" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

01 May 2010

Nizar: Saya Hanya Ulangi Ucapan Najib, Pemimpin Umno

Oleh Rusnizam Mahat

SHAH ALAM 1 Mei - Menteri Besar Perak Pakatan Rakyat Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin menyelar tindakan pihak tertentu yang membuat laporan polis terhadap beliau berhubung ceramah semasa kempen pilihan raya kecil di Hulu Selangor sambil menyifatkan ia sebagai helah untuk mencari kesalahan Pakatan Rakyat.

Nizar menegaskan kenyataan beliau tidak sama sekali bersifat perkauman tetapi hanya mengulangi kenyataan yang pernah dikeluarkan pemimpin Umno terhadap kaum bukan Melayu di negara ini.

"Saya cuma menyebut dan menyatakan apa yang telah diperkatakan oleh pimpinan Barisan Nasional khususnya pimpinan Najib Razak yang mengeluarkan kenyataan yang rasis kepada masyarakat Cina.

"Saya sebut dalam himpunan pada waktu Najib menjadi Ketua Pemuda Umno di mana dia menghunus keris untuk mengugut orang-orang Cina di kampung Baru. Saya hanya mengulangi apa yang dia kata," ujarnya ketika dihubungi Suara Keadilan.

Semalam tiga wakil kaum utama di Selangor, membuat laporan polis ke atas Ahli Parlimen Bukit Gantang itu kerana mendakwa beliau menyampaikan ceramah politik berbaur hasutan di Hulu Selangor.

Laporan polis itu dibuat oleh Pengerusi Majlis Belia Daerah Hulu Selangor Zulkarnain Abu Hanit, Pengerusi Majlis Belia India Malaysia Sg Pelek, M Ramesh dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan Kg Baru Seri Dengkil, Chan Meng Foh di Ibu pejabat Polis Shah Alam.

(Suara Keadilan)

" Ya Allah berilah Hidayat, Hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda. Bantulah baginda. Begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya Allah selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya Allah bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "

5 comments:

adf55650 said...

Sekarang Nizar kene buktikan bahawa Najib ada berkata demikian. Jika dia tidak dapat membuktikan, maka kenyataan mengenai ucapan itu adalah FITNAH semata-mata.

Cuma ada satu alternatif lagi. Nizar kene buktikan bahawa ketika membuat ucapan itu, dia sedang mabuk arak.

Guna_Akal said...

sejak bila pulak yang dituduh kena buktikan? yang menuduh la yang kena buktikan tuduhan dia...

apa punya bongok UMNO/APCO la ko nih...

dlines said...

dasarmanusia tidak dapat membezakan yang baik dan bathil.

adf55650 said...

Dia yang cakap Najib berkata begitu. Buktikan lah. Kalau tak dpt bukti, bermakna FITNAH -- rukun PAS.

Semua org tau PAS sentiasa BATHIL

Anonymous said...

adf55650 said...
Semua org tau PAS sentiasa BATHIL
SO
UMCO plak apo..JAHIL...
Jgn mare ha............

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA