
Dakwaan Shahrizat itu tidak berasas selain menunjukkan ketakutan UMNO bahawa

Beliau berkata, "Kenyataan Shahrizat bahawa DAP tidak pernah memperjuangkan hak dan kepentingan orang Melayu adalah tidak benar sebaliknya parti itu turut mengutamakan kepentingan kaum lain. DAP juga tidak anti – Islam dan tidak anti – Melayu malah mempertahankan dan melindungi semua kaum dan agama.
"DAP juga menjamin hak-hak orang Melayu dan Islam malah turut menggalakkan lagi syiar Islam. Contohnya, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng telah menyampaikan sumbangan ikhlas daripada prinsip Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT).
"Antaranya ialah pengiktirafan tinggi kepada pelajar-pelajar Melayu cemerlang, termasuk untuk penghafal Quran atau Huffaz dan peruntukan RM1.5 juta setiap tahun kepada sekolah-sekolah agama rakyat,".
Katanya lagi, Shahrizat harus menghormati hak asasi rakyat Malaysia untuk memilih mana-mana pertubuhan politik dan berhenti daripada bermain dengan isu perkauman yang boleh mencetuskan syak wasangka antara rakyat. DAP bersedia menghulurkan salam persahabatan untuk membantu Shahrizat dalam menangani mana-mana isu yang melibatkan kezaliman dan ketidakadilan terhadap wanita, keluarga dan masyarakat.
sumber: Sinar Harian
No comments:
Post a Comment