Dalam pusingan terakhir kempen, Pakatan Rakyat menumpukan jenteranya ke kawasan Melayu-Melanau dan Iban di pedalaman, manakala BN kembali tertumpu ke kawasan bandar untuk meraih sokongan masyarakat Cina.
Dalam pilihanraya umum 2008, calon BN sekadar meraih 37 peratus undi masyarakat Cina, namun memperoleh 80 peratus undi di kawasan Iban dan di kawasan Melayu-Melanau.
Meskipun tinjauan mendapati sokongan keseluruhannya kepada calon DAP meningkat kepada 49 peratus, namun Pakatan Rakyat memerlukan peratusan keluar mengundi yang tinggi untuk menang.
Sejumlah 29, 195 undi bakal menjadi milik mana-mana calon yang berjaya mengemblengkan 80 peratus undi masyarakat Cina, namun ia sukar dicapai melihatkan hanya 67.77 peratus pengundi Sibu yang mengundi dalam PRU12 lalu.
Pakatan Rakyat turut menghadapi kesulitan untuk menerobos kampung Melayu-Melanau dan rumah panjang Iban yang telah dipagari lambakan hadiah dan sepanduk pro-BN.
Realiti ini dapat dilihat dalam pusingan terakhir Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim malam semalam. Sokongan amat memberangsangkan dapat dilihat dari masyarakat Cina Taman Rejang, namun pengundi di kawasan Melayu-Melanau di Nangka masih menunjukkan sikap berhati-hati.
Ceramah Anwar di Nangka berjaya mengumpulkan 300 penduduk tempatan, walaupun di kawasan yang terkenal sebagai penyokong tegar Ketua Menteri Abdul Taib Mahmud.
Berlatar-belakangkan wajah pejuang nasionalis Rosli Dhobi, kata keramat 'Berani BerubahTolak Penjajahan BN' menyimpulkan mesej yang dibawa Pakatan Rakyat.
Ketegangan berlaku sebaik sahaja ceramah Anwar Ibrahim di Nangka tamat, apabila sekumpulan individu melaungkan 1Malaysia dan mula berbalah dengan jentera Pakatan Rakyat. Polis terpaksa campurtangan bagi mengekang kekecohan ini, yang menimbulkan rasa takut di kalangan penduduk Nangka.
Ketua Pembangkang kemudiannya meneruskan kempen ke Taman Rejang. Kehadirannya dinantikan lebih 3,000 pengundi menjadikannya perhimpunan rakyat yang terbesar setakat ini sepanjang kempen pilihanraya Sibu.
Momentum yang ditunjukkan Pakatan Rakyat sepanjang kempen PRK Sibu memaksa Perdana Menteri Najib Abdul Razak untuk turun buat kali ketiga, bersama rombongan dari pelbagai kementerian.
Pakatan Rakyat bagaimanapun yakin dengan sokongan masyarakat bandar Sibu, dan mengalihkan tumpuan ke kawasan pedalaman.
Ketua Ahli Parlimen DAP Lim Kit Siang mendakwa BN mendirikan sekatan di rumah-rumah panjang bagi menghalang perayu undi Pakatan Rakyat. Ahli Parlimen Rasah Anthony Loke turut mendakwa semua bot laju di Sibu telah disewa hari ini, bagi mengangkut wang ringgit ke penempatan Iban.
Kempen berterusan Pakatan Rakyat di kawasan Iban membimbangkan Perdana Menteri Najib Abdul Razak kerana dalam PRU12 lalu, BN sekadar memperoleh kira-kira 698 majoriti sebenar, dengan tambahan 2,537 undi pos.
Walaupun sokongan masyarakat Iban kepada BN dalam PRU12 lalu pada takat 80 peratus, namun peralihan 1 peratus undi Iban sudah memadai untuk mengalihkan 100 undi dari majoriti BN.
Jika isu perampasan tanah dan larangan penggunaan kalimah Allah memberi kesan kepada majoriti penganut Kristian Iban, tidak mengejutkan kemenangan BN dalam PRK Sibu sekadar mengharapkan ehsan undi polis dan tentera semata-mata.
(TVS)
" Ya Allah berilah Hidayat, Hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda. Bantulah baginda. Begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya Allah selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya Allah bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "
No comments:
Post a Comment