" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "


INFO TERKINI GEMPA BUMI SABTU 3 MARCH 2012
8.20 pm -
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 skala Richter telah berlaku di Tenggara Kepulauan Loyalty. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 22.1 Selatan longitud 170.5 Timur - 6403km Tenggara Tawau, Sabah :- JMM
PRO REFORM VIDEO - Piring Terbang..?

10 February 2010

Seterusnya Hantar Anwar Ke Penjara?

Panel lima hakim dengan sebulat suara mengisytiharkan bahawa Zambry Abdul Kadir adalah Menteri Besar Perak yang sah pada pagi ini. Penghakiman ini menunjukkan betapa bobroknya sistem kehakiman negara kita.

Pada awalnya, saya menjangkakan bahawa kemungkinan wujudnya senario “sebulat suara” agak rendah, memandangkan lima orang hakim ini perlu mempertimbangkan kesan yang menyusul daripada penghakiman tersebut. Dengan kata lain, walau mereka ingin memihak kepada UMNO sekalipun, mereka juga perlu mengambil kira prinsip Raja Berperlembagaan dan kesan sejarahnya.

Tanpa diduga, Malaysia sememangnya “boleh”. Hakim telah mengangguk kepada campur tangan pemerintah (raja), mengakibatkan sistem perlembagaan negara kita menjadi “contoh negatif” di kalangan negara Komanwel selepas ini.

Memberi laluan kepada TPM?

Sebelum ini, ada yang mempercayai bahawa Najib tidak sanggup untuk “menang sorak kampung tergadai”. Membenarkan Sultan untuk bertemu dengan ADUN, akan secara tidak langsungnya menggalakkan rombakan kelompok berkepentingan dalam UMNO. Misalnya, apa kata seandainya Timbalan Perdana Menteri yang memperolehi sokongan Yang Dipertuan Agong atau Sultan menggunakan saluran ini untuk menggantikan pimpinan Perdana Menteri? Jadi, Najib dijangka tidak sanggup menanggung risiko ini hanya kerana kuasa kerajaan negeri di Perak semata-mata.

Sekiranya dilihat sekarang, Najib sememangnya seorang realist. Setiap percaturannya mengambil kira kepentingan dan kedudukan dirinya. Dalang di sebalik rampasan kuasa negeri Perak setahun lalu adalah Najib yang sedang menunggu untuk “menaiki takhta” (jikalau tidak mengapa pula beliau menyambut tiga ekor katak dengan senyuman yang melebar?). Dengan langkah ini, Najib berharap nilai dirinya dipertingkatkan, untuk menahan sebarang tekanan dari dalam parti.

Kecelaruan selepas itu dihadapi Najib dengan penuh sabar. Berdepan dengan serangan PR dengan kerahan massa, kemenangan MB sah Mohd. Nizar Jamaluddin dalam PRK Bukit Gantang, Najib tetap bertenang. Walaupun antaranya, desas-desus tersebar bahawa DUN Perak mungkin dibubar, yang cukup memberangsangkan PR untuk seketika, tetapi akhirnya terbukti ianya hanyalah taktik untuk mengaburkan dan mengecohkan kem musuh.

Pergolakan dalam UMNO

Jadi, sebarang “ganjakan langkah” dalam isu Perak adalah tamparan yang hebat terhadap Najib. Ia akan memberi kesempatan kepada golongan konservatif dalam UMNO untuk menyekat pemimpin yang sedia ada. Golongan konservatif ini sudahpun tidak berpuas hati dengan cara kerajaan mengendalikan isu agama dan ekonomi sebelum ini.

Untuk Najib, sekiranya pemulihan kredibiliti sistem kehakiman gagal mengukuhkan kedudukannya sekarang, maka beliau perlu teruskan hingga akhir, walaupun menanggung risiko “campur tangan daripada raja” pada masa depan, untuk memperlihatkan kebijakan dan kecekapannya.

Namun, kebijakan dan kecekapan Najib ini bukan ditampilkan dalam hal pentadbirannya dan keprihatinannya untuk menyelesaikan masalah rakyat, tetapi dalam hal bagaimana untuk menyerang musuh politiknya. Maka, kebijaksanaan ini tidak memadai untuk dipuji mana-mana pengamal media yang bermaruah.

Sebermulanya tahun ini, serangan media arus perdana terhadap pembangkang dan negeri Pakatan Rakyat semestinya diatur untuk bertembung dengan perbicaraan kes Liwat II Anwar Ibrahim. Sementara menyekat pemimpin PR, media tersebut memperbodohkan rakyat umum, terutamanya orang Melayu. PR kini terjerat ke dalam kecelaruan dalam parti,dan ini bukannya sesuatu yang berlaku secara kebetulan.

Penghakiman Mahkamah Persekutuan adalah penyelamat kepada Najib. Dari segi sumber, PR tidak memiliki kelebihan. Kini, Zambry memasuki pejabat kerajaan negeri dengan mendabik dada, malah dijangkakan lebih ramai dari PR terutamanya PKR yang akan melompat selepas ini.

Percaturan bijak Najib ini cuba mengukuhkan kuasanya dengan mencalit imej dan melunturkan semangat PR. Meskipun DUN Perak dibubarkan pada akhirnya, UMNO semestinya sudah semakin menghampiri kemenangan kelak. Maka, sesiapa yang menaruh harapan bahawa UMNO akan berubah adalah bodoh kalau bukan naif.

Seandainya penghakiman ini gagal membawa kesan massa, dan terus mengangguk kepada pentadbiran Najib dengan “senyuman harimau”-nya, maka bukan sesuatu yang pelik jikalau Anwar Ibrahim dimasukkan ke penjara semula.

Kemasukan Anwar ke dalam penjara kurang penting, jikalau dibandingkan dengan pemulihan kuasa UMNO. PR tidak harus berpeluk tubuh, dan harus mempersiap-sediakan mekanisme untuk menyelesaikan krisis ini.

(MerdekaRiview)

*Josh Hong adalah penganalisa politik dan kolumnis MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Tulisan ini disunting dan diterjemahkan oleh Lim Hong Siang.

No comments:

HIMPUNAN ARTIKEL-ARTIKEL SEBELUMNYA