satu mesyuarat khas Jawatankuasa Pas Pusat di Perak menjelang hari pengumuman calon 23 Mac lalu.

Umno, dalam sebaran mereka mendakwa sebagaimana yang di atas. Nizar adalah calon DAP. Nizar adalah derhaka kepada raja. Nizar bagi tanah kepada orang Cina di Perak.

Apabila seorang rakan saya bertanya, apa pandangan saya tentang pilihan raya kecil Bukit Gantang, saya berkata, nampaknya Umno akan terus dengan politik perkaumannya. Umno belum sedar lagi, ketika semua orang berfikir kepada politik damai dan politik perpaduan, Umno terus dengan cara memecah belahkan rakyat.

“Biarlah Umno begitu, biar dia hancur,” kata kawan saya itu. “Masalahnya Umno kini sedang memerintah negara. Dia bukan hancurkan partinya sahaja, dia juga akan menjejaskan negara,” kata saya.

Apabila ditanya lagi, apa Pas akan buat, saya berkata, buat masa sekarang Pas hanya akan mencetak semula semua sebaran-sebaran perkauman Umno yang diberikan kepada orang Melayu itu. Pas akan edarkan sebaran itu kepada orang Cina dan India di Bukit Gantang.

Dalam pilihan raya Bukit Gantang 2004 lalu, calon Pas Dr Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali mendapat 14,406 undi. Tan Lian Hoe (BN) mendapat 23,294 undi. Majoriti BN adalah 8,888. keputusan ini menunjukkan Pas mendapat kira-kira 40 peratus undi Melayu sahaja. Parti itu tidak mendapat undi bukan Melayu. Kalau adapun kurang dari 10 peratus dari jumlah undi keseluruhan mereka.

Dalam pilihan raya umum 2008, Allahyarham Roslan Shaharum mendapat 20,015 undi, Azim Zabidi (BN) mendapat 18,449 dan calon bebas M Murganan 872 undi. Majoriti Roslan adalah 1, 566.

Mengikut analisa yang dibuat, Roslan mendapat kira-kira 45 peratus undi Melayu dan 20 peratus undi bukan Melayu.

Ramai yang bersetuju, jika Umno habis-habisan berjuang untuk mendapatkan undi Melayu dengan memainkan sentimen perkauman dalam pilihan raya ini, undi untuk PAS tidak akan berkurangan dari undi yang diperolehi oleh Dr Lo’ Lo’ dalam pilihan raya 2004 lalu iaitu 14,400 undi.

Kini, dengan pendekatan Umno yang ada, BN akan kehilangan undi bukan Melayunya. Hampir 40 peratus pengundi yang berketurunan Cina dan India di Bukit Gantang ini akan pergi kepada Pas. Apatah lagi dengan kempen Umno bahawa Nizar adalah calon DAP.

Ramai yang meletakkan 80 peratus dari kira-kira 22,000 pengundi Cina dan India di Bukit Gantang ini akan mengundi PAS dalam pilihan raya kecil ini. 80 peratus bermakna 8,783 pengundi keturunan ini akan memberikan undi kepada PAS. Ini bermakna, 14,000 (undi untuk Dr Lo’ Lo’ 2004) + 8,783 undi Cina dan India akan diperolehi oleh calon PAS. Ini bermakna Pas akan memperolehi undi sebanyak 22,783 undi.

Dari pengiraan inilah, ramai yang membuat anggaran Pas akan menambahkan majoritinya dalam pilihan raya Bukit Gantang ini dari 1,566 ke sekitar 4,000 hingga 5,000 dalam pilihan raya kecil ini.

Anggaran ini akan menjadi kenyataan jika kempen BN berdasarkan perkauman ini akan berterusan dalam pilihan raya kecil ini.

Sebuah badan bebas, Ilham Centre dalam soalselidik yang mereka buat di Bukit Gantang pada 21 dan 22 Mac lalu mendapati 40 peratus penduduk Bukit Gantang yakin PAS akan menang dalam pilihan raya kecil itu nanti berbanding hanya 25 peratus yang menjangkakan BN menang, manakala 34 peratus lagi tidak pasti.

(themalaysianinsider)

Lawak Pertama Bakal TPM

Muhyiddin Yassin meminta rakyat tidak menjadikan tiga pilihan raya kecil pada 7 April ini sebagai satu 'pungutan suara' penerimaan rakyat terhadap kepimpinan baru Umno/BN oleh Datuk Najib.

Nampaknya beliau telah membuat 'lawak pertama' selapas beliau memenangi kerusi timbalan presiden UMNO. Kalau tidak menjadikannya sebagai satu pungutan suara tanda protes rakyat terhadap kepemimpinan Najib yang tak lama lagi bakal dilantik sebagai PM, maka tidak kemana jugalah perubahan yang dilaung-laungkan oleh mereka.

Cara yang sebagaimana beliau inginkan? Sepatutnya beliau merasakan bernasib baik dengan adanya PRK ini. Kalau Najib mendapat sokongan daripada rakyat, beliau tidak perlu menggelabah. Kita cuba imbas kembali semasa PRU-11. Perubahan kepemimpinan telah menyebabkan UMNO/BN menang besar walaupun mereka telah 'melakukan kesilapan besar' sebelumnya.

Tidak salah sekiranya ada yang berpendapat bahawa sekiranya mereka kalah pada PRK ini, ia menandakan rakyat lebih rela dipimpin oleh P/Lah daripada Najib !!

Perubahan yang mereka canangkan kelihatan tidak memfokuskan kepentingan rakyat. Bila antara mereka telah berjaya mendapat jawatan dalam pemilihan UMNO, majoriti mereka telah 'melawan arus perubahan yang rakyat' harap2kan. Mereka menafikan 'realiti semasa'.

Bilakah mereka akan sedar akan kesilapan yang telah mereka lakukan terhadap rakyat? Dulu beliau ni kira ok juga, sebelum berangan-angan sebagai timbalan PM. Beliau telah mula menampakkan perubahan semasa beliau bertindak juga dalam kumpulan yang menggesa P/Lah melepaskan jawatannya lebih awal. Kenyataan P/Lah sendiri telah membuktikannya.

Kalau UMNO/BN kalah pada ketiga-tiga PRK ini dan sekiranya PRU-13 diadakan, sudah pasti UMNO/BN akan tersungkur.......... Mungkin pada masa itu pemimpin2 UMNO/BN 'baru mula sedar dari tidur mereka'.

Zambry Buat Buat Hal

Menteri Besar Perak lantikan UMNO, Zambry Kadir mencetuskan ketegangan di sebuah masjid di kawasan parlimen Bukit Gantang apabila menegur Datuk Seri Nizar Jamaluddin kerana mengimamkan solat maghrib atas permintaan iman masjid berkenaan.

Kejadian berlaku apabila pemimpin UMNO dan Pakatan Rakyat hadir bersama di Masjid Simpang selepas proses penamaan calon untuk kerusi parlimen Bukit Gantang semalam.

Antara yang hadir di masjid itu ialah Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin dan calon Barisan Nasional Ismail Safian.

Apabila Nizar bersalaman dengan Zambry, pemimpin UMNO itu dengan nada keras memberitahu Nizar bahawa "jika mahu jadi imam saya boleh jadi imam, jika nak tafsir saya boleh tafsir".

Nizar hanya membalas dengan senyum terhadap tindakan Zambry membawa perbezaaan politik ke kancah masjid.

Insiden itu dihuraikan oleh Datuk Seri Nizar yang menjadi calon Pakatan Rakyat dari PAS pada pilihanraya kecil Bukit Gantang 7 April ini. Berikutan catitan Datuk Seri Nizar dalam blognya:

SAYA TELAH MENGIMAMKAN SOLAT MAGHRIB

Dato' Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin: Terlebih dahulu beribu maaf kerana lama sangat tidak update blog saya kerana maklumlah mengirakan kerenah pindah randah dan naik turu mahkamah Tinggi KL dan Persekutuan, Putrajaya. Pohon sembah derkaha!

Hari penamaan calun PRK P059 Bukit Gantang bejalan lancar dengan sedikit huru hara sewaktu saya dan isteri bersama-sama pimpinan PAS lain memasuki pintu pagar dewan perbanadaran Taiping jam 8.45pagi.

Namun sewaktu pergi menunaikan solat maghrib di Masjid Simpang, saya diminta oleh imam Tuan Hj Hisham untuk mengimamkan solat tersebut dan saya bersetuju.

Sewaktu masuk kemasjid saya diberitahu Tan Sri Muhyidin Yasin, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Zambry Kader , calun Ismail Saffian dan ramai lagi pimpinan UMNO pusat dan negeri juga ada bersama.

Pimpinan UMNO berada disaf pertama.

Pada rakaat pertama saya telah membaca ayat "wa'tasimu bihablillahi jamiian, walaa tafarraqu.... " dan rakaat kedua surah Al-kaafirun.

Selepas solat saya membaca doa termasuk doa Qunut Nazilah yang turut diaminkan oleh semua ma'mum termasuk pimpinan tinggi UMNO.

UMNO menganjurkan solat hajat dipimpin oleh seorang imam impot, Hj Jama'iy namanya.

Habis solat, imam Hj Hashim bangun dan berucap dihadapan dgn menyebut nama pimpinan UMNO Tan Sri Muhyiddin dan Dato' Zambry.

Nama saya juga disebut dan diraikan.

Imam telah mengundang saya menyampaikan tazkirah dengan memberi Tafsir ayat Quran yang saya baca pada rakaat pertama solat maghrib sebentar tadi.

Namun beberapa pimpinan UMNO setempat telah protes termasuk penasihat masjid (pakai songkok tinggi) yang menghalang dan mengarah supaya terus adakan majlis baca yaasin, berlaku sedikit komos(commotion).

Saya mengelak bagi memelihara suasana.

Habis baca Yaasin saya pergi bersalam dengan Datuk Zambry dan dia nampak berang dan menyatakan kepada saya , kenapa menggunakan masjid berpolitik dan tak sepatut saya jadi imam tadi. katanya lagi dengan nada kuat dan marah, "jika mahu jadi imam saya bolih jadi imam, jika nak tafsir saya bolih tafsir".

Saya tersenyum dan relaks sahaja dan terus meninggalkan majlis untuk acara lain .

Hujan sungguh lebat ketika itu. Semua makmum melihat dan menyaksikan adegan kelakar dan "ajaib" tersebut dan ramai makmum mengiringi saya sewaktu meninggalkan masjid.

Sekadar makluman! Doakan Pakatan Rakyat menang besar di P059 Bukit Gantang.





29 March 2009

Bukit Gantang Terbukti Hebat!











Suasana di Bukit Gantang lebih hebat dari PRK yang sebelum ini. Ia
juga membuktikan sokongan rakyat terhadap PR semakin bertambah akibat
dari rampasan kuasa baru2 ini. Gambar tak dapat di update sekarang.


Sent from Gmail for mobile | mobile.google.com

Mahathir Sudah Rasa Selamat Untuk Balik Rumah?

Terasa tak sempurna pula kalau tak mengulas perkembangan UMNO. Tun Dr Mahathir (TDM) telah berkata beliau akan masuk UMNO balik bila 'masa sesuai' dan mengikut 'beberapa perkembangan'.

Berkemungkinan beliau sudah merasakan yang perancangannya sudah berjaya dengan menjatuhkan P/Lah dan menobatkan Najib bersama yang lain. Habis, Khairy menang dan Mukhriz kalah tu macam mana? Sebelum ini beliau amat membenci Khairy.

Beliau telah datang ke dewan merdeka baru2 ini. Apakah begitu senang beliau membersihkan kesalahan yang telah beliau lakukan? Beliau telah disambut tepukan gemuruh oleh para perwakilan yang turut berdiri untuk memberikan penghormatan. Dihati rakyat macam mana?

Adakah beliau telah berjaya hanya 'meminjamkan sekejap' tempat beliau kepada P/Lah dan semua 'penyakit' yang menimpa UMNO berjaya dihumbankan kepada P/Lah kesemuanya? Kemungkinan itulah yang menyebabkan beliau sudah terasa selamat untuk 'pulang kerumah' yang telah berjaya 'dipindahkan hak milik kepada beliau' dari UMNO ke UMNO (baru).

Desas-desus juga mengatakan yang belaiu akan menjadi penasihat kepada Najib. Adakah Najib dijamin tidak akan menanggung seperti apa yang ditanggung oleh P/Lah? TDM memang pandai bermain politik, tetapi tetap dengan 'cara lama'. Sekarang rakyat telah dapat membaca cara beliau bermain politik. Jadi, jangan senang2 merasakan rakyat 'mudah lupa' seperti belaiu. Perwakilan UMNO bolehlah.....

Suasana Di Bukit Gantang Masih Cool

Suasana kat sini masih tenang lagi. Polis pun nampaknya masih tak sehebat Permatang Pauh ataupun Kuala Terengganu. Cuma kat kawasan padang Majlis Perbandaran Taiping (tempat penamaan calon) telah dikelilingi kerawat duri Polis..Yang ni nampak hebat sikit. Sekejap lagi (jam 5 pagi) jalan2 utama untuk masuk kebandar Taiping akan ditutup. Besok Baru dijangkakan geng topi merah (FRU)akan memenuhi sekitar bandar Taiping.

Sekejap tadi ada majlis sembahyang hajat dekat masjid Air Kuning. Dengar cerita, semua penyokokg2 PAS akan bergerak dari sana. Insyaallah besok saya akan update dari sana.

26 March 2009

Ibrahim Ali Di 'Pukul Teruk' Semalam

Semalam PAS Kelantan besama PAS Bahgian Pasir Mas telah menganjurkan ceramah yang turut menjemput Sivakumar Speaker DUN Perak. Sambutan dari rakyat Pasir Mas nampaknya begitu baik sekali. Itu pun, maklumat tentang kedatangan Sivakumar pada ceramah itu telah diumumkan pada saat2 akhir. Kemungkinan ini bagi mengelak daripada dihalang oleh PDRM.

Isu panas yang telah dibawa oleh pemimpin2 PAS semalam adalah mengenai Ahli Parlimen kawasan itu iaitu Ibrahim Ali (Tok Him). Menurut penceramah semalam, Tok Him telah melakukan Bai'ah iaitu beliau telah melafazkan janji didepan pemimpin utama Kerajaan Negeri Kelantan sebelum PRU-12 lalu yang mengatakan 'beliau tidak sekali-kali akan mengkhianati Parti PAS dan tidak sekali-kali akan bersengkokol dengan UMNO/BN'.

Tok Him juga mengatakan beliau akan menjalankan tugas seikhlasnya sekiranya beliau memenangi kerusi di Parlimen Pasir Mas. Beliau juga akan 'melompat sampai keatas meja dalam dewan parlimen' demi untuk menghentam kerajaan UMNO/BN sekirannya beliau diberi peluang oleh PAS.

Tetapi sekarang bukan UMNO/BN yang diserang, Kerajaan PAS pula yang diserang habis-habisan... Ini menampakkan yang beliau (Tok Him) telah melanggar Bai'ah yang telah diikrar dulu. Dengan ini, Kerajaan Negeri Kelantan terutamanya dari PAS Bahgian Pasir Mas menggesa setegasnya agar Tok Him meletak jawatan !

Sivakumar pula menerangkan secara terperinci kisah yang menimpa kerajaan PR di Perak. Beliau menceritakan dari awal 'rampasan kuasa' yang dilakukan oleh UMNO/BN sampailah yang terkini sekali. Rakyat nampaknya begitu berpuas hati dengan panerangan yang telah diberikan oleh beliau. Turut hadir semalam bersama beliau ialah saudara Amran Pembantu Khas Dato Seri Ir Nizar. Bloggers pula terdiri dari Mat Saman Kati, Topeng Perak, Sya-Reformis dan aku sendiri yeols Pro Reform.

25 March 2009

Pemuda Umno Menyerang DSAI?

Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno memulakan perhimpunan agung masing2 secara serentak di PWTC pagi ini, dengan tumpuan utama kepada pemilihan jawatan ketua masing2. Pemuda telah bersidang di Dewan Tun Hussein Onn yang menyaksikan pertarungan 3 penjuru merebut jawatan ketua pemuda terdiri dari Khairy, Mukhriz dan Khir Toyo. Selain jawatan ketua, turut dipertandingkan ialah jawatan naib ketua, exco, anggota jawatankuasa dan jawatan tertinggi parti ketiga-tiga sayap berkenaan.

Sewaktu majlis perasmian Pemuda, ketuanya Datuk Hishammuddin masih meneruskan tradisi baru tetapi kontroversinya yang 'mengarak dan mencium keris'. Semasa ucapan, beliau telah menempelak projek peralihan kerajaan persekutuan '16 September' yang diusahakan oleh penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) yang disifatkannya sebagai 'petualang yang cuba mengajar anak ketam berjalan betul'.

"Ada petualang yang secara sumbang mengisytiharkan bahawa akan berlaku pertukaran kerajaan pada 16 September 2008. Lalu disemai benih keraguan di kalangan rakyat hingga menjejaskan keyakinan dunia.

Maha Kuasa Tuhan yang menentukan, realiti yang terjadi adalah disebaliknya apabila peralihan kuasa telah berlaku di negeri Perak. Demikian kebenaran ketentuan Ilahi menidakkan dakwaan orang yang bersifat takabbur, bersifat riak, bersifat sombong.

Petualang tersebut seorang yang gilakan kuasa, sanggup bersekongkol dengan musuh, menghina tanah air sendiri di serata dunia, mempersenda institusi raja, manusia berbagai-bagai topeng yang mengamalkan budaya hipokrasi dan lain di depan, lain di belakang. Siakap senohong gelama ikan duri, cakap bohong lama2 jual negeri. Pergerakan Pemuda Umno hari ini mengambil ketetapan untuk menentang habis-habisan permainan politik kotor dan keji oleh Si Petualang ini".

yeols: wahh..., hebatlah menteri keris kali ini. Kehabatannya kerana beliau tidak berpijak dibumi nyata. Sebelum ini digembar-gemburkan yang umno akan membuat perubahan..!!! Apakah dengan kenyataan yang sebegini beliau merasakan rakyat akan berpihak kepada parti mereka? Bagi aku rakyat makin2lah membenci puak2 engko.....

'Menjaga Tepi Kain UMNO'

Para perwakilan yang nama dan alamat mereka tertulis di buku khas, malah ada yang disimpan dalam telefon bimbit dan PDA calon atau agen2 calon.Para Perwakilan umpama 'raja bermusim'. Tidak kira siang malam atau bila2 masa sahaja, agen calon atau mungkin calon sendiri akan menghubungi ‘raja bermusim’ untuk memohon ‘pertolongan’.

Dan pertolongan itu tentu sekali tidak dibuat dengan ikhlas, juga tidak dengan semangat tulen perjuangan parti, tetapi dengan habuan wang !. Sebagai ‘raja’ perwakilan akan memulakan dengan sebut harga, samada 1 ribu, 2 ribu, atau ribu3? Apapun, inilah hakikatnya, dimana 'politik wang' semakin berleluasa dan sudah menjadi 'barah yang parah' dalam parti terbesar orang Melayu ini.

Beberapa pemimpin UMNO telah menjadi bukti amalan songsang dalam parti ini memang satu realiti. Beberapa tahun yang lalu, Isa Samad pernah dihukum kerana amalan 'politik wang' tanpa berputus asa ! Pada pemilihan kali ini, beliau dengan semangatnya telah bertanding lagi !.

Bukti terbaru bermula dengan Ali Rustam. Beliau telah didapati bersalah oleh Lembaga Disiplin parti kerana mengamalkan 'rasuah politik', dan dihukum tidak boleh bertanding jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan ini.

Turut didapati bersalah di bawah tataetika yang sama ialah calon Ketua Pemuda, Khairy Jamaludin. Nasibnya baik, walaupun melakukan kesalahan yang sama, menantu Perdana Menteri ini masih dibenarkan bertanding.

Dato, Norza juga disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan didakwa di mahkamah atas tuduhan mengamalkan politik wang. Beliau pula telah dikenakan tindakan yang sama dengan Ali Rustam. Jadi beliau tidak boleh mempertahankan jawatan yang disandangnya sebelum ini.

Jadi, amat bertepatan sekali bila ada calon yang secara bergurau mengakui, 'Bagi duit salah, tak bagi kalah!', Percayalah, ini bukan sembarangan gurau!

Tidak dapat dianggarkan dengan tepat berapa banyak wang telah bertukar tangan dari calon kepada wakil calon, dan kepada si 'raja' dalam masa sebulan dua ini. Mungkin beribu ringgit, boleh jadi sudah mencecah jutaan ringgit. Mungkin banyak lagi yang dijanjikan setelah calon berkenaan menang. Inilah cara mereka berpolitik.

Sekarang UMNO ditolak oleh majoriti rakyat, termasuklah oleh orang Melayu sendiri. Parti dengan keahlian lebih 3 juta orang itu dikaitkan dengan rasuah, keangkuhan dan skandal. Rakyat juga telah nampak cara kotor mereka bermain politik. Halal haram sudah tidak menjadi persoalan lagi.

Sekiranya keputusan PRU-12 setahun lalu dijadikan iktibar oleh mereka (UMNO), segala penyakit2 itu sepatutnya telah disembuhkan. Tapi mereka tidak menghiraukan itu semua. Kalahlah macam mana pun, hilanglah kekuasaan beberapa negeri sekali pun, mereka2 ini tidak akan mendapat pengajaran.

Kalah di Permatang Pauh dan kalah lagi di Kuala Terengganu, persetankan kekalahan itu kerana 'perut tetap menjadi keutamaan'. Anak bini mesti disuap dengan wang haram itu. 'Biar parti tergadai, biar negara tergadai asalkan perut kekal burai'.

Apakah parti yang 'berjuang demi agama (mulut), bangsa (perut) dan negara (bahu)' itu hendak dikuburkan dengan keranda rasuah? Malu besarlah anak cucu kita nanti apabila mereka membaca sejarah bahawa UMNO yang ditubuhkan untuk 'berjuang demi agama, bangsa dan negara' akhirnya 'mati' gara2 rasuah politik.

PKR Dan PAS Hantar Memo Suhakam Hari Ini!

PKR dan Pas akan menghantar memorandum mengenai pengatungan permit akhbar milik 2 parti berkenaan, Suara Keadilan dan Harakah ke Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) hari ini (25/3).

Memorandum berkenaan akan dihantar oleh Ketua Penerangan KeADILan Tian Chua dan Ketua Penerangan Pas Mahfuz Omar yang mana kedua mereka mengetuai pengeluaran 2 akhbar berkenaan. Selain itu, Ketua Pemuda Pas Pusat dan Naib Ketua Angkatan Muda KeADILan Khairul Anuar Ahmad Zainudin serta beberapa pemimpin utama PR akan hadir.

Para pembaca dan pengedar Suara keADILan dan Harakah serta penyokong PR diminta untuk turut hadir untuk memberi sokongan di Menara Tun Razak di Jalan Raja Laut (berhadapan Bangunan DBKL)pada jam 2 petang untuk memberi sokongan.

24 March 2009

Khir Toyo di 'bogelkan' lagi

Khir Toyo telah menerima hadiah mahal bernilai RM3,600 daripada Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) pada 2004 ketika memimpin negeri itu.

Jaket jenama ‘Summer Man’ itu dihadiahkan oleh Badan Amal dan Kebajikan Isteri Wakil Rakyat Selangor (Balkis)yang pada ketika itu diketuai isterinya Zaharah Kechik yang telah menggunakan dana sumbangan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) itu sempena satu majlis sambutan Tahun Baru Cina.

Ketua Pegawai Eksekutif PNSB Khairiah Abu Hassan mendedahkan perkara itu kepada Jawatankuasa Khas untuk Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) iaitu badan khas yang ditubuhkan di DUN Selangor yang menjalankan siasatan awam terhadap dana Balkis.

Dalam siasatan yang masuk hari kedua, beliau disoal lima anggota Selcat. Pengerusinya Teng Chang Kim, Haniza Talha (PKR-Taman Medan), Mohamed Azmin Ali (PKR-Bukit Antarabangsa), Saari Sungib (PAS-Hulu Kelang) dan Edward Lee Poh Lin (DAP-Bukit Gasing).

Dua lagi anggota Selcat, Sulaiman Abdul Razak (BN-Permatang) dan Ismail Sani (BN-Dusun Tua) tidak hadir. Kedua-duanya hadir sesi pagi pada hari pertama, semalam.

Khairiah menjelaskan, PNSB menaja cenderahati berjumlah RM4,200 kepada Balkis, termasuk harga jaket dan bayaran keraian bagi sambutan majlis itu.

Tambahnya, beliau tidak tahu sama ada bekas MB itu pernah memulangkan hadiah itu dan tidak pula menyedari pernah melihat Dr Mohamad Khir, yang juga pengerusi PNSB, memakainya.

Apabila jawatankuasa itu mempersoalkan tindakan PNSB memberikan hadiah kepada penjawat awam, yang didakwa melanggar perintah am pegawai kerajaan, Khairiah menjawab:

“Ketika itu saya hanya pelaksana sahaja”.

Dalam siasatan sesi pagi, Khairiah berkata beliau mempunyai hubungan “agak akrab” dengan Zaharah tetapi apabila disoal kembali oleh anggota Selcat, beliau menukar jawapannya kepada “akrab”.

Beliau juga menjelaskan, PNSB pernah membayar RM13,000 kepada Abdul Malik Kechik, saudara kandung isteri Dr Mohamad Khir, untuk pakej jamuan dan nyanyian dalam satu majlis berbuka puasa pada September 2006.

Diminta menjelaskan lanjut, Khairiah tidak pasti sama ada Abdul Malik seorang abang atau adik Zaharah.

Apabila disoal lagi, beliau tidak dapat menjelaskan kewajaran acara itu di majlis tersebut kerana gagal mengenal pasti identiti penyanyi tersebut berdasarkan rekod yang ada.

Siasatan awam Selcat hari ini memperhalusi sumbangan sejumlah RM5 juta PNSB kepada Balkis bagi tempoh 2002 hingga 2007. Setakat jam 4.30 pagi petang ini, apabila siasatan ditangguhkan untuk sesi esok, tajaan sehingga tiga tahun lepas telah selesai disemak.

Teng, juga Speaker DUN, berkata Selcat akan memanggil saksi tambahan daripada PNSB bagi membantu keterangan.

Khairiah tampil sebagai saksi yang ditemani pembantu paling ramai iaitu seramai empat orang, berbanding seorang sahaja pegawai atasan GLC lain semalam.

Siasatan awam itu, yang berlangsung di Pejabat DUN Selangor di Shah Alam, bersambung 10 pagi esok.

Datuk Kadar dan Datuk Mazlan Mengotakan Janji

Perhimpunan Agung Umno ke 59 tahun ini mungkin akan diingati sebagai yang paling mencabar dan getir bagi parti itu.

Ini kerana bukan sahaja kes-kes rasuah yang berjumlah lebih daripada 900 tidak mampu diselesaikan oleh secara telus dan teratur tetapi yang paling menyerlah prospek presiden menanti yang sepatutnya menggantikan penyandang dikatakan semakin hari semakin malap kerana pelbagai kontroversi yang menyelubunginya.

Betambah parah pula apabila dua daripada ahlinya yang dikatakan melebihi tiga juta orang membuat aduan kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) terhadap parti mereka sendiri dengan harapan agensi tersebut mengambil tindakan terhadap Umno berhubung kes politik wang dan larangan bertanding.

Datuk Kadar Shah Sulaiman dan Datuk Mazlan Harun mencipta nama tahun lepas apabila membuat dua laporan kepada ketika itu Badan Pencegah Rasuah berkaitan pelan peralihan kuasa di antara Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi dan timbalannya, Najib Razak.

"Kami buat ini kerana sayanghkan parti. Kami tidak mahu Umno mengamalkan dua peraturan yang berbeza hanya kerana ia parti pemerintah," kata Kadar Shah merujuk sambil kepada tindakan Lembaga Disiplin Umno terhadap kes rasuah dan politik wang yang dianggap pilih kasih dan pendakwaan selektif.

Mereka berdua yang merupakan anak tokoh Umno mahukan ROS mengambil tindakan tegas terhadap beberapa langkah yang diambil oleh Lembaga Disiplin yang dilihat bercanggah dengan peraturan ROS termasuk sistem kuoto yang didakwa menggalakkan rasuah dalam parti.

Kegagalan ROS berbuat demikian akan mencetus kan langkah seterusnya iaitu mendapatkan perintah mahkamah untuk memaksa ROS bertindak, kata Kadar Shah lagi.

Bagaimanapun beliau tidak menyatakan tempoh menunggu tindakan ROS dan bila tindakan mahkamah akan diambil.

Calon BN Kata PAS Mahu Balas Dendam

"Langkah PAS meletakkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai calonnya dalam PRK Parlimen Bukit Gantang 7 April ini bukannya untuk memberi khidmat kepada rakyat tetapi lebih kepada misi 'membalas dendam' terhadap BN",kata Ismail Safian (calon BN).

Komen yang sebegini menampakkan lagi individu terbabit tidak melihat dengan teliti,suasana terkini di negeri Perak. Adakah akibat daripada rampasan kuasa baru2 ini, sokongan rakyat terhadap kerajaan PR semakin merosot ataupun semakin meningkat?.

Mungkin beliau tidak mengambil tahu, pada majlis penamaan calon PAS semalam hampir 30,000 rakyat telah menghadirinya dari pelbagai bangsa. Cubalah beliau membuat program, kita tengok bagaimana sambutan rakyat terhadap UMNO/BN pula.

Kalau PAS berdendam sekali pun, ianya tidak langsung merosakkan pandangan rakyat kepada PR. Ini kerana PAS berdendam diatas ketidakadilan, kezaliman serta kerakusan yang telah dilakukan oleh UMNO/BN keatas Kerajaan PR di Perak dengan merampas kuasa.

Kalau mereka (UMNO/BN) betul2 merasakan tindakan mereka itu tidak salah (dengan merampas kuasa), sepatutnya dengan mengumumkan nama MB Perak yang masih sah bagi majoriti rakyat Perak iaitu Dato' Seri Ir Nizar inilah peluang bagi mereka membuktikan kepada rakyat samada Ir Nizar masih ada sokongan ataupun tidak.

Kalau mereka memahami hasrat rakyat Perak, mereka sepatutnya meletakkan Dato' Zambry sebagai calon. Masih ada masa untuk mereka ubah nama calon sebab penamaan hujung minggu ini.

Buku 'Saya Pun Melayu' Oleh Zaid Ibrahim

Buku 'Saya Pun Melayu' yang mengisahkan perjalanan politiknya sebelum dan selepas dipecat daripada Umno telah dilancarkan hari ini. Buku ini adalah catatan peribadi beliau yang turut mengupas pelbagai isu lain seperti Raja dan Perlembagaan, maruah serta ketuanan Melayu.

Turut hadir pada majlis itu ialah DSAI, TGNA dan bekas Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abas. Sebuah buku bertajuk 'Kemilau Peribadi Nik Abdul Aziz Nik Mat' oleh Abdul Shukur Haron dan Annual Bakri Haron turut dilancarkan pada majlis berkenaan.

Zaid juga berkata beliau akan mengumumkan hasratnya untuk memasuki mana2 parti politik pada masa yang bersesuaian.

BN Minta Pengundi Serah IC Dan No Akaun Bank?

Tanda2 pilihanraya kecil kerusi DUN Batang Ai dicemari dengan rasuah dan sogokan wang kepada pengundi dilihat sebagai semakin menyerlah menjelang hari penamaan calon Ahad ini.

Jabatan Tanah dan Ukur dilaporkan mengutus surat kepada pengundi2 Iban, meminta mereka menyerahkan salinan kad pengenalan serta butiran akaun bank ke jabatan negeri itu.

Ketua Umum Keadilan Anwar Ibrahim menyifatkan tindakan agensi itu sebagai “salah guna kuasa yang jelas dan rasuah.”

Anwar berkata agensi berkenaan jelas melanggar segala peraturan dengan mengeluarkan surat sedemikian kepada penduduk berkenaan.

Motif kerajaan negeri pimpinan Taib Mahmud menuntut pengundi menyerahkan salinan kad pengenalan dan akaun bank tidak diketahui.

Namun pemerhati politik umumnya berpendapat langkah itu bagi memudahkan penggunaan kad-kad pengenalan untuk membuang ‘undi hantu” pada pilihanraya kecil itu.

Di Damasara, sejurus pulang dari Sarawak, Anwar Ibrahim berkata jentera parti kini bersiap-sedia untuk bekerja keras menghadapi kekuatan jentera Barisan Nasional di Batang Ai.

Pilihanraya kecil di Sarawak pada 7 April itu akan menyaksikan pertandingan dua penjuru antara calon PKR Daniel Jawah Jerang dan Malcolm Mussen Lamoh dari Barisan Nasional.

“Kita sedang bekerja keras untuk memenangi kerusi Batang Ai, namun harus diingat bahawa kita menghadapi tekanan kuat dari jentera dan media kerajaan,” kata Anwar.

Anwar akur Keadilan akan menghadapi pelbagai kekangan dari segi logistik dan dana berbanding sumber lumayan Barisan Nasional tetapi segala kekurangan itu menguatkan iltizam dan semangat petugas dan sukarelawan Pakatan Rakyat.

DSAI-Semangat Rakyat Takkan Dapat Digugat!

Ketua staf pejabat saya, saudara Ibrahim Yaacob, Senator Zamri Yusof dan saudara Ismadi (Pegawai Khas Menteri Besar Kedah) di antara yang ditahan polis dalam insiden kekacauan sabentar tadi.

Ternyata tindakan rakus sademikian olih pasukan polis sejurus satelah Suara Keadilan dan Harakah diharamkan merupakan petanda betapa sistem pemerintahan di bawah Najib bakal menjerumuskan negara ke kancah ketidakstabilan dan pentadbiran kuku besi. Bicara beliau mengenai perubahan hanya omongan kosong untuk mengalih perhatian rakyat dari skandal yang terpalit.

Tanpa sebarang amaran, polis membedil gas pemedih mata beserta pancutan air. Hadirin lari bertempiaran menyelamatkan diri. Namun ia tidak menghentikan pembedilan bertubi-tubi tanpa sebarang belas kasihan terhadap wanita dan kanak-kanak.

Saya diseludup ke bilik gerakan pilihan raya dan berlindung bersama beberapa orang pimpinan Pakatan Rakyat. Difahamkan hampir 50 das gas pemedih mata dibedil oleh pihak polis sabentar tadi.

Jelas, UMNO-BN sememangnya dalam keadaan yang sangat terdesak ketika ini. Gelombang kebangkitan rakyat di Bukit Selambau, Bukit Gantang dan Batang Ai cukup meresahkan mereka.

Saya menyeru agar kita semua bertenang dan tidak mudah dibakar dengan provokasi jahat yang dicetuskan oleh mereka. Walau apa yang terjadi, semangat rakyat yang mahukan perubahan pastinya tidak akan dapat digugat!

ANWAR IBRAHIM

Risalah Buat Renungan Perwakilan


Klik gambar


(selamatkanumno)


23 March 2009

UMNO/BN Sudah Melampau !

UPDATE: Selain tembakan gas pemedih mata ke arah orang ramai yang berhimpun untuk mendengar ceramah DSAI, trak FRU juga telah mengguna water cannon dengan menyembur air ke arah oarang awam yang sejak awal lagi sudah berkumpul untuk mendengar amanat beliau bersempena PRK Bukit Selambau yang akan di adakan pada 7 April depan.

Dianggarkan lebih 1,000 polis berada di padang tersebut dan cuba menyuraikan hampir 10,000 orang ramai yang berhimpun. Huru-hara telah berlaku apabila orang ramai sukar mencari tempat perlindungan setelah terkena kira-kira 50 das tembakan. 4 orang telah ditangkap termasuk Ketua Staf Pejabat DSAI, Encik Ibrahim Yaacob.

20 orang ditahan dan dibawa dengan sebuah trak ke Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Petani. Antara yang ditahan ialah Senator Zamri Yusoff, Hafiz Ali (Setiusaha KeADILan Kedah), Ismadi (pegawai khas MB Kedah), Gunasegaran (pembantu peribadi calon KeADILan Bukit Selambau), Janapala, Ibrahim Tan Sri Yaakob, Mohd Hafizal Mohamad, Mohd Shafiq Md Sofi dan Lee Hong Meng. Lee adalah aktivis KeADILan yang mengalami sakit buah pinggang dan perlu menjalani proses haemodialisis besok.

Seorang lagi yang belum dikenali dibawa dengan kenderaan lain kerana mengalami luka yang agak teruk di muka. Tindakan polis mengenakan kekerasan secara tiba2 pada malam mengejutkan kerana sejak beberapa malam pihak PR mengadakan ceramah tidak terdapat sebarang gangguan, malahan mendapat kerjasama yang baik dari pihak polis. Ramai percaya tindakan pada malam ini adalah 'arahan dari atas'.

DSAI Di Kepung Polis!

Polis mengambil tindakan keterlaluan dengan mengepung premis ceramah di Sungai Petani. Ceramah diserang Unit Simpanan Persekutuan. Beberapa orang ditahan antaranya, Ketua Staf Pejabat Datuk Seri Anwar Ibrahim, Encik Ibrahim Yaacob. (Tunggu Berita Selanjutnya)

PEJABAT DATUK SERI ANWAR IBRAHIM

Ceramah DSAI diganggu FRU

Menurut laporan SMS ADIL, Sejumlah FRU merempuh secara ganas dan melepaskan gas pemedih mata secara rambang ke arah orang ramai yang sedang mendengar ceramah DSAI di Taman Ria, Sg Petani, sebentar tadi. Turut dilaporkan bahawa ramai di antara mereka yang cedera.

(perak express)

Calon PR Bukit Gantang Ialah Dato' Seri Nizar

Baru sekejap tadi Presiden PAS telah mengumumkan calon di Parlimen Bukit Gantang ialah Dato' Seri Ir Nizar Jamaludin. Beliau masih menjawat jawatan MB yang sah mengikut undang2 telah dinafikan hak beliau oleh Kerajaan Haram Negeri Perak sekarang ini. Dengan ini BN akan berdepan suasana yang teramat genting. Dengan ini marilah semua penyokong dan pendokong PR, kita bersama bersatu hati memastikan kemenangan akan memihak kepada PR....

ROS Dipohon Tunda Perhimpunan Agung UMNO?

Kumpulan yang telah membuat kegemparan baru2 ini dengan tindakan mahu memohon injuksi daripada mahkamah bagi menghalang Perhimpunan Agung Umno nampaknya telah berubah kepada ROS (Pendaftaran Pertubuhan Malaysia).

Mereka diketuai oleh orang yang sama iaitu Datuk Kadar Sulaiman (ketua Umno bahagian Muar) dan Datuk Mazlan Harun dari Selangor. Mereka akan ke pejabat ROS esok bagi memohon agar perhimpunan agung Umno kali ini ditunda sehingga selesai siasatan berhubung rasuah politik berkaitan dengan pemilihan parti.

Mereka juga meminta ROS menjelaskan bagaimana Ali Rustam dan Khairy yang didapati bersalah oleh Lembaga Disiplin Umno, dibenarkan hadir dan mengundi dalam perhimpunan agung Umno kali ini.

Menurut Datuk Kadar, mengikut perlembagaan parti, apabila kedua-duanya didapat bersalah, maka mereka tidak boleh hadir mesyuarat parti manakala 42 orang daripada perwakilan tidak layak menghadiri perhimpunan agung ini kerana muflis.

Adakah cara disaat-saat akhir ini akan membuahkan hasil? Sama2 kita tunggu.....

KDN Telah Merialisasikan 'Perubahan Besar'?

Kerajaan yang akan dipimpin oleh PM baru telah membuktikan akan pengokongan sumber berita yang melibatkan akhbar parti PR. KDN hari ini telah mengambil tindakan yang terkebelakang dengan menggantung permit akhbar Harakah dan Suara keADILan selama 3 bulan berkuatkuasa serta-merta.

Inikah yang dikatakan dengan Perubahan Besar yang digembar-gembur oleh bakal PM Malaysia ini? Dengan tindakan sebegini jelas sekali tujuannya semata-mata bagi menghalang kempen media PR bagi menghadapi 3 PRK yang diadakan serentak pada 7 April ini.

Arahan yang dihantar kepada Akhbar Suara keADILan dialamatkan kepada Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kira2 pukul 5 petang tadi berbunyi, "Dukacita dimaklumkan bahawa kementerian ini telah membuat keputusan untuk menggantung permit penerbitan akhbar Suara Keadilan selama tempoh tiga (3) bulan berkuatkuasa serta-merta,"

Surat penggantungan Harakah pula ditujukan kepada Setiausaha Agung PAS Datuk Kamaruddin Jaffar. Isi kandungan surat arahan antara kedua akbar itu lebih kurang sama.Sejak Harakah dibenarkan beroperasi pada 1987, inilah kali pertama akhbar ini dikenakan tindakan penggantungan oleh KDN.

Tahniah! TGNA Akan Menjadi Blogger

Kerana kecewa Kementerian Penerangan enggan membenarkan kerajaan Kelantan mengendalikan radio sendiri, Tuan Guru Nik Aziz (TGNA) MB Kelantan telah memilih blog bagi menyebarkan dakwahnya.

Beliau akan menggunakan sebaik mungkin kemudahan blog bagi menyampaikan maklumat kepada rakyat. Perkembangan teknologi maklumat sekarang perlu direbut termasuk membangunkan blog sendiri sebagai tatapan umum.

Beliau berkata, "Saya akan melangkah masuk ke era siber dengan menulis dan menyampaikan maklumat serta berdakwah melalui blog. Saya akan jadi blogger jugalah".

Tahniah kepada TGNA kita kerana keberanian beliau untuk sama2 berjuang dialam siber ini.

Sah! Norza Senasib Ali Rustam

Seperti yang telah diduga, nasib Norza sama dengan Ali Rustam. Beliau telah dilarang mempertahankan jawatannya sebagai anggota MT Umno selepas didakwa mengamalkan rasuah oleh mahkamah baru2 ini. Hari ini, keputusan jawatankuasa pengurusan dibuat susulan pertikaian beberapa pihak dalam parti itu termasuklah rakyat apabila lembaga disiplin hanya melarang Ali Rustam bertanding.

Adakah ini kebetulan? 2 individu ini adalah 'orang kuat P/Lah & Khairy'. Adakah empayar P/Lah akan berjaya dimusnahkan oleh Najib & TDM? Buat masa sekarang nampaknya mereka telah berjaya.

Norza berkata keputusan jawatankuasa itu 'tidak akan mematahkan semangatnya' untuk terus bersama parti itu.

Bagi beliau, keputusan ... itu adalah satu cabaran untuk memantapkan serta mengukuhkan komitmennys dalam perjuangan Umno kerana beliau meletakkan kepentingan Umno melampaui kepentingan diri beliau sendiri. 'Agenda perubahan' Datuk Najib ini perlu disokong bagi memastikan Umno terus diterima sebagai sebuah wadah penting membela nasib rakyat negara ini.

Ini Dia Pak Ya


Inilah dia insan yang bernama Yahaya Ismail (Pak Ya). Semalam Khairy telah membuat aduan polis terhadap Pak Ya yang didakwanya telah mengugut dan memfitnah beliau. Bagaimanapun Pak Ya mengatakan beliau belum menerima sebarang panggilan telefon daripada pihak polis. Jika dipanggil untuk memberikan keterangan, beliau akan hadir bersama peguam.

Ini antara respon Pak Ya:

"Ugut tahi minyak apa? Ugut itu macam nak pukul, bubuh pasir dalam tangki minyak kereta dia. Tidak ada ugutan. Pertemuan ini bisnes. Kalau Khairy nak beli, beli. Kalau tidak mahu beli, sudah. Saya pergi, saya tidak bercadang nak ugut beliau.

Saya kata awak beri RM100,000 kepada saya, awak ambil hak cipta buku tersebut. Khairy kata, 'saya beritahu esok'. Sewaktu orang dia bawa balik saya, mereka bertanya, 'tidak boleh berunding sedikit?' Saya kata, 'itu pun harga sudah kurang.' Keesokan harinya orang dia datang beri balik naskhah dan berkata, 'Khairy tidak ada duit. Khairy tidak jadi beli'. Saya tidak paksa beliau beli."

Najib Akan Buat Perubahan Besar?

Beliau telah menjangkakan barisan kabinetnya kelak akan menentukan penerimaan rakyat pada kepimpinannya dalam rancangan 'Dailog @ 1' dibawah tajuk ‘Berubah atau diubah’ di TV1 Ahad malam. Ini bermakana beliau akan melakukannya. Siapakah agaknya akan 'ditendang' oleh beliau dalam memperkemaskan kabinetnya?

Dalam segi mengembalikan 'demokrasi kepada rakyat' tidak pula kedengaran. Majoriti rakyat berpendapat, suasana 'ala kuku besi' bakal berulang lagi. Berkemungkinan individu2 yang akan ditahan dibawah akta ISA dan akta Hasutan akan menjadi pilihan beliau bagi mengembalikan 'ketakutan rakyat' terhadap kerajaan (telah berjaya dilakukan oleh sifu beliau TDM).

Suasana ini bakal berlaku lagi kerana TDM sudah mula mengambil posisinya. Suara2nya sudah kembali kedengaran. Adakah sebenarnya beliau yang mengajar Najib dalam apa2 tindakan yang dilihat sebagai Najib yang melakukannya?

Mengenai pindaan perlembagaan UMNO, beliau memberitahu pada tahun ini akan ada 2 Perhimpunan Agung UMNO. Yang akan berlangsung dari 24 hingga 28 Mac ini sebenarnya adalah perhimpunan tertangguh yang dijadualkan untuk 2008.

Pada hujung tahun ini akan ada satu lagi Perhimpunan Agung UMNO untuk 2009. Perhimpunan ini adalah untuk meminda perlembagaannya. Tetapi tidak pula diberitahu perkara mana dalam perlembagaan yang akan dipinda.

Yang kita nak ajukan, adakah dimasa itu BN masih lagi menjadi kerajaan ataupun sebaliknya?



Jawah Gerang Calon PR Di Batang Ai


DSAI telah mengumumkan Jawah Gerang sebagai calun PR dari PKR untuk bertanding dalam PRK DUN Batang Ai, 7 April ini. Sebelum ini beliau berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Lubok Antu selama 5 penggal jelas memperlihatkan kredibiliti beliau sebagai pemimpin rakyat. DSAI juga telah mengumumkan saudara Nicholas Bawin sebagai Pengarah Operasi Pilihan Raya.

Kuasa Bloggers Demi Kebaikan Untuk Semua

Dunia sekarang telah berubah terutama sekali dinegara kita. Ini berpunca dari media arus perdana yang telah membuat kesilapan besar dengan tanpa rasa bersalah menghentam pihak yang terlibat dengan PR. Pemimpin yang terdiri daripada pihak kerajaan BN pula dipertahankan walaupun sudah ternyata individu terbabit terlibat dengan berbagai skandal.

Trend mencari maklumat melalui blog2 sudah menjadi pilihan generasi sekarang. Para blogger yang pro akan perjuangan PR (majoriti tanpa bantuan kewangan) telah membuktikan, kalau pemimpin yang telah membuat kesalahan, tidak kiralah mereka dari pihak PR mahupun BN, mereka tetap akan dilondeh habis-habisan.

Tulisan dan laporan dalam blog bukan saja tidak terbatas untuk dinikmati serta dinilai oleh pelawat2 seluruh dunia. Dan perlu diingat, pelawat2 sekarang mahukan kebenaran akan sesuatu berita yang ditulis itu. Apabila keburukan seseorang pemimpin itu sudah terdedah diblog2, sukar untuk seseorang yang disasarkan itu untuk mengatakan yang dia betul manakala blogger yang bersalah ataupun diupah pihak tertentu.

Tahniah kepada bloggers yang terlibat. Teruskan perjuangan demi merialisasikan harapan rakyat Malaysia. Hasrat kita adalah untuk menyediakan sebuah kerajaan yang terbaik kepada mereka untuk menggantikan yang sedia ada, sebelum kita (PR) mengambil-alih kerajaan Malaysia.....

TDM Sudah Mula Masuk Posisinya

Tun Dr Mahathir (TDM) sudah mula menunjukkan yang beliau 'masih aktif'. Boleh juga dikatakan baru masuk padang semula setelah dikeluarkan dari padang kerana mengalami sedikit kecederaan baru2 ini. Mungkin sekarang beliau merasakan sakitnya itu telah sembuh dan teamnya amat2 memerlukan beliau untuk meneruskan perlawanan ini.

Berbagai strategi sudah diaturnya untuk mengemaskan team beliau sekarang ini termasuklah cuba mengaturkan calon2nya dan menyisihkan yang dirasakan beliau adalah yang pro kepada P/Lah.

Kalau mereka2 yang di kempen oleh beliau itu berjaya, maka legasi kepimpinan yang telah di bentuk oleh beliau sebelum ini akan berulang kembali dalam kerajaan BN. Demi untuk merialisasikan impian beliau, sekarang beliau turun dan bergiat bersama menonjol beberapa nama penting.

Mereka yang cuba di gambarkan baik oleh beliau sekarang ini adalah Najib,Muhammad Taib dan Mukhriz. Khairy pula nampaknya diserang oleh beliau. Usaha nya untuk menjatuhkan satu2 calun yang tidak berkenan oleh beliau semakin terserlah. Kalau khairy tersingkir, muhkriz akan menang dengan mudah. Khir Toyo, dia ikut telunjuk Najib. ada atau tidak, bukan menjadi masalah bagi beliau.

Masih ingat bagaimana DSAI jatuh pada tahun 1998? Kaedah pengedaran buku mengutuk khairy, sama seperti yang berlaku pada DSAI. Pada pemilihan umno pada tahun tersebut, di keluarkan 50 dalil kenapa anwar tidak boleh jadi PM.

Kita semua tahu bahawa memang TDM terlibat di dalam usaha tersebut. Akhirnya DSAI mengambil langkah drastik membongkar budaya kronisma dan nepotisma, berkaitan dengan TDM. sehingga tercetusnya peristiwa reformasi tahun tersebut.


22 March 2009

Isu Perletakan Jawatan YB Fairus

Bila saja ada isu yang melibatkan anggota PR saja, maka sibuklah TV3 Suku dan para hulubalang UMNO berlumba-lumba mengeluarkan kenyataan masing2. Tujuan masing2 tak payah diselindung lagi, majoriti rakyat dapat mengertikannya.

Siap dengan mengatakan YB Fairus telah menyatakan beliau adalah mangsa konspirasi sesama sendiri dalam parti. Masaalahnya, tuan yang empunya diri tak pula keluar dalam TV yang membawa dakyah songsang UMNO ini. Mereka saja duk menghuraikannya.

Tak kiralah oleh kerana apa beliau melepaskan jawatannya. Ini menampakkan PR terutamanya PKR, para pemimpinnya lebih mengutamakan 'kepercayaan rakyat'. Kalau nak dibandingkan dengan para pemimpin UMNO, yang dah jelas dikenakan tindakan disiplin parti, masih mempertahankan jawatan sebagai Ketua Menteri.

Yang melibatkan kes2 yang masih dalam siasatan SPRM dan yang telah dibuat laporan berlambak-lambak (tak tahulah apakah hasil siasatannya),lagilah tak diendahkan oleh kaum kerabat mereka ini.

Dalam masa terdekat ini, kita tengok apa pula yang akan diutarakan oleh mereka mengenai isu YB Elizabeth samada akan melepaskan jawatan beliau sebagai Adun Bukit Lanjan dan Exco Negeri Selangor.

Ini pula kata P/Lah, "Mereka (PKR) bukan tak pernah ada masalah. Masalah banyak tapi mereka suka cakap pasal kita supaya kita tak cakap pasal mereka. Jadi kita sibuk mempertahankan diri kita sehingga kita lupa nak cakap pasal mereka. Jadi itulah permainan politik mereka. Mereka pun ada masalah, anggota mereka tu bukan semuanya orang yang baik2 belaka. Ada juga yang tak betul, memang adalah dalam mana2 parti politik pun sebenarnya."

Nama lagi manusia. Walaupun ketuannya baik, belum tentu anak2 buahnya seperti beliau. Nak2 lagi anak2 buah itu tak mengenali sebetulnya erti perjuangan.

Penting juga diingatkan, penjelasan dari pihak PR sendiripun, kenalah ikhlas, jangan cuba diselindung apa2 dari rakyat. Ini kerana rakyat sedang memerhati, tak kira disebelah sini mahupun sebelah sana.

Demokrasi Dalam MIC Pun Telah Mati Sama

Bekas Naib Presiden MIC Datuk M. Muthupalaniappan, yang gagal dalam percubaannya hari ini untuk bertanding jawatan tertinggi parti, mengisytiharkan bahawa demokrasi telah mati dalam MIC.

Beliau mendakwa usahanya untuk bertanding jawatan presiden tidak disenangi oleh Samy Vellu sejak mula lagi kerana beliau (Samy Vellu) mahu memenangi jawatan tertinggi parti tanpa bertanding bagi menunjukkan kepada rakan MIC dalam BN bahawa beliau menguasai parti dan anggota parti mahukan pemimpin berusia 73 tahun itu sebagai presiden.

Ini sorang lagi (Samy Vellu) yang satu angkatan dengan puak2 yang telah menjahanamkan demokrasi dalam negara kita. Mahathir pun telah muncul dengan lebih kerap sejak kebelakangan ini. Dalam berita TV3 Suku tadi, bukan main lagi bersemangat berbicara tentang 'Melayu'. Saudara Ibrahim Ali pun nampaknya masih setia dengan bossnya. Tak salah rasanya kalau ada yang mengatakan Samy dan Mahathir adalah dari spesis yang sama.

Menurut perlembagaan MIC, pengerusi bahagian dan negeri menjadi pegawai pengurus dalam pemilihan presiden dan mereka sepatutnya dilarang daripada membabitkan diri dalam sebarang tindakan melobi namun perkara itu tidak dilaksanakan.

RM43,000 Dikumpul Bina Plak Demokrasi

Kerajaan PR Perak berjaya mengumpul RM 42, 900 daripada hasil lelongan 5 keping plak tugu demokrasi yang telah dipecahkan. Plak demokrasi yang menandakan 'kebangkitan gerakan demokrasi melawan rampasan kuasa BN' di Perak telah dicemar dan dipecahkan oleh pihak2 yang tidak mahu peristiwa bersejarah 6 Februari itu dikenang orang-ramai.

Walaupun plak itu dipecahkan dan sebahagian besarnya dicemar tar, namun 6 serpihan kecil plak itu berjaya diselamatkan oleh PR untuk disimpan sebagai bahan bersejarah di Pejabat PR. Plak demokrasi ini didirikan di lokasi berlakunya peristiwa Mesyuarat DUN yang diadakan dibawah pohon Beringin, kira2 200 meter daripada Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.

Mesyuarat itu diadakan setelah BN dan Setiausaha Negeri mengeluarkan arahan menghalang Speaker V. Sivakumar dari memanggil Adun bersidang.

Pohon Beringin ini kini menjadi lokasi tumpuan warga Perak dan seluruh negara. Pengunjung melawat dan mengambil gambar di bawah pokok itu untuk bersama-sama meraikan peristiwa tersebut.

Tidak kurang juga yang masyarakat bukan Islam yang berkunjung memanjatkan nazar dan niat di pokok itu kerana simbollik kekuatan rakyat yang sinonim dengan peristiwa bersejarah itu.

Lima dari enam serpihan plak demokrasi itu dilelongkan kepada orang-ramai dan hasil kutipan akan digunakan untuk membina semula plak demokrasi yang lebih ampuh. Ia simbolik perjuangan demokrasi yang tidak kenal penat-lelah walau diasak dan ditekan.

Jualan lelong ini di adakan dibawah pohon Beringin itu dan dirasmikan oleh MB Perak, Dato Seri Nizar Jamaluddin. Ia disaksikan oleh beberapa ADUN dan seramai 300 orang mengunjungi tapak lelong itu untuk memberi sokongan .

Apabila jurulelong membuka harga bagi plak pertama dengan harga mula sebanyak RM500, ianya mencecah RM6800 dan berjaya dilelongkan kepada seorang usahawan, Khor Lian Sing, 45 daripada Ipoh.

Setelah beliau membeli plak tersebut, beliau terus meninggalkan tempat tersebut tanpa memberi sebarang komen.

Plak kedua pula juga sama dibuka harga RM500 dan Richard Jairaj, 67, seorang pengumpul barang antic dan bersejarah berjaya meletakkan harga yang paling tinggi, RM6800 dan membelinya.

Sementara itu, Lee Chee Seng 55, seorang usahawan petroleum berjaya meletakkan harga tertinggi bagi serpihan plak yang ketiga sebanyak RM6800. Serpihan plak keempat pula berjaya dimilliki oleh seorang bekas guru CB Ang, 62 dengan meletakkan harga tertinggi iaitu sebanyak RM7000.

Serpihan terakhir menjadi rebutan ramai,kerana itu satu satunya serpihan yang tinggal. Harga pembukaan adalah seperti biasa , RM500 dan bahan bersejarah itu berjaya dilelong pada harga yang tertinggi sekali iaitu sebanyak RM17100. Serpihan terakhir itu dibeli oleh seorang usahawan kelahiran Perak yang kini berada di Johor.

Sementara itu, Nga Kor Ming, exco PR mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang hadir memeriahkan lagi majlis tersebut.

“Ini juga adalah tanda perjuangan rakyat demi membela sistem demokrasi berparlimen di tanahair kita, maka semua yang mengambil bahagian adalah anak Malaysia yang sejati kerana kita cintakan tanahair kita,” kata Nga.

Beliau juga berkata, plak baru itu akan di dirikan secepat mungkin.


Khairy Buat Laporan Polis

Khairy hari ini membuat laporan polis terhadap penulis sebuah buku yang dikatakan mengugut dan memfitnah beliau.

Beliau berkata, "Tujuan utama saya buat report polis ini adalah disebabkan kandungan buku ...yang ternyata memfitnah saya. Buku ini sebenarnya adalah satu usaha secara sengaja menjatuhkan imej dan karier politik saya".

Khairy juga mengatakan, mereka (dengan penulis) hanya bertemu pada 17 Feb lepas di pejabatnya. Beliau juga telah diugut agar membayar RM100,000 atau buku itu diterbitkan. Bagaimanapun, beliau enggan membayarnya.

Penulis terbabit juga mendakwa bahawa penerbitan buku itu ditaja musuh2 politik beliau dalam UMNO. Buku ini juga dakwanya telah diedarkan kepada beberapa anggota perwakilan Umno sejak minggu lepas lagi.

TDM:P/Lah Lemahkan UMNO

UMNO yang telah perintah Negara ini dengan baik selama 50 tahun sekarang dilihat sebagai parti yang tidak bermaya. Dalam hanya lima tahun dibawah pimpinan Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi, parti UMNO sudah rosak dan menjadi amat lemah. Seiring dengan kelemahan parti, Kerajaan juga menjadi lemah dan kehidupan rakyat sudah tidak lagi sempurna.

Sekarang Abdullah berjanji akan letak jawatan pada hujung bulan ini dan Dato Seri Najib Razak akan mengambil alih jawatan Perdana Menteri. Apakah Najib akan dapat memulihkan UMNO sehingga jadi kuat semula? Ini menjadi satu tanda tanya. Apa yang berlaku dalam proses pemilihan kepimpinan tidak menjadi petanda yang baik. Parti UMNO sudah jadi parti perasuah. Samada ahli atau pemimpin, semuanya utamakan kepentingan diri.

Sepatutnya pemilihan pemimpin yang baru akan meyakinkan rakyat yang UMNO bersedia untuk membasmi gejala rasuah. Tetapi yang berlaku menunjuk yang UMNO tidak mempedulikan pemulihan parti dan pencapaian kemenangan dalam Pilihanraya Umum ke-13. Yang diutamakan ialah untuk menjadi pemimpin UMNO dengan apa cara sekalipun. Harapan mereka jika jadi pemimpin UMNO akan dapat jadi Menteri dan dapat kontrak dan lain-lain nikmat untuk diri sendiri.

Ternampak jelas yang pencalonan ahli-ahli Majlis Tertinggi yang dibuat oleh bahagian adalah hasil sogokan. Ramai yang dicalon diketahui umum telah beli undi. Dengan itu peluang pertama untuk memulih imej parti dikalangan rakyat sudah gagal kerana bahagian-bahagian utamakan sogokan. Peluang kedua untuk memulih imej parti juga tidak direbut. Sebenarnya Lembaga Disiplin dan Tribunal yang ditugas untuk membicara dan menghukum calon-calon yang dituduh terlibat dengan rasuah telah tidak menggunakan tugas mereka untuk memperbaiki imej parti. Sebaliknya Tribunal membuat keputusan yang menunjuk ia tidak bersungguh untuk menghukum mereka yang diketahui terlibat dengan rasuah. Dengan itu imej parti tidak terpulih dan menjadi lebih buruk.

Sekarang datang pula peranan para wakil untuk memulih imej parti dengan menolak calon yang dikenali mengguna wang untuk undi calon. Jika mereka tolak calon-calon ini, mereka akan sedikit sebanyak memulih imej parti dan kemungkinan parti akan menang dalam Pilihanraya Umum ke-13.

Oleh kerana keputusan Tribunal membolehkan calon-calon yang diketahui korup bertanding, perwakilan mungkin akan pilih mereka ini untuk menganggotai Majlis Tertinggi. Apabila ini berlaku imej parti akan jadi lebih buruk dan besar kemungkinan parti akan dikalahkan dalam Pilihanraya Umum ke-13.

Tetapi terdapat satu lagi peluang untuk imej parti dipulih. Apabila Kerajaan baru dibentuk oleh Dato Seri Najib, beliau boleh menolak pemimpin-pemimpin yang menang kerana rasuah daripada menganggotai Kabinet dan lain-lain jawatan Kerajaan pimpinannya. Jika sebaliknya Najib melantik orang yang diketahui menang kerana rasuah ke dalam Kerajaannya maka akan termusnahlah kepercayaan rakyat kepada Najib dan Kerajaannya. Tidak syak lagi yang UMNO dan Barisan Nasional akan kalah teruk dalam Pilihanraya Umum ke-13.

Saya percaya Dato Seri Abdullah akan paksa Najib pilih orang tertentu untuk jadi Menteri Kabinet Najib. Kita tahu sangat keinginan orang ini menjadi Perdana Menteri termuda. Sebenarnya kalau pun dia menang, penyertaannya dalam Kerajaan akan menyebabkan pengundi tolak Barisan Nasional dalam Pilihanraya Umum ke-13. Apatah lagi jika dia kalah dan masih lagi dapat tempat dalam Kerajaan.

Jika Dato Seri Najib memilih perasuah dan orang tertentu dalam Kerajaan pimpinannya, UMNO akan kalah dan terus hancur. Najib akan tinggal legasi sebagai pembunuh UMNO yang dihidupkan oleh ayahnya.

Ahli-ahli UMNO harus ingat tidak ada gunanya menjadi pemimpin UMNO, menjadi Presiden UMNO pun jika BN kalah dan tidak dapat tubuh Kerajaan. Orang Melayu akan kutuk mereka yang telah hancurkan UMNO kerana mereka tamak dan mengkhianati bangsa dan negara.

(chedetblog)

yeols: kita hanya boleh mendengar celoteh dari TDM ini, untuk mempercayainya perlu kita imbas kembali siapakah punca sebenar yang menyebabkan UMNO sampai ke tahap sekarang? P/Lah mengambil jawatan PM 'tanpa perlu merancang', dan UMNO pada masa itulah paling2 'dipandang jijik' oleh rakyat oleh kerana 'konspirasi terhadap DSAI'. Saya dah malas nak ulas panjang lebar. Yang mudah untuk dirumuskan, peperangan ini yang sudah masuk 'fasa yang terakhir' masih lagi antara Tun Dr Mahathir VS Dato' Seri Anwar Ibrahim. Kebenaran Pasti Terserlah Akhirnya........

PKR:Hasil Siasatan Minggu Depan

Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang Datuk Zahrain Mohamed Hashim berkata panel yang diketuai Speaker DUN Abdul Halim Hussain telah diberikan masa 3 minggu bagi menyiasat dakwaan Ketua Pemuda PKR Kepala Batas Amizudin Ahmat dan hasil siasatan dakwaan rasuah membabitkan 2 pemimpin parti negeri itu akan di umumkan minggu depan.

PR Diramal Ambil-Alih Kuasa Pada 2009?

"Pada Februari 2008 lalu, beberapa minggu sebelum pilihanraya umum pada 8 Mac yang telah mengubah haluan masa depan Malaysia, seorang ahli astrologi telah membayangkan beberapa isyarat iaitu suasana negara untuk beberapa tahun akan berdepan dengan pergolakan hebat: sehingga pada penghujung 2008, katanya, Abdullah Ahmad Badawi dan menantunya akan dilucutkan dari kuasa oleh partinya sendiri. Pada waktu itu, rakan saya agak ragu-ragu mengenai ramalan ini - ia seolah-olah tidak mungkin berlaku.

Tetapi kini, setelah dua belas bulan selepas PRU12, ramalan Dr K mula menampakkan ketepatan yang begitu menyerlah. Oleh itu rakan saya mula mengambil serius apa yang Dr K telah beritahunya pada Februari tahun lalu.

Ahli astrologi itu yang mengkhusus di dalam diagnosis perubatan dan prognosis, namun methodologinya mudah untuk digunakan terhadap syarikat korporat dan juga seluruh negara.

Dan apa Dr K telah ramalkan, selainnya, ialah pelan peralihan kuasa Umno akan begitu kusut dan berkesudahan dengan perpecahan yang ketara.

Di awal 2009 akan berlaku undi tidak percaya terhadap sesiapa juga yang menjadi Perdana Menteri pada waktu itu, menyebabkan Parlimen akan dibubarkan dan pilihanraya baru akan diadakan. Sebuah kerajaan baru akan dibentuk dan Umno akan mengambil peranan sebagai pembangkang di Parlimen."

(hasil terjemahan dari kelab greenboc)


Catatan Dari Dua Bukit-DSAI

Saya dan Datuk Seri Nizar bersama di Batu Cempedak, Khamis malam. Majlis berubah tempat ka kawasan pedalaman kerana larangan polis!

Sekitar jam 1.30 pagi, kami singgah di warung Penanti. Sempat pula menonton beberapa episod menarik dari filem Antara Dua Darjat - P. Ramlee dibelasah dan dialog menarik perihal Engku Hasan dan wanita cabaret (kalangan muda mungkin kurang serasi dengan istilah cabaret dan mungkin diganti dengan disko dan clubbing!)

Pagi Jumaat, kami minum pagi dirumah Dato’ Rashid bersama Ahmad Kassim dan Johari Abdul. Pada jam 10 pagi, nama calun Pakatan Rakyat untuk Pilihan Raya Kecil Dun Bukit Selambau diumumkan iaitu saudara Manikumar. Ustaz Azizan, Menteri Besar Kedah turut berucap dan menyampaikan sokongan.

Pergelutan biasa menyusul selesai pengumuman dan saya memberi ruang kepada beberapa tokoh India meluahkan pandangan. Keadaan tenang dengan pengakuan masing-masing untuk bekerja keras menyokong calun yang dipilih.

Saya seterusnya ka Permatang Pauh dan menunaikan solat Jumaat di Masjid Tuan Haji Abdullah, Tanah Liat kemudiannya makan tengahari bersama imam dan Ustaz Mutalib.

KeADILan Bahagian Permatang Pauh mengadakan mesyuarat khas dengan saya pada jam 3.30 petang dan memaklumkan kemajuan menerbitkan Warta Permatang Pauh dan kejayaan meningkatkan jumlah keahlian. Saya turut memaklumkan mengenai hasrat YB Fairus meletakkan jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri. Selain itu saya sibuk menalipon Ketua Menteri, YAB Lim Guan Eng dan saudara Fairus.

Salesai bersolat Maghrib, saya berkesempatan berbual singkat dengan peserta seminar penghayatan Islam di Yayasan Aman. Kemudian kami berlepas ka Tambun dan Pasir Salak dalam majlis ceramah umum dan tiba pulang hampir jam 3 pagi di rumah.

ANWAR IBRAHIM

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA