Pemimpin-pemimpin UMNO masih tidak berputus asa nampaknya dalam mencari
'kuasa' bagi

menyambung hayat parti mereka yang
semakin hari semakin tenat. Kali ini Najib telah mengeluarkan kenyataan bahawa
UMNO sedia berbincang dengan PAS atas dasar kepentingan Umat Islam di negara ini semasa beliau berucap dalam majlis ramah mesra dan berbuka puasa bersama rakyat di MRSM Kuala Krai semalam.
Bagi membalas kenyataan Najib ini, TGNA mengatakan bahawa isu ini merupakan isu lama dan

tidak perlu dibangkitkan lagi. Selagi UMNO masih dengan dasar yang ada sekarang,
PAS tetap dengan prinsip tidak akan bersetuju mengadakan sebarang rundingan dengan UMNO. Sekiranya UMNO benar-benar ingin menjaga Islam, lebih baik mereka terus bertindak menukar dasar partinya supaya keikhlasan itu terbukti pada seluruh rakyat.
No comments:
Post a Comment