KUALA LUMPUR 14 Mei - Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan pemberian lesen judi kepada Kumpulan Berjaya merupakan 'hadiah' kepada orang Melayu dan Islam di negara ini sempena ulang tahun UMNO ke-64 yang disambut Selasa lalu.
Timbalan Menteri Kewangannya, Datuk Dr Awang Adek Hussein mengesahkan kelulusan pemberian lesen pertaruhan semasa pertandingan bola sepak Piala Dunia 2010 yang akan diadakan pada Jun ini.
Kumpulan Berjaya merupakan syarikat tunggal di negara ini yang mendapat lesen seumpama itu dan dijangka akan menerima pertaruhan di hampir 200 buah rangkaian kedai Sports Toto diseluruh negara.
"Ini membuktikan bahawa apa yang kita dakwa tentang sikap Umno tentang perjalanan dan urus tadbir negara ini memang benar. Mereka tidak sensitif dengan pandangan dan sentimen masyarakat Melayu dan Islam dinegara ini," kata Anwar kepada Suara Keadilan.
Malaysia yang disifatkan sebagai sebuah negara Islam contoh telah gagal melaksanakan polisi pengembangan ekonomi yang lebih terancang tanpa mempertaruhkan institusi keluarga dan moral individu. Kelulusan lesen judi ini bakal membentuk sebuah budaya yang pincang terhadap nilai manusiawi.
Dalam perkembangan berkaitan, Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid ketika ditanya mengenai perkara ini berkata beliau menentang keras kelulusan tersebut dan bercadang akan membangkitkan perkara itu di dalam parlimen.
Beliau menganggap keputusan ini menunjukkan sikap hipokrit dan kepura puraan pimpinan Umno-BN yang kononnya ingin membela agama Islam.
"Mereka memfitnah pimpinan Pakatan Rakyat dengan hujah moral seperti yang berlaku pada Datuk Zaid Ibrahim. Tetapi sebenarnya pemimpin Umno-BNlah yang merupakan pengkhianat kepada bangsa dan negara. Apakah kita ingin bangunkan negara ini dengan wang haram?", kata Abdullah Sani.
Beliau mendedahkan kerajaan hari ini telah kehabisan wang dan menjadikan cukai dari aktiviti pertaruhan sebagai sumber baru.
Beliau turut menyelar media arus perdana berbahasa Melayu yang seolah-olah mempromosi judi dengan menjadikan ruangan berita sukan sebagai paparan iklan.
"Perbuatan ini membuka ruang kepada pembaca terutamanya orang Melayu dan umat Islam untuk terdedah kepada aktiviti itu. Mereka sebenarnya menggalakkan umat Islam untuk engkar kepada perintah agama," tegas Abdullah Sani lagi.
(Suara Keadilan)
" Ya Allah berilah Hidayat, Hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda. Bantulah baginda. Begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya Allah selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya Allah bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "
No comments:
Post a Comment