
Terbaru, beliau telah mempertikaikan perjalanan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Dewan Undangan Negeri Selangor (Selcat) yang kini menyiasat dakwaan salah guna peruntukan kerajaan negeri walaupun beliau sendiri merupakan anggota eksekutif yang turut terlibat dalam penubuhan Selcat.
Jadi, cerita yang mengatakan beliau terlibat dalam 'pakatan' dengan beberapa ADUN BN disana bagi 'menjatuhkan' kerajaan PR Selangor mungkin ada kebenarannya. Tidak salah dengan wujudnya pendapat agar Hasan meninggalkan PR jika beliau tidak lagi mampu bekerjasama dengan lain-lain wakil rakyat dalam PR.
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, Wakil Rakyat PAS dan penyokong sepatutnya boleh membuat penilaian terhadap tindakan Hasan yang sentiasa bertentangan dengan dasar kerajaan PR Selangor sehingga menimbulkan tanggapan bahawa kerajaan PR di Selangor lemah dan rapuh.
Sebelum ini Hasan sudah dinasihatkan oleh pucuk pimpinan tertinggi PAS supaya mengelak daripada membuat kenyataan yang bertentangan dengan dasar kerajaan PR ekoran daripada kontroversi yang dibuat oleh beliau berhubung dengan isu arak.
1 comment:
Hassan Ali adalah seorang yang berpendidikan tinggi dan tindakan-tindakan beliau mutakhir ini seolah-olah cuba memecahbelahkan barisan kerajaan selangor merisaukan banyak pihak.
Menilai pendidikan dan komitmennya memperjuangkan Islam, aku berpendapat beliau tidak akan bertindakan seperti sekarang jika tidak mendapat restu atau arahan dari pihak yang lebih atas.
Untuk melihat samada andaian aku ini betul atau tidak, kita perlu perhatikan apakah tindakan atau ulasan presiden PAS dalam kes ini. Logiknya, beliau sepatutunya mengambil tindakan tegas terhadap hassan ali demi perjuangan yang lebih besar.
Tindakan Presiden PAS akan memberi gambaran yang lebih jelas tentang tindakan hassan ali mutakhir ini dan memberi gambaran samada Haji Hadi bertindakan sebagai Presiden PAS atau sebagai ahli kumpulan pro UMNO didalam PAS.
Jika Haji Hadi berdiam diri, kita tahulah agenda mana yang sedang haji Hadi perjuangankan: agenda PAS kah atau agenda UMNO!
Aku berpendapat, majlis pucuk pimpinan tertinggi Pakatan rakyat yang dibarisi oleh pemimpin-pemimpin utama PAS,DAP dan PKR perlu bersidang segera membincangkan isu ini.
Presiden PAS perlu diminta menjelaskan apa tindakan yang akan diambil oleh pucuk pimpinan PAS dalam isu ini dan apakah tindakan specific yang akan dikenakan kepada hassan ali.
Jika presiden PAS cuba membela hassan ali, beliau serharusnya ditekan untuk menyatakan pendirian menyokong hassan ali itu adakah dasar PAS atau pendirian beliau yang mewakili kumpulan pro UMNO didalam PAS.
Juga Presiden PAS perlu diberi amaran untuk mengawal tindakan-tindakan ahli-ahli PAS dimasa-masa hadapan jika bertindakan seperti hassan ali.
Dalam hal ini, pujian harus diberikan kepada PKR kerana telah memberi amaran keras kepada ahli-ahlinya jika bertanding menjadi calon bebas didalam PRK Bagan Pibnang nanti.
bat8
Post a Comment