Terbaru, The Malaysian Insider melaporkan bahawa ada seorang Exco kerajaan negeri Terengganu yang dikatakan sudah tidak sabar lagi dengan apa yang berlaku dalam kerajaan negeri Terengganu pimpinan Ahmad Said. Beliau dikatakan mengugut akan meletakkan jawatan tidak lama lagi jika keadaan yang ada sekarang terus berkekalan.
Bermula daripada tindakan Istana yang telah melantik Ahmad Said sebagai MB Terengganu selepas PRU-12 lalu dengan menolak Idris Jusoh walaupun nama beliau dikemukakan oleh UMNO sebagai bakal MB, UMNO Terengganu telah mula 'bergolak'.
Kumpulan Pro-Idris tidak boleh menerima keputusan Istana itu. Akibat daripada itu, mereka telah kehilangan segala-galanya bukan sahaja jawatan bahkan juga projek-projek kerajaan negeri. Mereka bukan sahaja terpaksa 'berentap' dengan kumpulan Ahmad Said sahaja, tetapi juga dengan kumpulan yang berselindung dibelakang Istana.
Akibat daripada tindakan Istana itu, maka terjadilah peristiwa dimana kumpulan Pro-Idris telah

Ada juga yang mendakwa, Ahmad Said bukan lagi MB Terengganu yang sebenar tetapi pihak yang mengambil kesempatan dengan apa yang berlaku terhadap beliau. Ekoran itu, peluang perniagaan dan projek untuk kumpulan Pro-Idris semakin tipis bahkan hilang terus. Ini menyebabkan mereka terpaksa mencari jalan lain. Jalannya adalah bekerjasama dengan PAS dan membentuk 'kerajaan baru' kerana PAS juga mempunyai hubungan baik dengan istana Terengganu.
Seorang demi seorang mengaku dan meluahkan perasaan tidak senang mereka secara terbuka kepada media. Baru-baru ini, ADUN Hulu Besut, Nawi Mohamad mengaku ada rundingan dibuat yang melibatkan beberapa Adun mengenai cadangan untuk melompat parti. Beliau sebagaimana yang dilaporkan oleh sebuah laman web berkata, cakap-cakap mengenai tindakan untuk meninggalkan UMNO bermula sejak 2 bulan yang lalu.
Tanpa menamakan individu-individu yang dimaksudkan, beliau (Nawi) mengatakan ianya bermula daripada cadangan, ada yang datang daripada PKR dan ada daripada individu. Pertemuan seumpama itu juga diadakan secara tidak rasmi di antara beliau sendiri dan beberapa lagi Adun UMNO negeri itu. Beliau juga telah mengesahkan laporan The Malaysian Insider sebelum ini yang diantaranya mengatakan bahawa terdapat 9 Adun UMNO Terengganu yang tidak berpuas hati dan tidak lagi menyokong MB sekarang ini.
1 comment:
Geng yang nak lompat ni bukannya suci murnipun. Jadi, baikle Mat Said bubarkan je DUN Trengganu. Biar rakyat tentukan sape sebenornya yang deme ndak. Mat Said takut ape? Takut kalah ke? What choice do you have? Kalau 9 ADUN ameno jadi bebaspun mu dah hilang majoriti. Itule sebaik2 penyelesaian.
Post a Comment