
Samy buat masa ini, cuba menggambarkan Subra berada dipihak yang salah. Subralah yang akan menjahanamkan parti. Penyokong Subra dikatakannya samseng. Selepas ini tak tahulah apa yang akan dilakukan oleh Samy terhadap Subra.
Ideologi Samy dan Tun Dr Mahathir (TDM) adalah sama. TDM pernah mengeluarkan kenyataan yang sama dengan Samy. Ahli-ahli diasuh supaya jangan melawan presiden parti, sentiasa mengangguk. Cuba kita imbas kembali adegan semasa TDM membuat pengumuman mengejut untuk melepaskan jawatan beliau. Sampai ada yang menangis tidak mahu TDM berbuat demikian.
Berbeza antara keduanya buat masa ini ialah, TDM lebih zalim dalam menyerang individu yang dirasakan boleh menggugat kedudukan beliau berbanding Samy. Ini berpandu dengan apa yang telah dilakukan terhadap DSAI.
Samy sebelum ini pernah mengeluarakan kenyataan yang menunjukkan kemarahan beliau terhadap TDM ekoran daripada kenyataan TDM yang menyarankan agar beliau melepaskan. Kesimpulannya, semuanya ini menunjukkan bahawa BN dalam proses untuk diturunkan oleh rakyat dan diganti kepada PR.
No comments:
Post a Comment