" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

07 September 2010

TV3 Diingatkan Jaga Sensitiviti Umat Islam

Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) kesal dengan pihak pengurusan stesen televisyen swasta, TV3 yang tidak peka menjaga sensitiviti umat Islam di negara ini dengan menyiarkan iklan Aidilfitri yang memasukkan unsur perayaan Krismas, Hindu dan Buddha.

Ketua DPPP, Nasrudin Hassan At Tantawi dalam memorandum bantahan yang difakskan kepada Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Datuk Seri Ahmad Farid Ridzuan berkata pihaknya memberi peringatan kepada stesen tv itu supaya lebih berhati-hati dan tidak mengulangi kesilapan dan menjaga sensitiviti umat Islam di negara ini.


" Iklan Aidilfitri ala Santa Claus ini dilihat sebagai satu perbuatan menghina agama Islam dan mendidik penonton khasnya kanak-kanak menjadi syirik. Ia sangat mengguris perasaan dan sensitiviti umat Islam terutama apabila ia berlaku di dalam bulan Ramadhan yang berkat ini.

"Iklan tersebut tidak sepatutnya disiarkan langsung kerana mengundang persepsi buruk daripada masyarakat khususnya umat Islam.

"Pihak TV3 seharusnya mempunyai lembaga penapisan atau pemantauan syariah yang ketat agar sesuatu iklan atau filem yang ditayangkan tidak bercanggah dengan syariah atau aqidah umat Islam serta boleh diterima oleh semua pihak," tegas beliau.

Pada masa yang sama, DPPP juga meminta pihak berkuasa seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) dan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan agar dapat meningkatkan pemantauan ke atas penyiaran seperti iklan, drama atau filem agar kandungannya tidak melanggar batas syariah seperti yang berlaku sebelum ini.

(Suara Keadian)

No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA