" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

12 September 2009

Komponen BN Sama Saja Dengan UMNO

Mana-mana parti politik bila ada saja pemilihan, suasana menjadi bertambah hangat. Sekarang merupakan musim pemilihan parti MIC yang semua sudah maklum perebutan jawatan timbalan Presiden telah menjadi semakin panas.

Terbaru, Presiden MIC, Datuk S Samy Vellu membidas bekas PM, Tun Dr Mahathir (TDM) dan menyelar akhbar Utusan Malaysia (Meloya) milik UMNO kerana mencampuri pemilihan parti itu. Suasana ini janggal bagi saya kerana setahu saya Che Det adalah 'sifu' kepada Samy.

Yang lebih menarik, Samy telah perlekehkan sifunya itu dengan mengatakan beliau hanya mempunyai seorang timbalan selama 25 tahun, tetapi TDM mempunyai 4 timbalan selama 22 tahun memegang jawatan. Apa yang berlaku kepada Tun Musa Hitam, Tun Ghafar Baba dan Anwar Ibrahim... orang yang amat dipujinya?

Dalam parti MCA, semenjak daripada pemecatan Timbalan Presiden iaitu Datuk Seri Dr Chua Soi Lek ianya dilihat tak ubah seperti UMNO. Tidak salah sekiranya ada yang berpendapat UMNOlah yang berkuasa menentukan apa yang patut dilakukan (membuat percaturan) dalam 2 parti utama BN ini.

Permulaan serangan politik terhadap bekas timbalan presiden MCA itu ialah beliau didapati terlibat dengan video seks seingat saya setahun sudah berlalu, yang telah tersebar dengan meluas dalam negara kita. Cumanya, baru sekarang ianya betul-betul dipergunakan.

Terbaru, penyokong Datuk Seri Dr Chua Soi Lek secara rasmi telah merayu supaya diadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM) bagi mengembalikan semula kedudukan beliau dan membuat usul undi tidak percaya terhadap presiden Datuk Seri Ong Tee Keat. Majlis Presiden yang memecat Dr Chua berhubung skandal seks itu juga bermesyuarat selama 6 jam dan sebulat suara telah bersetuju untuk mengadakan hanya satu EGM pula.

Dr Chua memberitahu bahawa beliau mendapat sokongan 1,200 anggota perwakilan. Kumpulan penyokong Dr Chua yang diketuai oleh Datuk Tan Chai Ho mengemukakan senarai 921 tanda tangan kepada setiausaha agung parti Datuk Wong Foon Meng, dengan agenda untuk membatalkan pemecatan Dr Chua pada 26 Ogos lalu.

Dalam pada itu, Dr Chua telah memberi amaran kepada Presiden MCA iaitu Datuk Seri Ong Tee Keat yang sekarang telah menjadi semakin glamour, bahawa beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Ong sekiranya Ong terus mendakwa bahawa beliau akan menubuhkan parti baru. Dr Chua menambah, beliau tidak mahu Ong menghabiskan masa persaraannya di mahkamah kerana Ong sudah pun berdepan dengan banyak kes-kes mahkamah.

Jadi, MIC dan MCA sama saja dengan UMNO, termasuklah cara bepolitik mahupun status sokongan rakyat yang semakin menjunam.....

No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA