" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

13 May 2010

Fitnah 2 Terhadap DSAI 13 Mei 2010

Saiful, ‘lu pasti ke lu boleh hidup esok?’

KUALA LUMPUR - Saksi utama kes liwat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim - Mohd Saiful Bukhari Azlan tampil membuat aduan di balai polis Sentul di ibu negara petang semalam.

Beliau yang mendakwa menerima pesanan berunsur ugutan daripada seorang individu yang tidak dikenali membuat aduan polis kerana "bimbangkan keselamatan diri dan dan keluarganya". Salinan laporan tersebut turut dimuatkan dalam blog peribadinya pada hari yang sama.

Dalam aduannya, Saiful berkata, setelah pulang daripada memberikan keterangan di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, beliau menyedari terdapat pesanan di laman sosial Facebook daripada individu yang hanya dikenali sebagai "Badrul Hisham".

Menurutnya, pesanan berjudul "Dah bersediahkan anda" itu berbunyi:

"De... Wa nak tanya lu, lu pasti ke lu boleh hidup esok... Jangan aibkan orang, monyet pun jangan."

Saiful menganggap pesanan itu merupakan satu ancaman serius terhadap dirinya.

"Saya pasti message (pesanan) ini mungkin dihantar disebabkan ketidakpuasan hati, ekoran keterangan-keterangan yang telah saya berikan dalam mahkamah mengenai pertuduhan liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang berlangsung," laporan polisnya dipetik.

Dalam aduannya itu juga, Saiful berkata, pesanan itu merupakan ugutan kedua yang diterimanya sepanjang perbicaraan kesnya yang bermula daripada Februari lalu.

(EraPakatan)

" Ya Allah berilah Hidayat, Hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda. Bantulah baginda. Begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya Allah selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya Allah bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "

No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA