" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

06 May 2010

Polis Perlu Berhemah Tangani Isu Istana Kelantan

Oleh Rusnizam Mahat

SHAH ALAM 6 Mei - Polis DiRaja Malaysia didesak memberi penjelasan kepada rakyat berhubung tindakan menahan keluarga DiRaja Kelantan termasuk dakwaan berlaku kasar ke atas Raja Perempuan semalam.

Pensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Prof Dr Abdul Aziz Bari berkata perkara itu penting memandangkan imej polis kini telah terjejas ekoran pelbagai isu yang mencemari institusi keselamatan itu.

Beliau mengulas laporan media yang mendakwa Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Hamid terpaksa mendapat perlindungan di Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian kerana khuatir ditahan polis berhubung pergolakan yang berlaku di istana Kelantan.

Menurutnya, di segi Perlembagaan tidak ada sesiapa yang kebal dari sebarang undang-undang namun pihak polis sendiri harus berhemah dalam setiap tindak tanduknya supaya tidak dipersoalkan rakyat.

"Di segi undang-undang memang tidak ada sesiapa immun dari polis, tetapi apa yang berlaku (dalam kes Sultan Kelantan) ini dalam keadaan biasa jarang berlaku. Polis perlu mengguna cara lain yang ada," katanya ketika dihubungi Suara Keadilan sambil menasihati PDRM supaya berhati-hati menangani krisis yang berkaitan institusi raja.

Tengku Anis mendakwa Sultan Kelantan ditahan tanpa kerelaan baginda dan polis tidak mengendahkan titah baginda supaya di bawa balik ke istana.

Raja Perempuan juga mendakwa polis mengeretnya 'seperti lembu' dalam usaha membawa baginda ke balai polis sebelum polis membawa baginda ke HUSM.

Sementara itu, peguam yang mewakili Sultan Ismail Petra, Datuk Mohamed Haaziq Pillay dan Gobind Singh Deo tiba di Kota Baru semalam bagi melepaskan baginda dari HUSM tetapi dihalang daripada bertemu anak guam mereka.

Pada satu sidang media yang diadakan di HUSM pagi tadi kedua peguam tersebut mendakwa mereka tiba di hospital berkenaan pada pukul 4.35 petang semalam namun tidak dibenarkan masuk ke Wad DiRaja.

Mereka mendakwa Sultan dan Raja Perempuan telah ditempatkan di Wad DiRaja berkenaan tanpa kerelaan sejurus selepas ditahan pihak polis.

Kejadian berlaku kira-kira jam 7.45 malam di luar istana di Kubang Kerian apabila sekumpulan anggota dan pegawai polis dari Unit Tindakan Khas yang lengkap bersenjata menghalang perjalanan Sultan Kelantan ke Lapangan Terbang Ismail Petra di Pengkalan Chepa.

Keluarga diraja itu dikatakan cuba berlepas ke Singapura bagi mendapatkan rawatan susulan untuk Sultan Kelantan selama 10 hari.

Raja Perempuan juga mendakwa terpaksa bermalam di lantai luar Wad DiRaja di HUSM tetapi berjaya memasuki wad berkenaan sebelum menguncikan diri.

Kemelut Istana Kelantan semakin kusut apabila malam kelmarin, Tengku Temenggong, Tengku Muhammad Fakhry Petra ditahan oleh anggota UTK di luar Istana Mahkota, Kubang Kerian, Kota Bharu.

Tengku Fakhry terbabit dengan kemelut perebutan warisan taktha Kelantan yang membabitkan kekandanya, Tengku Muhammad Faris Petra yang juga Pemangku Sultan Kelantan.

Gobind dilaporkan berkata, beliau akan membawa kes itu ke mahkamah kerana tindakan polis menghalang berjumpa dengan anak guamnya merupakan satu kesalahan melanggar hak asasi manusia.

“Perkara pokok dalam isu ini ialah menjadi hak seseorang individu untuk membawa perkara itu ke mahkamah dan tujuan kami datang adalah untuk mendapatkan dokumen berkaitan untuk memulakan proses menuntut keadilan.

“Oleh kerana kami dihalang bertemu dengan anak guam, kami akan menggunakan cara lain untuk berbuat demikian dan ada kemungkinan kami akan memfailkan kes ini dalam tempoh beberapa hari lagi,” katanya.

(Suara Keadilan)

" Ya Allah berilah Hidayat, Hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda. Bantulah baginda. Begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya Allah selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya Allah bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "

No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA