–KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA–
‘First Lady’ – SPRM Harus Bertindak
Merujuk kepada perkara di atas, saya telah mengeluarkan sebuah kenyataan media yang mempertikaikan tindakan Rosmah Mansor isteri kepada Perdana Menteri Malaysia yang merujuk dirinya sebagai Wanita Pertama Malaysia.
Laporan mengenai perkara ini telah disiarkan oleh sebuah portal media internet The Nut Graph pada 10 Mei yang lalu. Perbuatan ini jelas sekali dilakukan dengan sesuka hati dan tanpa terlebih dahulu merujuk kepada Artikel 32 Perlembagaan Malaysia yang menyatakan bahawa Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong adalah susuk yang merupakan Wanita Pertama Negara ini.
Justeru saya mengutuk tindakan yang disifatkan ingin mengangkat darjat seorang manusia biasa ke taraf yang lebih tinggi dan bersifat penderhakaan kepada institusi Diraja di negara ini.
Dalam isu yang sama, saya menyeru tindakan segera dilakukan oleh pihak SPRM ke atas isu bagaimanakah wang yang berjumlah sehingga RM1.5 juta diperolehi untuk membiayai pengiklanan dua mukasurat penuh dalam akhbar New York Times itu? Ini kerana Pengarah Eksekutif New York Times, Dianne McNulty sendiri mengesahkan bahawa iklan itu ditempah oleh sebuah agensi pengiklanan bagi pihak Kerajaan Malaysia. Dan bukannya oleh individu-individu seperti yang dinamakan dalam iklan tersebut.
Melihat kepada jumlah yang dinyatakan, adalah menjadi tugas dan tanggungjawab utama bagi SPRM untuk menyiasat perkara ini dengan efisien sebagaimana yang dilakukan terhadap negeri-negeri Pakatan Rakyat. Saya mahu sumber ini diperjelaskan dengan nyata agar pengkhianatan terhadap wang rakyat tidak berlaku hanya untuk memenuhi selera dan nafsu pihak yang berkuasa.
Sekali lagi saya dengan tegas menuntut profesionalisme SPRM dalam menjalankan tugas tanpa mengira darjat.
Puan Hjh Zuraida Kamaruddin
Ahli Parlimen Ampang
Ketua Wanita KEADILAN
" Ya Allah berilah Hidayat, Hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda. Bantulah baginda. Begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya Allah selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya Allah bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "
No comments:
Post a Comment