
"Tapi apa yang penting kita adalah rakyat Malaysia.Oleh sebab itu kita mesti mengetahui bagaimana penubuhan dan sejarahnya oleh itu kita harus mengetahui bagaimana kita harus meneruskan pembangunan ini,kita mengetahui bahawa Selangor negeri maju atas usaha pembangunan yang dibuat oleh rakyat negeri Selangor dan Negara Malaysia," beliau berkata demikian pada majlis sambutan Hari Malaysia, di Dewan Jubli Perak, Shah Alam, pagi tadi.
Sambutan Hari Malaysia ini adalah pertama kalinya dibuat dan dianjurkan oleh Pejabat Menteri Besar Selangor. Menurut Khalid lagi,beliau sudah membuktikan bahawa bukan saja negeri Selangor maju dalam pelbagai faktor malah rakyatnya hidup mewah dan makmur dibawah pentadbiranya kini. Khalid turut menjadikan negeri Selangor sebagai contoh kepada negeri-negeri lain dalam mencapai keseimbangan dan kejayaan pembangunanya.
"Bagaimana di Selangor menterjemahkan “Malaysia Berjaya , Rakyat Mewah” adalah melalui konsep Merakyatkan Ekonomi Selangor.MES memberi jalan kepada kita bahawa apabila negeri Selangor maju dan secara automatik rakyatnya mewah .Dan rakan-rakan kita daripada Sabah dan Sarawak ingin bersama-sama dengan kita supaya kejayaan itu dapat diteruskan ke seluruh Malaysia," ujarnya lagi.
Turut hadir dalam majlis pagi ini adalah Tuan Speaker Negeri Selangor, Teng Chang Kim, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Ramli Mahmud, Bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Sabah, Datuk Dr. Jefry Kitingan, Pemimpin Masyarakat Sarawak, Tuan Baru Bian dan Ahli-ahli Exco Kerajaan Negeri Selangor.
Justeru sempena meraikan Hari Malaysia ini, diharap seluruh rakyat Malaysia bergerak kearah sebuah Negara Malaysia yang di pimpin oleh barisan pemimpin yang telus, jujur dan adil demi kesejahteraan dan keharmonian rakyat Malaysia keseluruhanya.
(TVS)
No comments:
Post a Comment