
Dalam saman ini beliau menuntut ganti rugi teladan, ganti rugi keterlaluan dan perintah injuksi untuk menghalang Musa dan Abdul Gani atau ejen mereka daripada mengulangi penerbitan kenyataan berunsur fitnah terhadapnya.
Menurut Manoharan, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail menggunakan akhbar-akhbar terbabit untuk melemparkan tomahan-tomahan palsu terhadapnya iaitu mengatakan beliau seorang pengganas yang ada hubungan dengan LTTE.
Manoharan mengatakan ini merupakan kali pertama beliau memfailkan tuntutan saman berhubung kes penahanannya dalam ISA baru-baru ini. Akibat mereka tidak suka atas perjuangan beliau, mereka mengenakan fitnah supaya mereka boleh menggunakan fitnah ini untuk menahannya di bawah ISA. Fitnah ini semata-mata diada-adakan oleh Ketua Polis Negara dan Peguam Negara.
Nmapaknya kerajaan Malysia terpaksa berhadapan dengan lebih banyak saman lagi akibat daripada kerakusan mereka menggunakan kuasa. Sebelum ini, dalam saman terhadap mereka, keputusannya Kerajaan Malaysia, Peguam Negara, Ketua Polis Negara dan akhbar-akhbar tunggangan mereka telah didapati bersalah dan terpaksa membayar berjuta-juta ringgit !!
No comments:
Post a Comment