" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

22 September 2010

PKR Terus Menjadi Pilihan 'Perosak'

Apabila kita amati, setibanya musim pemilihan PKR 2010, bermula dari peringkat Cabang sehingga ke Pimpinan Pusat, kewujudan 'perosak' samada ciptaan musuh mahupun mereka sendiri yang menginginkan diri di gelar sebagai 'perosak', mula bertebaran. Bagi mereka, inilah masa yang dinanti-nantikan.

Saya ingin memberi penekanan kepada pemilihan baru peringkat Cabang yang boleh dikatakan lemah angkara tingkahlaku pimpinan yang sebelumnya. Agak mengecewakan, sepatutnya dengan pemilihan yang baru ini akan memberi semangat yang baru demi mempersiapkan parti 'istimewa' ini untuk mengambil alih tampok pemerintahan negara bersama parti PAS, DAP dan lain-lain rakan bila berlakunya PRU-13 nanti.


Namun, pimpinan yang sama walaupun tidak di calonkan, tetap 'mengatur' produk-produk mereka yang bagi saya jelas ianya amat-amat merugikan parti dan yang paling malang impian untuk menarik ahli (dalam istilah sebenar) begitu sukar, sama seperti sebelumnya. Sekiranya pemilihan ini di pertontonkan kepada rakyat, nescaya ianya begitu menghampakan.

Di bawah pula saya sertakan sekali email yang telah dihantar oleh pengirim yang menamakan diri beliau sebagai ariosamigos2pg:-

Gelombang Pengkhianatan Ke-2 di Parti Keadilan Rakyat Cabang Bayan Baru

Tidak seperti pemilihan parti yang lepas, pemilihan parti 2010 merupakan pemilihan terpenting bagi Parti Keadilan Rakyat sebelum Pilihanraya Umum ke-13(PRU 13. Menurut kajian Merdeka Center dan maklumat terkini dalaman Umno, prestasi BN tidak akan bertambah baik jikalau PRU ke 13 diadakan di masa terdekat.

Kemungkinan berlakunya malapetaka pada Umno/BN sangat membimbangkan pucuk pimpinan serta laksamana-laksamana dalam Umno sehinggakan mereka memujuk kepada PM, Dato Seri Najib untuk menangguhkan PRU ke 13 seperti yang dilaporkan dalam Malaysia Insider baru-baru ini.

Berikutan dengan kedudukan Umno/BN yang tercabar, mereka merancang untuk melumpuhkan Parti Keadilan Rakyat menerusi pemilihan parti PKR 2010. Umno/BN berharap rancangan kotor mereka dapat melemahkan pucuk pimpinan serta jentera cabang dengan meletakkan calon-calon tajaan mereka di cabang yang strategik.

Di Cabang Gombak, seorang peniaga buku, Bakar Ninggal dicalonkan untuk melawan YB Azmin Ali yang bakal menjadi orang nombor 2 penting dalam PKR. Sementara itu, di Kuala Selangor, Menteri Besar Selangor, YAB Tan Seri Khalid Ibrahim pula dicabar dalam pertandingan 4 penjuru.

Selain daripada itu, Cabang Bayan Baru merupakan satu-satunya cabang PKR yang memenangi kesemua 3 DUN dan kerusi Parlimen dalam PRU ke-12 juga tidak ketinggalan disusupi oleh agen-agen ditaja oleh bekas Ketua Cabang, Dato Seri Zahrain Mohd Hashim yang kini menjadi Ahli Parlimen Bebas tajaan Umno/BN.

Dalam pencalonan bagi pemilihan cabang Bayan Baru, 2 pasukan atau cai telah dibentuk. Salah satu cai adalah Pasukan Reformis yang diketuai oleh YB Sim Tze Tzin, bekas setiausaha politik DSAI dan rakan-rakan seperjuangan dalam PKR semenjak tubuhnya parti pada tahun 1999.

Di sebelah satu cai lagi, ia diketuai oleh M.Ngnana Segaran, selaku calon ketua cabang, timbalannya Sallehuddin PDK Abdullah, Naib Ketuanya, Swee Tuck Wah. Sementara calon AJK cabang mereka adalah Anuar Ismail serta 7 bekas ahli MIC. Bagi calon ketua AMK, Hazril Hassan serta calon ketua wanita mereka, Safinas Salleh.

M.Ngnana Segaran merupakan bekas ahli Gerakan yang tidak mendapat sokongan daripada ahli-ahli Gerakan dan kemudiannya lompat ke MIC di mana beliau menjadi ketua bahagian MIC Bayan Baru dan Setiausaha MIC Negeri.

Pada PRU 2008, beliau berkempen untuk menjadi calon BN di DUN Prai dan apabila beliau tidak diletakkan sebagai calon dan negeri Pulau Pinang jatuh ketangan PR, beliau telah lompat ke PKR Bayan Baru untuk mencari peluang-peluang yang terbuka samada mendapat jawatan dalam kerajaan negeri atau pun anugerah Dato untuk dirinya disebalik kerajaan negeri yang baru.

Selaku ketua cabang merangkap pengerusi perhubungan negeri Pulau Pinang pada waktu itu, Dato Seri Zahrain telah melantik beliau sebagai salah satu Naib Ketua di Cabang Bayan Baru dan Timbalan Setiausaha Negeri.

Di belakang kesemua calon M.Ngnana Segeran adalah Jamil Mohd Nor dan isterinya, Fauziah Mahadi. Jamil atau lebih dikenali sebagai JJ6 (Jamil Jari 6) di Bayan Baru merupakan proksi kepada Dato Seri Zahrain semenjak daripada zaman mereka berdua didalam UMNO bahagian Tanjung 20 tahun yang lalu.

Sehingga ke hari ini, mereka berdua masih menjadi sahabat jati, malah keabrapan hubungan mereka berdua ditunjukkan oleh isteri JJ6 yang melekatkan sticker 1Malaysia di keretanya.

Menurut sumber dari cabang Bayan Baru, “M.Ngnana Segeran, Anuar Ismail dan JJ6 seringkali bertemu dengan Ismail Ali atau lebih dikenali sebagai Mail Kerang (bekas pengerusi tetap cabang yang telah keluar parti dan sekarang Pegawai Khas Dato Seri Zahrain) di Old Town Café, Bayan Baru. Yang terbaru, mereka dilihat bersama dalam sebulan yang lalu”.

Menurut sumber itu lagi, “Isteri JJ6, Fauziah turut bersama Mail Kerang menganjurkan satu program Buka Puasa dan penyerahan sumbangan kepada fakir miskin di Balai Rakyat Sungai Ara pada 28hb September 2010. Program ini dianjurkan untuk Dato Seri Zahrain dan dihadiri oleh pimpinan Umno bahagian.

Calon-calon tajaan Dato Seri Zahrain akan menguasai cabang Bayan Baru jikalau cai mereka menang kelak dan kemungkinan berlakunya pengkhianatan kedua di Bayan Baru pada PRU ke-13 sangat ketara.

Pimpinan parti sangat risau dengan keadaan ini dan Dato Seri Anwar Ibrahim sendiri semasa merasmikan pejabat baru cabang Bayan Baru menyarankan dengan tegasnya bahawa calon yang menang di pemilihan parti tidak akan secara automatik dipilih sebagai calon untuk PRU ke-13.

Ahli- ahli PKR cabang Bayan Baru yang mengambil berat tentang keadaan di Bayan Baru sebulat suara meminta pimpinan parti serta ahli-ahli akar umbi berwaspada dan tidak membuat pilihan yang akan membawa padah dan mungkin menjejaskan prestasi parti untuk mengekalkan kemenangan kerusi parlimen serta 3 DUN dan seterusnya Misi ke Putrajaya.

Oleh yang demikian, mereka berharap ahli-ahli akan membuat pilihan yang tepat dan tidak memillih musuh-musuh dalam selimut.

No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA