" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

19 November 2010

Kerja Bodoh Makin Terserlah, Zaid Tubuh Parti Baru

Seperti yang dijangka, Bekas Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan , Datuk Zaid Ibrahim akan menubuhkan parti baru yang beliau dakwa adalah lebih demokratik.

Walaupun sebelum ini mendakwa beliau tidak akan menubuhkan parti baru, selagi tidak dipecat oleh PKR, Zaid mengulangi amalan dengan mengubah fikirannya sekali lagi.

Namun yang menghairankan, ialah beliau menunda tarikh keluar daripada PKR kepada 16 Disember tanpa memberi sebab yang munasabah.


Pada sidang akhbar di rumahnya pagi tadi, Zaid sekali lagi meluangkan sebahagian besar daripada masanya untuk mencanang dirinya sebagai pemimpin yang kononnya jauh lebih baik daripada Ketua umum Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau meremehkan rekod Anwar dalam kerajaan dan juga sebagai ketua pembangkang yang membantu mengemudi pakatan rakyat untuk menafikan BN majoriti dua pertiga di parlimen dan berkuasa di lima negeri.

"Ramai orang menganggap Anwar sebagai reformer hebat penyelamat, masa depan, saya tak anggap begitu,

" Apa yang Anwar perjuangkan dulu? Kalau lihat perjuangannya, faktor pembantu ialah kes mata lebam. Dia disabitkan kesalahan kerana korupsi dan penyalahgunaan kuasa, semasa dia jadi Menteri apa yang dilakukannya?,"katanya.

Zaid sebaliknya mengangkat diri beliau sebagai wira yang teruji apabila beliau bersama Umno, malah memberi gambaran bahawa seolah-olah PKR dan pakatan rakyat terlepas peluang keemasan untuk menerima jasa khidmat beliau.

Anwar semalam meramalkan Zaid akan menubuhkan parti baru, malah parti itu akan mendapat kelulusan segera daripada Pendaftar Pertubuhan sebagaimana yang berlaku dengan Perkasa dan pertubuhan lain yang seiring dengan politik Umno.

Dalam sidang akhbar di kediaman beliau hari ini, Zaid menzahirkan ramalan Anwar itu.

"saya akan menyediakan diri saya untuk Pilihan Raya akan datang dan jika ada kemampuan dan sokongan, saya akan menubuhkan parti baru."katanya.

"Kalaulah kita gagal tubuhkan parti baru tapi saya rasa susah naki gagal sebab banyak parti kat Malaysia ni"katanya lagi.

Malah Zaid berkata beliau tidak akan keberatan menyokong Umno-Barisan nasional jika bersetuju dengan dasar-dasar yang dibawa mereka.

"Saya berkawan dengan semua. Saya 'issue related' "ujar Zaid.

Semalam stesen televisyen Awani dan sebelum ini akhbar Utusan Malaysia dan New Straits Times memberi ruang luas kepada Zaid untuk membidas Anwar dan PKR.

Utusan sebelum ini pernah melaporkan Zaid sebagai kaki mabuk dan pengkhianat apabila beliau memasuki PKR dan bertanding di Hulu Selangor.

Zaid mendakwa beliau terpaksa keluar dari PKR kerana di serang dengan pelbagai tuduhan oleh pemimpin tertentu dalam parti,

Namun Zaid tidak pula merujuk kepada dakwaan dan tuduhan yang dilemparkan oleh beliau dan konco-konconya terhadap Anwar dan kepimpinan PKR , Ini termasuk serangan-serangan peribadi sebelum dan semasa pemilihan parti.

Zaid meningkatkan kecaman terhadap kepimpinan parti apabila semakin jauh ketinggalan dalam saingan untuk menjadi Timbalan Presiden Parti.

Antara lain beliau dilaporkan memanggil timbalan presiden PKR Syed Husin Ali sebagai nyanyuk dan enggan meminta maaf.

Apabila kempen sedemikian ditolak oleh akar umbi, Zaid menggunakan beberapa aduan dan rungutan mengenai sistem pemilihan parti sebagai alasan untuk menarik keluar daripada pertandingan dan sekali gus keluar parti.

(TVSnews)

" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "

2 comments:

mosabit said...

biarkan dia terjun dengan labu labu nya....

bila tubuh parti baru...terkabullah hasratnya untuk jadi president parti.......

dia ni boleh masuk program raja lawak astro tu.......sekarang pun dia dah memecahkan banyak perut dengan lawaknya....

kah kah kah kah kah kah ....

ketawalah kamu sebelum ketawa diharamkan oleh KERAjaan......

Yong said...

Ingat kes Lina Joy. Ingat Zaid. Itulah Zaid. Adekah beliau sudah insaf?

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA