" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

17 February 2010

Serangan BN Bukti PR Semakin Kuat

Menolak cubaan seteru politik menggugat Pakatan Rakyat, lebih 3,000 orang berhimpun di Dewan Milenium Pulau Pinang malam semalam menyatakan solidariti kepada gagasan parti alternatif itu.

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa rakyat untuk bersama gagasan itu menyelamatkan Malaysia daripada pemimpin-pemimpin yang menggelar diri sebagai pejuang bangsa namun rakus kuasa dan berasuah.

“Negara kita ini rosak sebab itu, kita kata sebab nak jaga Melayu, ini jaguh-jaguh Melayu ini, saya lapan tahun Menteri Kewangan, ada kontrak, diambil oleh mereka dulu, saham bumiputera juga tanya menteri mana yang tidak ambil.

“Apa masalah paling besar di negara kita, rasuah, penyelewengan, beli kapal terbang, enjin hilang, beli kapal selam, tidak boleh selam, ini apa ini, tidak malu ke kita, zimbawe pun tidak teruk macam ini,” katanya.

Anwar mengingatkan bahawa Umno-BN akan terus menfitnah Pakatan Rakyat, seraya membuktikan perjuangan gagasan pembangkang berkesan untuk mendedah dan membendung penyelewengan oleh Umno-BN.

Anwar juga merujuk kepada serangan berbaur perkauman terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, sebagai usaha terdesak Umno memperalatkan orang Melayu demi kepentingan politiknya.

“Saya boleh sokong dia kerana apa, saya tahu dia tidak ambil tanah untuk dia, saya tahu dia tidak curi kontrak untuk dia ke atau bini dia atau anak dia. Saya tahu dia tidak rasuah dan ini penting untuk pemimpin negara kita dan Lim Guang Eng ini dapat kita sokong lagi,” katanya.

Berbeza dengan sikap bongkak Umno-BN, mantan Timbalan Perdana Menteri ini menunjukkan sikap tawadduk dengan memohon maaf kepada pengundi di atas sikap segelintir wakil rakyat yang mengecewakan mereka.

Merujuk kepada Ahli Parlimen Bayan Baru Datuk Zahrain Mohd Hashim yang keluar parti minggu lalu, Anwar berjanji PKR akan lebih teliti dan berhati-hati memilih calon pada pilihanraya akan datang.

(TVS)

3 comments:

adf55650 said...

Anwar tak mintak maaf ke pulak pasal dia menipu Melayu? Didepan Cina dia kata Melayu bukan semestinya memerintah negara ini. Didepan India Kg Buah Pala sebelum PR12 dia kata jgn sebut nama dia Anwar Ibrahim kalau dia tak pertahankan kg tu dari diambil kerajaan Negeri.
Cerita saham 8 juta senyap shj pulak.

Tak payah cerita panjang la. Cuma Melayu harus sedar apa matlamat dia.

Anonymous said...

Ada lagi melayu bodoh yang masih percayakan umno?. Tuan fikirlah sikit kenapa kerajaan Bn dok dengki dengan Anwar. Apa hukumnya mengaibkan umat Muhammad dengan fitnah yang keji dan kejam? kamu tak pi mengaji ka? Insaflah sikit. jangan dok perangai asabiyah yang dilaknat Allah. Buka Quran rujuk surah An nisa ayat 18. taubat sikit kawan.

adf55650 said...

Sdra mengenali Anwar sejak bila?

Jika sdra arif sgt tntg agama, mengapa terus menuduh org dengki pd dia? Biarlah perbicaraan menentukan dia salah atau tidak.

Adakah dalam surah An nisa' mengatakan Anwar Ibrahim tidak bersalah? Adakah kerana sdra menyukai dia maka dia jadi maksum?

Ini bukan soal dengki atau khianat.
Mengapa begitu susah baginya untuk bersumpah laknat? Bukankah itu juga satu saranan dalam Islam?

Kalau Saiful snggup melakukannya sebagai seorang Islam, adakah sdra sanggup mengatakan Saiful itu kafir atau murtad.

Sdra yang harus bertaubat sekarang. Sedarlah.

Sy mengenali Anwar sejak tahun 1973 dan sy tau apa yang sy cakapkan.

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA