" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

21 September 2010

Perbicaraan Kes Fitnah 2 Bersambung 14 Oktober Depan

Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan 14 dan 15 Oktober ini sebagai tarikh perbicaraan kes Fitnah 2 terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Perbicaraan yang bersambung semula pagi ini selepas permohonan pihak pembelaan di Mahkamah Rayuan untuk menggugurkan kes tersebut ditolak, semalam.

Pihak pembelaan dalam memfailkan rayuan tersebut mendakwa Timbalan Pendakwaraya, Farah Azlina Latif mempunyai hubungan intim dengan pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Hakim, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menetapkan tarikh itu pada sebutan kes yang berlangsung hari ini. Beliau juga menetapkan 25 hingga 29 Oktober, 22 hingga 26 November dan 6 hingga 10 disember tahun ini sebagai tarikh bicara kes tersebut.


Perbicaraan akan bersambung dengan menyoal balas saksi pendakwa kedua, doktor pakar dari Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Razali Ibrahim.

Peguam, Sankara Nair berkata perbicaraan akan bermula pukul 8.30 pagi dan berakhir pada pukul 2 petang bagi membolehkan mereka yang terbabit dengan sidang parlimen sepanjang tiga bulan itu menghadirinya.

"Ini adalah semasa sesi parlimen dan perbicaraan akan diteruskan,” katanya.

Sidang parlimen dijangka bermula pada 11 Oktober hingga 11 Disember ini.

Semalam, panel tiga hakim yang dipengerusikan oleh Hakim Datuk Ahmad Maarop. Manakala dua lagi hakim ialah Datuk Sulaiman Daud dan Datuk Ma'ah Azhar menolak permohonan tersebut,

Dalam pada itu, peguam, Karpal Singh berkata pihaknya akan memfailkan notis untuk mengemukakan rayuan di Mahkamah Persekutuan.

Beliau juga menganggap keputusan tersebut merupakan berat sebelah kerana pihak pembelaan sama sekali tidak dibenar mengemukakan hujah malah tiada sebarang penjelasan dibuat mahkamah berhubung mengapa rayuan Anwar itu ditolak.

Pada 16 Ogos lalu, Zabidin telah menolak permohonan Karpal untuk menggugurkan tuduhan liwat terhadap Anwar, selepas memutuskan bahawa dakwaan hubungan Farah-Saiful tidak menjejaskan kes pendakwa terhadap ketua pembangkang itu.

Anwar, 63, dibicarakan atas tuduhan meliwat Mohd Saiful Bukhari, bekas pembantu beliau di unit 11-5-1, Desa Damansara Condominium, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun, 2008.

(Suara Keadilan)

No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA