KUALA LUMPUR: Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) menyifatkan kemenangan lima mahasiswa Universiti Malaya (UM) dalam kes ‘Bini Puaka’ sebagai memberi mesej jelas untuk menghentikan tindakan memperbodoh dan menghalang kebebasan para mahasiswa.
Pengerusinya Hilman Idham berkata, "kemenangan ini juga mencatat sejarah buat kelima-lima mahasiswa tersebut yang hampir setahun menanggung berbagai kesulitan dan masalah ekoran disabitkan dengan pertuduhan itu.
"SMM melihat kemenangan ini bukan sahaja kerana lima mahasiswa itu dibebaskan bahkan juga memberikan mesej jelas supaya dihentikan halangan dan kerja-kerja memperbodohkan mahasiswa," katanya yang ditemui di luar perkarangan mahkamah hari ini.
Sementara itu, lebih 100 mahasiswa dari pelbagai institusi pengajian tinggi termasuk Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) hadir untuk menyatakan sokongan.
Mereka berkumpul seawal 8.00 pagi dan turut kelihatan ialah ahli keluarga mahasiswa yang turut menemani mereka.
FMT yang menemui keluarga mahasiswa turut memanjatkan rasa syukur bagi pembebasan anak-anak mereka.
Rasa syukur
"Saya rasa syukur anak saya sudah dibebaskan dan berharap mereka dapat meneruskan pembelajaran dan menjalani kehidupan seperti sedia kala," kata ibu Muhammad Saufi.
Lima mahasiswa UM – Shazni Munir Mohd Ithnin, Muhammad Aizat Roslan, Muhammad Saufi Jelani, Mohd Izzuddin Hilmi Mohd Zaini dan Mohd Syahriuldeen Ahmad Rosli – dituduh melakukan jenayah di bawah Seksyen 427, 436 dan 447 Kanun Keseksaan.
Namun mereka dibebaskan oleh Mahkmah Sesyen untuk ketiga-tiga pertuduhan terbabit.
Hakim Rozana Ali Yusoff memutuskan tiada bukti keraguan (prima facie) yang menunjukkan lima pelajar terbabit dalam kejadian tersebut.
Bagi Seksyen 427, mereka dituduh menyimbah petrol di atas permaidani yang bakal dilalui isteri Perdana Menteri Rosmah Mansor dan menconteng di dewan Akademi Pengajian Islam kira-kira jam 4.00 pagi.
Manakala bagi Seksyen 436, kelima-lima mahasiswa itu dituduh melakukan perbuatan khianat dengan menggunakan api di tempat dan waktu yang sama.
Bagi Seksyen 447 pula, mereka dituduh melakukan pencerobohan jenayah pada tarikh dan masa yang sama.

(FreeMalaysiaToday)
No comments:
Post a Comment