" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

12 May 2010

Kes Fitnah 2 Terhadap DSAI - 12 Mei

Keterangan Saiful Kepada Polis, Mahkamah Nafikan Hak Anwar

KUALA LUMPUR 12 Mei - Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah pagi ini menolak permohonan peguam Karpal Singh yang meminta keterangan pengadu kepada polis.

Zabidin dalam kenyataannya berkata hakim mempunyai hak untuk tidak membenarkan atas alasan kononnya tidak ada percanggahan di dalam keterangan Saiful antara polis dan Mahkamah.

Pada masa yang sama, Zabidin juga berkata pihak pendakwa mempunyai kuasa untuk menentukan mana-mana seksyen di bawah Kanun Keseksaan untuk mendakwa ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Hakim kemudiannya mengarahkan prosiding diteruskan.

Karpal yang tidak berpuas hati memohon perbicaraan ditangguhkan supaya rayuannya itu boleh dikemukakan kepada mahkamah yang lebih tinggi.

Karpal juga mendakwa Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden sudah mengetahui keputusan hakim yang menolak permohonan Karpal bagi mendapatkan kenyataan beramaran daripada pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan yang diberikannya kepada polis.

Zabidin kemudian menangguhkan perbicaraan selama sejam bagi membolehkan hakim memutuskan sama ada membenarkan permohonan menghina mahkamah dikenakan ke atas peguambela utama, Karpal Singh.

Selanjut menyusul

(Suara Keadilan)

" Ya Allah berilah Hidayat, Hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda. Bantulah baginda. Begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya Allah selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya Allah bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "

1 comment:

Anonymous said...

mereka terlupa bahawa ALLAH melihat apa yang mereka lakukan. biarlah mereka dengan kebijaksanaan mereka. kalau mereka mengambil ikhtibar dengan apa yang berlaku keatas rakan-rakan mereka yang 'terdahulu' menerima kehendak ALLAH mereka tak akan begini. YA ALLAH AKU SERAHKAN KEPADA MU HATI-HATI MEREKA UNTUK KAU PERLIHATKAN KEPADA MEREKA KEBENARAN.

AMIN AMIN YARABBUL ALAMIN.

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA