" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

08 November 2010

Apakah Zaid Sememangnya Begitu, Atau Telah Di Pergunakan?

Pada awalnya saya begitu kagum dengan pimpinan UMNO yang telah melepaskan semua jawatan biar pun beliau tidak bertekad keluar namun di pecat. Pada masaq itu, bekas pimpinan UMNO ini telah di anggap sebagai 'Wira Rakyat Malaysia' kerana ketegasan beliau demi menegakkan keadilan kepada semua. Pemimpin yang di maksudkan ialah Dato' Zaid Ibrahim.

Pemecatan beliau daripada UMNO di buat ekoran dari tindakan beliau yang telah menghadiri kongres Nasional Parti Keadilan Rakyat di Shah Alam. Tidak lama selepas di pecat, beliau telah mengisytiharkan tekad beliau dengan menyertai PKR untuk berjuang bersama-sama rakyat Malaysia demi melakukan perubahan ke arah kebaikan kepada semua secara terang-terangan.

Saya mengatakan secara terang-terangan kerana sebaik sahaja beliau menyertai PKR, beliau telah di lantik sebagai ahli MPP dan yang paling prestijnya beliau juga telah di lantik sebagai Penyelaras Pakatan Rakyat.


Bagi pendapat peribadi saya, pelantikan itu semua menunjukkan bahawa Ketua Umum PKR saudara Anwar Ibrahim mempercayai beliau, ataupun sebagai ganjaran di atas khidmat beliau semasa berada dalam UMNO. Bukan setakat itu, beliau juga telah dipilih sebagai pengerusi perhubungan PKR Wilayah Persekutuan dan juga telah di pilih sebagai Calon PKR semasa berlakunya PRK di Ulu Selangor.

Namun, imej sebagai 'Wira Rakyat Malaysia' hanya sekejap. Mula kedengaran daripada kenyataan - kenyataan beliau tentang ungkapan keadilan dalam PKR hanyalah 'indah kahabar dari rupa'. Sedangkan dalam masa yang sama beliau sendiri telah di lihat 'cakap tak serupa bikin'.

Masih segar dalam ingatan saya ungkapan yang keluar daripada mulut beliau umpamanya saya masuk PKR bukannya mahu mengejar jawatan dalam parti berkenaan. Dalam masa yang sama beliau bertanding jawatan timbalan presiden PKR dan menegaskan sejak mula lagi beliau sangsi dengan proses pemilihan PKR kali ini.

Betapa hebatnya pendirian beliau pada masa itu. Beliau telah mendapat kepercayaan Ketua Umum Parti di atas pelantikan beliau dalam MPP, sebagai Penyelaras Pakatan Rakyat dan juga sebagai calon PKR semasa PRK.

Kebelakangan ini, begitu banyak kenyataan yang kedengaran daripada beliau yang nampak selari dengan barisan UMNO, Perosak, dan mereka yang mempunyai agenda untuk melalaikan umat manusia daripada bercerita mengenai KIAMAT SEMAKIN HAMPIR.

Hari ini beliau telah membuat kejutan besar yang sebenarnya akan memberikan imej negetif kepada beliau sendiri bukannya kepada parti. Beliau berkata dalam blog beliau, iaitu Zaid Untuk Rakyat "saya tawar diri menyertai parti ini atas kepercayaan saya boleh membawa politik progresif bagi memupuk dan memperkembangkan demokrasi dan ketelusan di negara ini. Saya sebenarnya silap,".

Adakah tingkah laku beliau kebelakangan ini adalah dari hati beliau sendiri, ataupun beliau telah di pergunakan oleh pihak yang di maksudkan diatas. Beliau sentiasa di asak dengan cerita-cerita yang berunsur fitnah, dan beliau menerima fitnah berkenaan?

Kalaulah benar beliau di pergunakan, beliau sudah sepatutnya bertindak sedemikian. Beliau sememangnya telah gagal sepanjang tempoh bersama PKR dan tidak sekali-sekali sinonim dengan parti 'istimewa' ini. Makin lama beliau dalam PKR, makin banyak cerita sensasi yang keluar daripada mulut beliau.

2 comments:

Anonymous said...

Sewajarnyalah Zaid menarik diri. Malah, jawatan timbalan itu pun bukan tempat untuk dia. Yang bersusah payah untuk membina kepercayaan rakyat terhadap PKR adalah orang lain, tetapi tiba2 senang2 saja dia nak rebut. Takkan nak buat orang lain macam daun 'karipole' kut. Saya juga masih ingat bahawa dialah juga orangnya yang bermatian2 menentang Hudud dulu di Kelantan. Mentang2lah dia punya syarikat guaman yang besar, hukum tuhan pun dia nak tentang. Elok juga kalau dia keluar terus.

Anonymous said...

betul2..... ramai lg reformis..... rasenye zaid x yah la masuk politik....berjuang??? itu la hakikatnye.... berjuang keadilan .... sape yg dpt duit.... tu pasal la ramai yg kuar PKR. sume money ma.....jolok ckit rm10 pun dah terliur.... baru ckit terus merajuk....u masuk politik ma... x puas hati bantai diorg... srh siasatan dibuat.rileks dulu... x betul gak br resign ma... ini idak 24 hrs letak jawatan.... kt berjuang... kt nak ubah puak PKR... awal2 lu dah surrender..... ye latu berjuang tuk rakyat.... aku tgk dia d wawancara dlm utusan pun dah tau.... mcm zul kulim la... x pernah utusan ngn media kasi can pmbgkang tunjuk muka.... lu sendiri mau igtla......... bak kata pepatah ada udang di cucur udang xpi kenapa xde badak di cucur badak.....ahahahahhaa.....

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA