" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

26 September 2010

MATC PKR: 6 Negeri, 35 Cabang

PETALING JAYA: Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC) diteruskan hari ini dengan menyaksikan 35 cabang mengadakan mesyuarat bagi menentukan pemilihan ahli jawatankuasa cabang dan pusat di enam negeri.

Negeri-negeri itu ialah Sarawak melibatkan sembilan cabang, Wilayah Persekutuan (tujuh), Selangor (lapan), Johor (enam), Pulau Pinang (tiga) dan Negeri Sembilan (dua).

Hari ini juga menyaksikan persaingan sengit di beberapa cabang seperti Telok Kemang iaitu pertandingan ’satu lawan satu’ antara Ahli Parlimennya Datuk Kamarul Bahrin Abas dengan Ahli Dewan Undangan Negeri Port Dickson M Ravi.


Menurut M Ravi, proses pemilihan di Telok Kemang berjalan lancar dan masih di peringkat pengundian bagi jawatan ketua cabang.

"Keputusan bagi jawatan ketua cabang bakal diketahui lewat petang ini. Setakat ini keadaan disini aman dan proses pemilihan berjalan lancar," katanya kepada FMT.

Fokus utama

Turut menjadi fokus utama FMT hari ini, iaitu di cabang-cabang Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Lembah Pantai, Subang, Kelana Jaya, Kapar, Kota Raja).

Cabang-cabang dijangka hangat dengan nama-nama pimpinan tertinggi PKR dicalonkan untuk jawatan Ketua cabang masing-masing.

Antaranya termasuklah Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar yang bakal bersaing dengan empat calon lain.

Manakala Naib Presiden yang juga Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa bakal berdepan tekanan hebat untuk mengekalkan jawatan sebagai ketua cabang apabila menghadapi empat pesaing yang lain.

Melalui pemerhatian FMT di Cabang Kapar berlaku kelewatan proses mengundi sedangkan ahli yang mengundi sudah pun hadir seawal jam 8.00 pagi.

Difahamkan keadaan ini berlaku disebabkan pengawas daripada Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) lewat hadir ke Dewan Serbaguna Orang Ramai Meru bagi memulakan proses semakan pendaftaran keahlian PKR dan proses mengundi, namun mesyuarat masih diteruskan seperti biasa.

"Saya sudah kepanasan dan tunggu lama sejak awal pagi tadi. Tapi kami diberitahu kaunter mengundi masih tidak dibuka dan kami belum boleh dibenarkan mengundi," kata Siti Nurnadiah Mat Jani, 32, pengundi Cabang Kapar ketika ditemui FMT.

Setakat semalam, dilaporkan lebih 100 cabang di sembilan negeri selesai bermesyuarat dan muka-muka lama seperti Ahli Parlimen Gopeng Dr Lee Boon Chye, Ketua AMK Pusat Shamsul Iskandar Md Akin berjaya mempertahankan jawatan ketua cabang masing-masing.

Turut memenangi jawatan Ketua Cabang adalah Ahli Majlis Pimpinan Pusat Datuk Zaid Ibrahim di Wangsa Maju, manakala Naib Presiden Mustaffa Kamil Ayub gagal merebut jawatan Ketua Cabang Pasir Salak.

(FreeMalaysiaToday)

No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA