" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

04 September 2009

PRK Menjelma Lagi!

Nampaknya negara akan menyaksikan satu lagi PRK apabila ADUN Bagan Pinang, Negeri Sembilan, Azman Mohd Noor meninggal dunia sebentar tadi. Ini sudah masuk kali yang ke-9 PRK diadakan selepas PRU-12 lalu. Beliau meninggal dunia kerana serangan sakit jantung pada jam 2.30 petang tadi di Pusat Pakar Seremban.

DUN Bagan Pinang terletak di dalam kawasan Parlimen P132 Telok Kemang. UBN tidak dapat mengelak daripada ketentuan Ilahi. Mereka baru berjaya 'selesaikan' isu di DUN Kota Siputeh, Kedah. Pada PRU-12, Allahyarham telah memenangi kerusi tersebut dengan menewaskan Ramli Ismail dari PAS dengan majoriti 2,333 undi. Beliau memperolehi 6,430 undi manakala Ramli pula 4,097 undi. Kawasan tersebut mempunyai komposisi 66% pengundi Melayu, 19.9% India, 10.5% Cina dan 3.5% lain-lain kaum.

No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA