" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

25 September 2010

Ahmadinejad Pertikai Mengenai Tragedi 9/11

Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad mempersoalkan akan kebenaran di sebalik serangan 9/11 namun, ianya tidak bererti Teheran tidak bersimpati kepada korban tragedi berkenaan.

"Tragedi ini sangat mencurigakan, tetapi saya tidak ingin memberikan penilaian. Saya hanya cuba mengemukakan kertas cadangan yang bersifat kemanusiaan dalam menangani segala permasaalahan yang semakin meningkat ekoran daripada serangan 9/11.

"Sudah tentu kami sedih dan bersimpati terhadap mangsa korban tragedi berkenaan. Tapi kami juga ingin menarik perhatian anda mengenai beratus-ratus ribu orang di kawasan kami yang tidak bersalah, dibunuh angkara tragedi 9/11," kata Ahmadinejad dalam sidang akhbar semalam (Jumaat).


Dalam ucapannya di Perhimpunan Agung PBB di New York pada hari Khamis, Presiden Ahmadinejad mengkritik respons AS mengenai tragedi berkenaan, dan memberi tahu itu hanya alasan untuk menyerang Iraq dan Afghanistan.

Satu hari sebelum ulang tahun yang kesembilan serangan 9/11, Arkitek dan Jurutera bagi kebenaran 9/11 mengemukakan bukti mengenai kemusnahan menara World Trade Center telah menggunakan bahan letupan yang ditanam dalam bangunan.

Gregg Roberts, yang merupakan anggota dari badan non-profit yang mempertikaikan keputusan rasmi penyiasatan 9/11 dengan mengatakan "berita rasmi adalah satu pembohongan, dan ianya penipuan."

sumber: PressTV

No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA