
Musa juga dilihat telah gagal membendung kadar jenayah yang nampaknya semakin meningkat. Watak Musa mula 'terserlah' setelah bermulanya 'misi' bagi menghumban DSAI ke dalam penjara. Beliau tanpa segan-silu telah memikul tilam berulang-alik ke mahkamah sehinggalah selesai 'misi' berkenaan.
Setelah beliau dilihat berjaya dalam 'misi' ini, beliau telah mendapat 'ganjaran' dengan dilantik sebagai KPN. Penyambungan kontrak ini juga mungkin kerana khidmat beliau masih diperlukan lagi bagi menjayakan 'misi ke-2' dengan tujuan yang sama. Tapi nampaknya misi kali ini tak semudah yang sebelumnya.
Pengalaman yang lalu telah mematangkan mangsanya (DSAI) dan juga rakyat. Buktinya, UBN sedang menuju kehancuran.... Mungkin ada baiknya juga kontrak beliau disambung. Ini kerana rakyat akan dapat melihat beliau dan puak-puak yang melantik beliau dahulu karam bersama-sama bahtera UBN.....
No comments:
Post a Comment