KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar, yang menyatakan hasratnya untuk bertanding Naib Presiden PKR, menyarankan supaya semua calon menandatangani secara terbuka "deklarasi kempen adil dan bebas" minggu depan.
"Langkah ini bagi menyuburkan amalan sistem demokrasi di negara ini dan pada pemilihan pemimpin hujung tahun ini," kata beliau pada sidang media di pejabat khidmatnya di sini hari ini.
Ketika ditanya mengenai persaingannya dengan calon yang lain, beliau berkata, saya percaya kepada pemilihan ahli dan akan memberitahu mereka mengenai visi saya terhadap parti dan supaya mereka akhirnya bersetuju dengan dasar parti.
Nurul Izzah berkata, walaupun beliau dikenali sebagai anak Datuk Seri Anwar Ibrahim namun ia tidak memberi kelebihan bagi mencapai kemenangan.
"Kadangkala berada dalam keluarga reformasi menjadi halangan kepada ahli untuk mengundi," jelas beliau yang juga Timbalan Ketua PKR Wilayah Persekutuan.
Tegas beliau, "saya anak Datuk Seri Anwar dan saya anak perempuan yang menyaksikan 12 tahun perjuangan reformasi. Dengan semangat reformasi saya tidak akan toleh ke belakang lagi.
"Walaupun wujud legasi dalam parti namun saya bertanding atas nama peribadi saya sendiri. Ahli-ahli hendaklah mengundi berdasarkan kesetiaan terhadap parti dan bukannya personaliti.
Daripada 15 calon yang layak bertanding, Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh dan N Gobalakrishnan (Padang Serai) mengesahkan untuk bertanding bagi merebut empat kerusi naib presiden.
Manakala tiga kerusi yang lain diisi secara selektif seperti termaktub dalam perlembagaan parti.

(FreeMalaysiaToday)
No comments:
Post a Comment