" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

18 May 2010

Dilaga-laga Pihak Tertentu, Manikavasagam Ikrar Setia

Di sebalik cubaan pihak tertentu untuk melaga-lagakan S Manikavagam dengan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim, Ahli Parlimen Kapar itu berikrar untuk taat setia kepada pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Beliau juga menyatakan pendiriannya berhubung isu rasuah termasuk isu Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB), selaras dengan dasar parti, malah gembira dengan jaminan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai hal itu.

Pada satu kenyataan media, Manikavasagam mengakui sudah berbincang dengan Ketua Umum PKR itu yang memberi jaminan siasatan telus dan terperinci dijalankan berhubung dakwaan berkaitan isu KSSB.

Beliau juga meminta pihak tertentu supaya tidak mengambil kesempatan melaga-lagakannya dengan pimpinan parti dan kerajaan Selangor .

“Nasihat saya kepada mereka adalah jangan buang masa menelefon atau berjumpa dengan saya berhubung isu ini,” katanya.

(TVS)

" Ya Allah berilah Hidayat, Hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda. Bantulah baginda. Begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya Allah selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya Allah bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "

2 comments:

dlines said...

YB,sabar dengan segala ujian.kami semua memerlukan pemimpin seperti anda untuk membantu PAKATAN mengambil alih putrajaya.kami sentiasa menyokong anda.

Anonymous said...

Pemimpin PKR yg keluar parti amat2 mendukacitakan rakyat, kerana siapa lg yg nak membawa suara rakyat ke DUN mahupun Dewan Rakyat...yg rugi rakyat, yg kaya mereka!

harap YB Manivasagam jgn jd spt itu

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA