Peguam, Gobind Singh Deo, berkata Koroner Azmil Muntapha Abas menetapkan tarikh tersebut selepas mengarahkan permohonan itu difailkan dibawah peruntukan undang-undang 272(b).
Pihak keluarga mangsa akan memfailkan permohonan itu esok.
“Tuan Koroner telah membuatkan satu perintah satu permohonan secara formal iaitu yang diusul melalui satu affidavit kerajaan negeri Selangor sebelum beliau membuat satu keputusan perlu ada alasan dan alasan-alasan itu dikemukakan melalui affidavit.
“Jadi atas permintaan ini, Koroner menetapkan satu tarikh 11 Jun untuk membuat keputusan sama ada Dr.Pornthip dapat memberi keterangan melalui video ini,” katanya.
Pornthip dijadualkan memberi keterangan hari ini namun TV Selangor difahamkan pakar patologis itu tidak dapat menghadirkan diri atas alasan tertentu.
Keterangan Pornthip adalah penting kerana beliau menyimpulkan bahawa kesan-kesan kecederaan yang dialami oleh mangsa tidak konsisten dengan kesan membunuh diri.
Sebelum ini, media turut melaporkan pakar patologis itu menerima tekanan dari pihak tertentu.
“Tetapi beliau telah memberitahu yang beliau bersedia memberi keterangan melalui sidang video, undang-undang kami membenarkan seseorang saksi memberi keterangan dari segi sidang video,” katanya.
Dalam perkembangan yang sama, dua lagi saksi yang diketengahkan keluarga mangsa turut gagal menghadirkan diri di inkues hari ini ekoran percanggahan jadual perbicaraan.
Ahli Majlis Perbandaran Kajang, Tan Boon Wah, dan Peguam M Manoharan menghadiri kes saman terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di Mahkamah Persekutuan hari ini.
Dalam kejadian kematian Teoh Beng Hock, Tan Boon Wah dikatakan antara yang terakhir bersama mangsa sebelum Setiausaha Politik itu ditemui terdampar di tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam.
Manakala Manoharan adalah peguam mangsa pada waktu kejadian.
Koroner menetapkan 11 Jun depan untuk memanggil semula dua saksi ini.
(TVS)
" Ya Allah berilah Hidayat, Hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda. Bantulah baginda. Begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya Allah selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya Allah bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "
No comments:
Post a Comment