" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

19 May 2010

PKR Beri Ahli ‘Notis’ 1 Bulan Jika Mahu Keluar Parti

KUALA LUMPUR, 19 Mei — Ekoran siri tindakan keluar parti kebelakangan ini, pemimpin dan ahli-ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) diberi nasihat — sesiapa yang masih berhasrat mahu meninggalkan parti itu agar berbuat demikian dalam tempoh sebulan ini.

PKR memberikan ‘nasihat mesra’ ini bagi membolehkan parti itu menjalankan proses penjenamaan semula, dijangka dilaksanakan selepas kongres nasional hujung bulan ini.

Proses penjenamaan semula ini dilihat menjurus kepada usaha memperkukuhkan parti dan menepis sikap negatif ekoran serangan bertubi-tubi sejak kebelakangan ini. Kongres Nasional PKR akan diadakan di Kota Baru mulai 27 hingga 30 Mei.

Nasihat ini diberikan oleh Pengarah Pilihan Rayanya, Fuziah Salleh yang mahu memulihkan imej parti yang dilihat tercalar dengan serangan bertubi-tubi termasuk laporan tindakan keluar parti segelintir wakil rakyat dan pemimpin cabang dan negeri.

“Selaku pengarah pilihan raya, saya berpendapat mereka yang merasakan tidak lagi dapat memenuhi kepentingan peribadi mereka... mungkin mereka ini menyertai PKR (dulu dikenali sebagai Keadilan) atas alasan boleh mendapat manfaat peribadi, tetapi sekarang merasakan sebaliknya, wajar meninggalkan parti,” kata beliau.

“Saya beri notis kepada semua yang hendak melompat dari PKR untuk berbuat demikian dalam tempoh satu bulan. PKR akan membuat ‘rebranding’ (penjenamaan semula) selepas ini.

“Saya juga memaklumkan bahawa ‘we mean business’ dalam parti. Kita mahu PKR seiring dalam Pakatan Rakyat dan sesiapa yang hendak main-main (tidak serius) dalam PKR tidak diperlukan,” kata Ahli Parlimen Kuantan ini kepada The Malaysian Insider.

Fuziah yang mengetuai portfolio pilihan raya sejak Februari lalu melahirkan pendirian tegas ini beberapa hari selepas Ahli Parlimen Wangsa Maju Wee Choo Keong keluar PKR.

Wee mengumumkan keluar PKR Jumaat lalu atas kerana kesal dengan kepimpinan parti itu dan Pakatan Rakyat yang gagal mengambil tindakan terhadap skandal pasir di Dengkil, Selangor.

Pada Februari dan Mac lalu, PKR kehilangan tiga Ahli Parlimen yang memutuskan untuk keluar PKR.

Sejak Februari 2009, PKR juga melalui pengalaman lima Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) meninggalkan parti itu yang ditubuhkan pada 1999 selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat dari Umno dan kerajaan.

Anwar kini berhadapan dengan kes mahkamah melibatkan tuduhan liwat.
PKR juga kehilangan satu lagi kerusi Parlimen selepas wakil rakyat Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin dipecat dari parti atas masalah disiplin.

Sambil melihat tindakan Wee keluar parti sebagai yang terakhir membabitkan wakil rakyat, Fuziah berkata, nasihat ini diberikan kepada ahli akar umbi dan pemimpin semua peringkat.

“Saya yakin tindakan Wee keluar parti yang terakhir (membabitkan wakil rakyat).. jadi saya berikan tempoh (sebulan( ini,” katanya.

“Saya memberikan nasihat ini kerana jika mereka mempunyai sebarang rintihan dan rasa tidak puas hati, dan jika mereka benar-benar mencintai parti, saya lihat masih ada ruang untuk duduk berbincang dan menyelesaikan dan menguruskan konflik yang wujud,” kata beliau.

Ditanya sebab memberikan tempoh sebulan, Fuziah memberitahu, beliau merasakan tempoh sebulan ini memadai untuk mereka berfikir.

“Saya merasakan tempoh sebulan ini memadai (untuk membuat keputusan)... jika mereka benar-benar merasakan perjuangan parti ini menjadi keutamaan, mereka akan kekal bersama parti untuk menghadapi cabaran masa depan,” kata beliau sambil tidak menolak pihak lawan menggunakan situasi semasa untuk menyerang parti.

“Pihak lawan menggunakan ahli dan pemimpin (yang melahirkan rintihan) untuk menyerang parti. Sebagai pengarah pilihan raya, saya secara peribadi mahu mengakhiri serangan ke atas parti,” katanya.

Selain tindakan wakil rakyat keluar parti, PKR juga berhadapan dengan fenomena yang sama membabitkan pemimpin peringkat cawangan dan negeri yang keluar parti baru-baru ini khususnya ketika pilihan raya kecil.

Ia disaksikan secara bertali arus menjelang hari pengundian pilihan raya kecil Hulu Selangor pada 25 April lalu dan minggu lalu semasa berlangsungnya pilihan raya kecil kerusi Parlimen Sibu.

(TheMalaysianInsider)

" Ya Allah berilah Hidayat, Hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda. Bantulah baginda. Begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya Allah selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya Allah bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "

No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA