" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

13 September 2010

Apabila Wang Melebihi Segalanya

Satu lagi pembunuhan kejam telah menggemparkan negara kita apabila Datuk Sosilawati Lawiya (jutawan kosmetik) bersama 3 individu lain iaitu pemandunya Kamaruddin Shamsudin, pegawai bank CIMB Kampung Baru, Noorhisham Mohammad dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim ditemui mati dipercayai dibunuh dan dibakar sebelum abu mereka dibuang disebatang sungai.

Dalam kes ini, Mstar Online melaporkan, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata, motif pembunuhan juga disebabkan hal berkaitan kewangan. Pembunuhan kejam kali ini terbongkar berdasarkan pengakuan 4 daripada 8 suspek yang ditahan polis termasuk seorang peguam bergelar Datuk.

Dengan pengakuan itu juga telah dapat merungkai penemuan 4 mayat di lokasi kejadian pada Sabtu namun masih belum disah secara rasmi sehingga semalam, kerana Jabatan Forensik PDRM dan Jabatan Kimia kini masih menjalankan siasatan.

Berhubung wang tunai RM4 juta yang dipercayai dikeluarkan mangsa bagi membeli sebidang tanah di Pulau Pinang sebelum mereka dilaporkan hilang, Mohd Bakri berkata, polis akan menyiasat mengenainya.

Ini jelas.., apabila seseorang itu mengganggap 'Wang Melebihi Segalanya'...

No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA