" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

05 May 2010

Kongres Nasional PKR 2009 Hujung Bulan Ini

Kongres Nasional PKR 2009 yang ditangguhkan tahun lalu, akan berlangsung hujung bulan ini di Kelantan. Ketua penerangan PKR Latheefa Koya berkata kongres itu akan berlangsung selama tiga hari mulai 28 Mei di Pusat Dagangan Kelantan, di Kota Bharu.

Katanya, kongres itu sepatutnya berlangsung tahun lalu tetapi ditangguhkan untuk memberi laluan kepada kongres khas untuk meminda perlembagaan PKR.

"Kita tak sempat nak buat kongres (penuh tahun lalu), jadi ia dibawa ke tahun ini," kata Latheefa ketika dihubungi Malaysiakini.

Menurutnya, kongres tersebut bermula dengan persidangan tahunan Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Wanita Keadilan pada 28 Mei. Manakala persidangan penuh PKR akan berlangsung pada dua hari berikutnya. Dijangka kongres tersebut akan dihadiri kira-kira 1,800 perwakilan dari seluruh negara.

Mengenai kongres 2010 yang bakal menyaksikan pemilihan pucuk pimpinan tertinggi PKR Latheefa berkata ia akan diadakan hujung tahun ini. Bagaimanapun, Latheefa menjelaskan tarikh kongres 2010 akan ditetapkan selepas persidangan di Kelantan itu berakhir.

Jun lalu, PKR mengadakan kongres khas untuk meluluskan tujuh cadangan pindaan perlembagaan parti itu. PKR meminda perlembagaannya termasuk menghadkan tempoh presiden, menambah jumlah naib presiden serta memperuntukkan 30 peratus jawatan penting kepada wanita. Cadangan pindaan itu diluluskan setelah mendapat sokongan lebih 88 peratus daripada 1,061 perwakilan.

(Malaysiakini)

" Ya Allah berilah Hidayat, Hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda. Bantulah baginda. Begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya Allah selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya Allah bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "

1 comment:

roy said...

S/U AMK Pusat (Zulfikar)antara mastermind dlm kerja2 dajjal utk menghalang drpd berjalannya kongres pd kali ini..byk bukti2 yg mengaitkannya dan mintak spy pihak parti mengambil tidakan yg sewajarnya dlm hal ini

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA