" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

13 September 2010

Tentera Iran Akan Bersedia Dalam Menghapi Peperangan Ala 11 Sept

gambar PressTV
Angkatan Tentera Darat Iran akan memantapkan lagi pasukan mereka sebagai persedian dalam menghadapi apa yang dinamakan sebagai 'ancaman peperangan dunia - baru ' selepas insiden 11 September (9/11).

Agensi berita Fars melaporkan bahawa Panglima Tentera Darat Iran, Brigadier Jeneral Ahmad - Reza Pourdastan telah mengesahkan bahawa perancangan ini telah diluluskan oleh Ketua Staf Gabungan Angkatan Bersenjata Iran dan telah diserahkan kepada 'Ketua Revolusi Islam' iaitu Ayatollah Seyyed Ali Khamenei untuk semakan terakhir.

Berikutan serangan di WTC dan Pentagon di AS pada 11 September 2001, dunia menyaksikan perubahan dasar yang melibatkan keganasan dan militan. Ketua Agung Iran mengatakan bahawa ungkapan baru, seperti perang menentang ekstremis telah wujud selepas insiden serangan 9/11.

Beliau menegaskan lagi, "Dalam peperangan terdahulu (lama), sebahgian besar adalah perang melawan serantau, sedangkan dalam perang asimetris kini, negara yang memiliki senjata canggih telah mencipta permusuhan terhadap sesuatu bangsa yang tidak memiliki teknologi secanggih mereka ,".

Tegas beliau lagi, tentera Iran mempunyai pemahaman yang tepat tentang order baru dunia  akibat daripada serangan 9/11. Oleh kerana itulah, Iran memutuskan untuk memperkemaskan tentera darat mereka sehingga ke tahap memperkuatkan lagi mekanisma pertahanan nasional.

Dengan demikian, Angkatan Tentera Darat Iran akan ditakrifkan semula, sehingga ianya bersesuaian dengan strategi baru bagi  melawan ancaman sedemikian.

Di terjemah dari: Press TV

No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA