" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

04 February 2010

Perbicaraan Anwar, Najib Dan Maruah Malaysia

Umno, khususnya Najib Razak sudahpun memilih gelanggangnya. Beliau mahu mahkamah menentukan siapa bercakap benar – Anwar Ibrahim atau apa yang disifatkannya sebagai rakyat kerdil Mohd Saiful Bukhari Azlan – dalam kes liwat yang kini jadi perhatian dunia.

Anwar juga jelas sudah bersedia menyahut cabaran ke atas keluhuran peribadinya dengan berdiri di atas paksi bahawa ini adalah satu lagi konspirasi untuk mencatas kerjaya politiknya sebagai ketua pembangkang dan orang yang berpotensi menumbangkan hegemoni Umno.

Lantaran beberapa soal teknikal, Anwar dan pasukan peguamnya mahu perbicaraan ditangguh sehingga kes ini boleh diadili dengan saksama. Anwar mahu maklumat cukup mengenai apakah bahan bukti yang hendak dikemukakan ke mahkamah seperti pita rakaman video litar tertutup yang diperolehi di tempat yang dikatakan jenayah itu berlaku.

Anwar juga mahu mendapatkan spesimen DNA yang dikatakan yang hendak digunakan bagi pendakwaan terhadapnya. Contoh itu perlu disilang semak bagi menentukan kesahihannya. Apa yang dimintanya ialah peluang untuk mempersiapkan seberapa kemas yang boleh pembelaan diri di mahkamah. Anehnya, jika dalam prosiding biasa permintaan itu adalah lumrah yang tidak perlu jadi persoalan dalam kes biasa. Mahkamah memutuskan tidak boleh dipenuhi permintaan itu.

Namun akur dengan keluarbiasaan kes yang dihadapinya, Anwar kini mahu semua pihak jangan berpatah balik daripada mengadili kes yang menjadi perhatian dunia ini. Awal-awal lagi perwakilan daripada pelbagai pertubuhan dan negara menunjukkan minat dengan menghadiri pembukaan kes ini 2 Februari lalu.

Anwar menegaskan sekali melangkah ke mahkamah untuk memulakan perbicaraan, beliau akan memastikan prosiding berjalan dengan sempurna. Maka beliau mahu nilai dan amalan keadilan menjadi asas perjalanan mahkamah.

Justeru beliau mahu Najib Razak yang sebelum ini berdolak dalik mengatakan tidak kenal Saiful sebenarnya telah mengadakan perjumpaan dengan jejaka malang itu sekurang-kurangnya dua kali – pertama di pejabatnya ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri, dan yang kedua di rumahnya – sebelum beliau (Saiful) membuat laporan polis kononnya dia diliwat berkali-kali oleh Anwar yang berusia lebih 60 tahun dan masih menderita sakit tulang belakang.

Lantas Anwar mahu Najib turut masuk mahkamah dan menceritakan apa sebenarnya dia tahu tentang Saiful dan butir perbincangannya dengan pemuda itu sehingga mendorongnya tidak khuatir maruah dirinya jadi bahan perbincangan orang.

Kes ini amat luar biasa. Jika Anwar menang dan dapat membuktikan semuanya berpunca daripada konspirasi Najib dan konco-konconya maka seluruh dunia akan mengutuknya sampai beberapa generasi akan datang.

Namun jika Anwar kalah, maka akan malap dan padamlah kerjaya politiknya. Bagaimanapun kalah kes belum tentu bererti bersalah. Prosiding mahkamah mungkin silap atau tidak ikut peraturan. Ini terbukti dalam kes tuduhan liwat pertama terhadap Anwar pada tahun 1998.

Selepas enam tahun meringkuk dalam penjara, Mahkamah Persekutuan memutuskan tuduhan terhadap Anwar tidak benar.

Yang menjadi persoalannya ialah, adakah Najib yang mewar-warkan ketelusan jadi paksi pentadbirannya akan mahu ke mahkamah memberi persaksian.

Atau, adakah Najib akan berselindung di sebalik hak istimewa perdana dan mendapat simpati mahkamah seperti yang pernah ditunjukkan kepada Dr Mahathir Mohamad, dan tidak perlu “mencemar duli” dan memberi keterangan.

Lebih menarik lagi, adakah isteri Najib, Rosmah Mansor yang akan disepina oleh Anwar sanggup masuk mahkamah? Belajar daripada Ummi Hafilda yang menjadi saksi utama kes tuduhan liwat pertama terhadap Anwar, rasanya Rosmah akan merebut peluang ini untuk memperagakan kebijaksanaannya di mata dunia.

Dunia melihat. Maruah Malaysia kini di kandang orang terdakwa.

(TVS)

1 comment:

Anonymous said...

manusia hari ni cinta dunia takut mati...species ni banyak dlm umno termasuk di kalangan tokoh2 agama yg terpesona dgn kesempurnaan wang ug umno ada,kami anak muda benci umno dan lebih tenang tanpa umno yg jadi paksi jahat di malaysia.

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA