
PR membuat kejutan pada PRU-12 dengan kejayaan menjatuhkan kerajaan BN di 4 buah negeri & mengekalkan kerajaan Negeri Kelantan.Jadi 5 buah negeri sekarang berada dibawah pemerintahan PR.Biasanya bila Pilihanraya selesai maka suasana kehangatannya semakin berkurangan.Tapi bila selepas PRU-12,suasananya bertambah hangat Macam2 cerita yg kita dengar.Tapi yang paling penting sekali,kerajaan BN sudah mula gelabah.PR berjaya menafikan majoriti 2/3 yang selama ini begitu sukar untuk kita lakukan.Ada cerita yang mengatakan ada MP BN yang akan menyeberang untuk menyertai PR. Selepas tamatnya tempoh EDAH DSAI,x lama selepas itu beliau telah mengambil tanggungjawab dengan menyertai PRK Permatang Pauh.Dengan izin Allah beliau telah memenangi kerusi yang sebelumnya dipegang sementara oleh isteri beliau iaitu DSWA walaupun bermacam cara telah digunakan oleh pihak musuh untuk mengalahkannya.Majoriti RAKYAT begitu mengharapkan perubahan berlaku dalam masa terdekat.Ini akibat daripada kenyataan dari DSAI & pemimpin PR sendiri.Mereka telah memberi tarikh yang tepat untuk megambil-alih tampok pemerintahan dari BN iaitu pada 16sept.Tapi yang malangnya apa yang dirancang itu tak menjadi.Mahu tak mahu DSAI & pemimpin PR terpaksa menerima segala tomohan yang dilemparkan dari pelbagai pihak.
No comments:
Post a Comment