" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

30 September 2010

Tindakan disiplin terhadap salah laku anggota PKR

PETALING JAYA: Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) PKR diarahkan menyiasat dengan berdasarkan klip-klip video, tentang mana-mana anggota yang melakukan keganasan, kekecohan dan tindakan liar lain yang melanggar Kod Tatalaku Pemilihan parti.

Presiden parti, Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, "JPP diarah untuk menyiasat mana-mana anggota parti yang cuba menggagalkan Mesyuarat Agung Tahunan Cabang dan pemilihan di beberapa buah Cabang PKR baru-baru ini.

"Tindakan yang sewajarnya akan diambil terhadap mereka," katanya, dalam satu kenyataan media hari ini.


Keputusan ini dicapai dalam mesyuarat Biro Politik PKR semalam yang juga dipengerusikan oleh Wan Azizah.

Menurut beliau, JPP mempunyai kuasa membuat keputusan serta mengambil tindakan displin berkenaan penglibatan anggota-anggota tersebut dalam proses pemilihan parti termasuk mengundi, menjadi calon mahupun berkempen.

Mesyuarat itu juga memutuskan untuk mengkaji kes-kes mana-mana calon dan anggota yang memburukkan Parti serta pimpinan melalui media, selepas kalah dalam pemilihan.

Sementara itu, Biro Politik menegaskan juga bahawa tiada arahan, aduan mahupun apa –apa keputusan yang telah diambil untuk apa-apa tindakan displin terhadap Zaid Ibrahim dan menyangkal fitnah dan maklumat palsu berkenaan perkara ini.

(FreeMalaysiaToday)

No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA