" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

10 September 2009

TBH: Coretan Inkues Pada 10/9

SPRM kalah di Mahkamah Tinggi

Semalam, peguam yang menwakili SPRM dengan kadar segera telah memfailkan surat permohonan kepada Mahkamah Tinggi untuk menyemak keputusan koroner semalam yang memutuskan bahawa laporan polis oleh Sivanesan bertarikh 11 Sept tahun lepas yang mendakwa beliau didera oleh sekumpulan pegawai SPRM, adalah relevan dalam membantu inkues untuk menentukan punca kematian mendiang TBH.

Koroner juga membenarkan Sivanesan untuk memberi keterangan dalam prosiding itu dan menerima laporan polis bersama dengan gambar kesan kecederaan yang didakwa oleh saksi itu. Pihak SPRM memohon supaya Mahkamah Tinggi memadamkan semua keterangan Sivanesan itu. Namun, keputusan Mahkamah Tinggi hari ini tidak memihak kepada mereka.

Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini memutuskan bahawa koroner tidak melakukan sebarang kesilapan, khilaf atau perkara yang tidak betul dalam membenarkan saksi, Sivanesan memberi keterangan dalam prosiding inkues siasatan kematian TBH.

Pesuruhjaya Kehakiman Datin Yeoh Wee Siam mengatakan bahawa, permohonan untuk menangguhkan prosiding inkues tidak dibenarkan dan beliau memerintahkan supaya inkues diteruskan. Pesuruhjaya Kehakiman itu juga mengatakan bahawa beliau mempunyai pengetahuan secukupnya dalam kes ini setelah membaca kesemua rekod prosiding inkues dan surat permohonan daripada SPRM, oleh itu semua pihak hendaklah berhujah secara ringkas supaya beliau dapat memberi keputusan hari ini juga.

Sebelum ini, peguam yang mewakili keluarga mendiang TBH iaitu Karpal Singh dan Gobind Singh Deo telah membantah permohonan semakan SPRM itu atas alasan ia tidak dibuat secara rasmi kepada mahkamah tetapi bantahan itu kemudian ditolak.

No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA