" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

25 November 2010

Mahathir Dinasihat Taubat Nasuha

Punca Sebenar Perpecahan, Kemunduran Melayu

Pengerusi Biro Pemahaman Dan Pemantapan Agama (BIPPA) Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Dr Muhammad Nur Manuty menasihatkan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad melakukan taubat nasuha kerana menjadi punca sebenar perpecahan bahkan kemunduran masyarakat Melayu selama 23 tahun mentadbir negara.

Menurut Dr Muhammad malah sejak mutakhii ini Dr Mahathir dilihat menjadi penyebab maraknya api perkauman dikalangan masyarakat berbilang kaum di Malaysia.

"Pada usia senja adalah lebih baik untuk mantan Perdana Menteri banyak melakukan ibadah khusus kepada Allah SWT sebagai persiapan menemuiNya walaupun penentuan umur adalah di tangan Allah SWT.

"Beliau bertanggungjawab memecat dan mengaibkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, mantan Timbalan Perdana Menteri dengan dakwaan fitnah liwat yang ternyata tidak benar. Beliau mengaibkan Datuk Seri Anwar dan keluarga di khalayak ramai.

"Perbuatan mantan Perdana Menteri mengaibkan Datuk Seri Anwar dan seisi keluarga adalah sangat bertentangan dengan prinsip dan hukum agama dan tindakan tersebut bertentangan denga norma dan tatasusila masyarakat bertamadun.

"Justeru, Datuk Seri Anwar mempunyai hak di sisi syariat Islam mempertahankan maruah diri dan keluarga daripada fitnah. Kiranya tindakan Datuk Seri Anwar mempertahankan maruah diri menimbulkan perpecahan, maka perpecahan itu adalah hasil daripada pertembungan antara hak dan batil.

Demikian penegasan dari sepotong ayat dalam al-Qur’an: 'Dan katakanlah: Yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap. Sesungguhnya yang batil itu adalah suatu yang pasti lenyap (al-Isra’: 81)," kata beliau dalam satu kenyatan semalam.

Dr Muhammad juga menjelaskan mantan Perdana Menteri itu juga bertanggunjawab merobek unsur-unsur kekuatan bangsa Melayu dari segi bahasa, agama, pendidikan sekolah agama rakyat, kedudukan Raja-Raja Melayu, kedudukan ekonomi orang Melayu dan melakukan pindaan persempadanan kawasan pilihan raya majoriti pengundi Melayu sehingga menjejaskan keutuhan politik melayu

Tambah beliau sudah menjadi satu kebiasaan mantan Perdana Menteri meletakkan setiap beban kesilapan dan ketelanjurannya di atas bahu orang lain tetapi sebenarnya isu perpecahan masyarakat Melayu dan rakyat Malaysia adalah berpunca daripada beliau sendiri.

"Parti yang didakwa kecil oleh Tun Dr Mahathir Mohamad pada hakikatnya adalah sebuah parti yang lahir pada tahun 1999 dari gejolak kemarahan rakyat kerana kezaliman beliau dan terus mendapat dokongan rakyat pelbagai kaum di Malaysia.

"Alhamdulillah, parti ini pengaruhnya semakin meluas dan bertakhta di hati rakyat serta berpotensi besar, insyaallah, mengambil alih pemerintahan negara. Inilah yang digeruni oleh Tun Dr Mahathir yang menjadikan beliau sentiasa berada dalam resah dan gelisah.

"Sewajarnya mantan Perdana Menteri berlapang dada menerima penentuan rakyat dalam merayakan amalan demokrasi," ujar bekas Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) itu lagi.

Kata Dr Muhammad seandainya Anwar rendah kualiti diri dan kepimpinan dalam mata pandangan Dr Mahathir, mengapa tokoh politik itu masih terus mendapat sambutan dan sanjungan rakyat di negara ini walaupun dicerca saban hari dan waktu oleh pelbagai pihak menerusi pelbagai media.

Anwar juga terus diterima dan dihormati sebagai seorang tokoh pemimpin berwibawa oleh sebahagian besar pemimpin dunia, para ulama tersohor, para ilmuan Muslim dan bukan Muslim di peringkat antarabangsa.

(Suara Keadilan)

" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "

3 comments:

KAPAKTAJAM said...

KAPAK ingin menasihatkan Muniaty agar beliau juga bertaubat kerana bersama2 mewajarkan perbuatan liwat anwar. Ini kerana dalam keadaan apa pun Muniaty ini masih kuat terpengaruh dgn anwar kerana fahaman abimnya.

Sudah lar wahai muniaty bajingan hang yg pi mampueh dan bertaubat

Anonymous said...

Mahathir, hebat menipu orang Melayu...

Dah letih dengan orang tua ini. Menghasut tak habis2...

Sedarlah diri, Mahathir ooii... (rumah kata pergi kubur kata mari)

Teringat buku Shit tulisan Shannon Ahmad...

Anonymous said...

Saya ingin menasihat semua orang agar tidak menjual ugama saudara-saudara sekelian demi politik. Jika ada sesiapa yang menipu, sila tunjukkan bukti dengan jelas, tak perlu mencarut kerana Islam menyuruh kita menegur dengan baik. Contohnya jika BN menipu bahawa DAP menolak hudud, buktikan dengan menunjukkan laman DAP yang menyokong hudud.
http://www.malaysia-chronicle.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=92142:say-again?-dap-wont-be-forced-to-accept-hudud-hadi&Itemid=2

http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/hudud-is-pass-agenda-not-pakatans-says-mustafa

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA